Tahniah untuk 20 tahun berblog.
Tahniah juga sebab sudah banyak bermusafir melihat 'dunia' dan merasai pengalaman menjadi pengembara di bumi tuhan yang sangat luas.
Kenapa Saya Ada Blog
1) Sejarah
Aku berblog sejak 17.12.2024 kalau tak silap. Dah lebih 22 tahun dan menjadi blogger chipsmore 'kejap ada kejap tak ada'. Macam - macam nama dah guna begitu juga dengan domain blog. Ada blogspot, blogdrive, blogsome dan kini INILAH SHAIZHAR. Impian setinggi gunung nak pakai shaizhar.com masih belum tercapai. Semoga ada rezeki ke depannya.
Blogger pertama yang aku kenal ialah SODEP atau nama sebenarnya ASRI yang usianya lebih beberapa hari daripada saya (16.10.1980) dan aku (11.11.1980). Dia orang yang mengajar aku membina blog pertama. (Terima kasih jasamu di kenang).
2) Msjbox.com
Di sebabkan chat box inilah aku mengenali ramai blogger dan mendapat kawan baru. Antaranya Junaidi, Karni, Kak Retna, Sis Lin, Cik Ct dan lain - lain yang sampai kini kami mempunyai group WA (Geng K.A.M.I.E). Pada tahun 2005 - 2008 aku aktif di Msjbox.com. Menganjurkan banyak event terutamanya Majlis Buka Puasa, Majlis Anniversary (tahunan), Aktiviti Camping, Bowling dan banyak lagi. Tapi pada tahun 2009 kalau tak silap aku terpaksa undur diri kerana beban kerja yang tinggi (naik pangkat). Tahun itu juga merupakan tahun aku terbang tinggi ke sana dan sini. Semuanya di abadikan dalam blog - blog sebelum ini yang kini dah terkubur.
3) Kawan, Kawin & ...
Alhamdulillah benarlah bagai di kata jauh perjalanan luas permandangan. Aku di Kelantan jumpa blogger NIK NUREHAN yang baik hati. Di Penang masa itu ada SIS HONEY & .... (lupa nama dia).
Ada juga kenangan bersama FYSAL dan keluarganya di PERAK (Titi Serong) namanya kalau tak silap.Pernah juga menginap di rumah keluarganya.
Kalau ke Johor pastinya di layan 'bak raja' oleh SIS LIN sekeluarga, AA (Kasawari & Linda), MAT GEBU sekeluarga yang tak pernah gagal hidangan makanan/minuman penuh meja.
ke SABAH keluarga CHOMBIE menyambutku dengan baik sekali.
Kawan yang baik hati menumpang dan bawa aku ke sana sini seperti KAK RETNA & JUNAIDI serta KARNI. Banyak cerita dan kenangan kami semua bersama.
dan...
Aku berkahwin dengan blogger juga. Semua cerita kami di simpan di shaizhar.blogspot yang dah terkubur dan terbenam nun jauh di dasar laut yang paling dalam. Dari hasil perkahwinan itu lahirlah NAJLA NAZIHAH binti SHAIZHAR.
4) Memori & Kenangan
Dengan berblog aku dapat simpan banyak sekali kenangan dari zaman bujang, berkahwin, bercerai dan memiliki seorang anak perempuan.
Perjalanan seharian saya di abadikan di sini walaupun bukan 100%. Apa yang saya buat, lalui, makan/minum, jelajahi dan juga kisah - kisah bersama Najla Nazihah.
5) Sampai bila akan berblog?
Selagi hayat di kandung badan.
Aku berblog bukan kerana mahu dikenali.
Aku berblog kerana ada cerita yang ingin dikongsi, ada sejarah yang ingin disimpan, ada sahabat yang ingin dikenang dan ada memori yang tidak mahu dilupakan.
Aku tidak tahu sampai bila akan terus berblog.
Mungkin setahun lagi, sepuluh tahun lagi atau mungkin sehingga tiada lagi kesempatan untuk menulis.
Namun, satu perkara yang pasti, aku mahu setiap tulisan yang pernah dihasilkan menjadi saksi bahawa aku pernah melalui perjalanan kehidupan ini.
Blog mungkin boleh ditinggalkan, tetapi kenangan tidak semestinya dilupakan.
Selagi jari mampu menaip, selagi fikiran mampu mengingati dan selagi hati masih mempunyai cerita, aku akan terus menulis.
Kerana aku bukan sekadar menulis untuk hari ini. Aku sedang meninggalkan sebuah cerita untuk hari esok.
— Shaizhar —
Pada saya, inilah falsafah paling bermakna untuk blog Shaizhar: Menulis bukan untuk mengejar populariti, tetapi untuk meninggalkan jejak kehidupan.
Nota Kaki : Terima kasih untuk semua yang mengenali seorang insan bernama SHAIZHAR atau lebih dikenali sebagai SHAI di dunia blog ini. Terima kasih daun keladi. Jasa baik dan kenangan serta memori bersama tak akan dilupakan.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.