Tarikh : 6 Ogos 2024
Hari : Selasa
Masa : 7.00 pagi - 1.15 petang
Pagi hari di Kuala Sala, Kedah.
Suasana di sekitarnya. Selain jual hidupan laut ada juga perniaga rambutan.
Matahari pagi di Kuala Sala.
Pertama kali di sini. Nama sahaja anak kelahiran Kedah. Kat sini baru kali pertama nak singgah.
Marilah beraksi di port Ootd yang ada di sini.
Alhamdulillah dah sampai ke sempadan Kedah - Perlis. Marilah kita menuju ke negeri yang ke 11 dalam misi pusing Semenanjung Malaysia.
Suasana di tepi pantai kat sini. Air tengah surut.
Kalau air pasang, mesti lagi cantik dan menarik. Tapi air surut pun nampak juga kelainannya dalam gambar.
Hanya lalu saya. Ada juga kenalan di Langkawi ajak pergi. Tapi, mungkin lain kali kot.
Selfie terakhir di sini sebelum melangkah pergi. Tak turun ke seberang sana sebab langit dah gelap dan hujan akan turun pasa bila - bila masa sahaja lagi.
Marilah kita turun dan menuju ke arah tujuan berikutnya. Ke manakah?
Meninggalkan kawasan tersebut. Siap - siap pakai baju dan seluar hujan.
Meneruskan perjalanan Kuala Perlis - Arau - Changlun. Melalui Lebuhraya Utara Selatan dari Alor Setar - Pulau Pinang.
Nota Kaki : Mengikut perancangan akan bermalam di Ipoh tapi tempat penginapan belum di tempah. Adakah aku akan singgah di Ipoh? Nantijan episod terakhir misi pusing Semenanjung Malaysia ini.
banjir roti canai tu...cantik view matahari pagi
ReplyDeleteSaya memang suka makan roti canai banjir. SubhanAllah
DeleteSolo? Patutlah macam Han Solo!
ReplyDeleteYa. Saya yang 'solo'
Delete