Tarikh : 19 Ogos 2024
Hari : Isnin
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari
Sarapan pagi hari ini. Roti canai dua keping. Roti lembut dan sangat sedap dan sempurna. Paling sedap ialah kuahnya. Pertama kali di Kedah dapat rasa roti canai dan kuahnya yang memenuhi citarasa anak tekak.
Kedai tepi jalan je area Alor Malai.
Nak order air kena pergi restoran yang kat deretan kedai. (Tak ambil gambar).
Jenis - jenis roti dan harganya. Roti kosong hanya RM 1.30
Kemudiannya masuk dalam "Pekan" yakni Town or Bandar Alor Setar. Laku depan ini, tapi tak singgah pun.
Lokasi di Simpang Kuala. Kebetulan lepas keluar duit tunai di ATM terus pusing - pusing cari bengkel motor.
Tukar tayar depan motorsikal sebab dah 'botak'. Sekali tukar minyak hitam. Melayang RM 100.00.
Aktiviti seterusnya ialah makan tengahari di awal waktu. Di manakah?
Beberapa kali lalu sahaja waktu pergi atau balik dari hospital. Hari ini baru sempat singgah.
Nasinya biasa - biasa sahaja. Ayam masak merah agak lain macam bagi tekak aku. Tak pasti dia masak style apa. Daging masak hitam dia sangat sedap. Ada juga gulai kambing, daging, sup dan lain - lain lauk dan sayur lain sebab dia ada pilihan nasi putih juga.
Pakej lauk pauk untuk kenduri kawin dan majlis keraian. Ada details harga, menu dan contact nombornya.
Lokasinya, bersebelahan Sekolah Menengah Kepala Batas, Kedah.
Selfie di bahagian hadapannya. Jumlah semu ialah RM 9.50. Daging tu seketul RM 2.50 Dan ayan masak merah seketul RM 4.00.
Gambar terakhir berlatar belakang sawah padi. Berdekatan dengan lebuhraya utara selatan.
Nota Kaki : Balik sampai umah kakakku terus terbaring keletihan. Tak tahu pasal apa. Sakit - sakit badan semua.
Rehatkan diri kemudian sessi ke dua urut ayahku.
Sedap jugak if dpt mkn nasi dan lauk feeling2 kenduri tu
ReplyDelete