781 - Kenali Shaizhar (Episod Awal - Kanak Kanak hingga Remaja)

shaizhar
0


*ini hanyalah gambar illustari AI

Zaman kanak - kanakku lebih rapat dengan sepupuku serta anak - anak jiran yang kebanyakkannya merupakan saudara mara sebelah arwah mak.Salah seorang sepupu rapatku ialah HASMIDAR jarak umur kami 3 tahun. Paling rare aku jadi cikgu ajar mereka masa cuti sekolah tahun 1992 dan pertama kali raikan birthday aku dengan cupcakes yang satu - satu (jenis yang murah tu).

Aku anak ke 4 daripada 4 orang adik beradik (bongsu). Nama adik beradik aku semua bermula dengan SHA. Kakakku SHAHIDA anak pertama lahir tahun 1967 dia membesar di rumah arwak tok (nenek) kat rumah pusaka sebab dia cucu sulung tok. Abangku SHAFENDI lahir 1970 dan SHAFIROL 1973. Jadi beza aku dengan abang yang atas aku ialah 7 tahun. Tak mustahil lah dia anak kesayangan arwah mak aku. Bila aku umur 12 tahun Kakak & Abang - abangku dah kerja. Jadi memang aku seorang je kat rumah masa zaman kanak - kanakku. Masa umur 13 tahun abangku SHAFENDI dah kawin. Kakakku kerja di KL dan tahun 1993/1994 kalau tak silap abangku SHAFIROL dapat kerja Tentera Laut dan waktu itu menjalani latihan kententeraan di Singapura. Masa tamat latihan tahun 1994 aku sekeluarga pertama kali menjejakkan kaki ke Woodlands Singapura serta ke Johor Bahru. Masa tahu stesen bas lama. Waktu tu tak pasti pakai passport ke atau macam mana. Memang dah maju Singapura waktu ini. Ingat lagi naik bas kat sana.

Sekadar gambar illustrasi AI

Flashback zaman sekolah rendah.

Persekolahan awal di Tadika Kemas kat dalam kampungku. Ingat lagi zaman kanak - kanak waktu makan akan baca doa makan macam biasa, bismillah dan 'Jemput Makan cikgu, Jemput makan kawan - kawan'.

Kenangan terindah, dapat pergi Istana Anak Bukit melawat dan masuk Istana. Tak banyak yang aku ingat yang paling terkesan dalam kawasan Istana ada mini zoo. Kebetulan cikgu sekolah tadika aku anak angkat Almarhum Sultan Kedah ketika itu. Ingat lagi waktu cikgu tadika kemas tu kahwin Almarhum Sultan datang ke majlisnya.

Sekolah Rendah pulak dari darjah 1 hingga darjah 6 dekat Sekolah Kebangsaan Dato' Wan Mohd Saman.

Darjah 1-5 kat kelas Kuning dan darjah 6 kat kelas hijau. Tak banyak yang aku ingat masa umur 7 hingga 10 tahun.

Sekolah agama pulak kat Surau di Kampung sebelah yang ada tanah perkuburan dan rimbunan pokok buah bidara. Memang sedap zaman kanak - kanak panjat pokok dan makan buah bidara tu.

Lepas tu sekolah agama pindah kat sekolah kebangsaan. Masa darjah 4-6 di sekolah agama (sessi petang) memang aku dah mula berjualan.Kebetulan kat depan rumah aku ada pokok cermai dan kami jualan kecil - kecilan jeruk cermai yang dibungkus dalam plastik ais krim. Tak ingat zaman tu harga jualannya berapa mungkin antara 20-30 sen kot!

Sewaktu darjah 4 pernah ikut serta dalam persembahan nasyid bukan sebagai penyanyi utama sewaktu sambutan Maulidur Rasul. Ingat lagi lagunya 'Hijrah itu pengorbanan, hijrah itu persaudaraan......

Darjah 4 ketika itu kelasnya adalah bangunan lama satu tingkat dan sekarang dah berubah menjadi bertingkat - tingkat di tapak yang sama. Ingat lagi ketika itu salah satu tugasannya memberi penderangan berkaitan nama asal usul kampung tempat kelahiran. Apa nama kampung itu? Sebab apa di nama sebegitu dan lain - lain.

Kebanyakkan kenangan yang ingat sebab ada gambar yang diambil dan di abadikan ketika itu. Contohnya masa umur 11 tahun di kelas 5 Kuning ada guru pelatih yang diingat kerana rambutnya sangat panjang. Ada beberapa keping gambar kenangan bersamanya.

Masuk darjah 6 aku tak tahu kenama aku 'Jatuh kelas' kena masuk kelas no 3/4 untuk tahun tersebut. Redha jelah. Aku bukanlah pelajar yang terlalu pandai/kurang bijak. Kira sederhana sahaja. Biasanya keduduk aku dalam kelas dalam belas - belas atau mungkin 20 lebih.

Di sebabkan masuk kelas no 3 pada peperiksaaan akhir tahun aku mendapat no 2 dalam kelas tersebut dan berjaya pertama kali menjejak kaki ke anugerah kecemerlangan pelajar. Tak ingat hadiah apa dapat masa itu.

Kita cerita juga benda2 yang tak indah sepanjang aku sekolah rendah/menengah iaitu

Aku alergic pada kerang. Kalau makan sikit je akan naik 'kelopak garam' (dlm bahasa utara) atau dalam bahasa biasanya macam gatal - gatal satu badan. Aku juga alergic habuk.

Waktu kecil aku juga ada masalah gigi dan kerap sakit gigi. Mungkin sebab waktu kecil suka minum air milo. Mungkinkah?

Di buli pada zaman kecil lebih kepada ejekan budak - budak mentah yang tak cukup umur. Gelaran itu dan ini diberikan sesuka hati. Aku dah biasa dengan perkara ini. Sejak dulu dah wujud pasal body shaming dan fizikal seseorang ye.

Waktu umur 13 tahun aku ada pelihara seekor kucing jantan bernama John. Mungkin sebab bulunya putih dan berserta tompok2 membuatkan aku memberi nama sebegitu. Tapi umurnya tak panjang. Dia sakit dan pergi meninggalkan aku. Sedih sangat, waktu tu dia jelah teman yang aku ada. Sebab kat rumah aku sesorang sahaja. Adik beradik aku semua dah bekerja.

Imbasan sewaktu zaman sekolah menengah.

Dari tingkat 1 - 5 memang aku sekolah kat kawasan kampung aku sahajanya. Jaraknya mungkin lebih/kurang 3KM. Masa itu aku pergi sekolah naik basikal.

Ingat lagi aku kelas 1A4, 2A4 dan 3A4. Kelas no 2 dari 4 kelas masa tu. Masa tu 2 lagi persaing hebat dalam kelas aku ialah NORAMIRAH & NOOR FARIZA (dia ni anak cikgu aku masa sekolah rendah.Guru kelas masa darjah 5. Arwah Cikgu Ramli). Kami bertiga duk bersaing siapa No 1,2 & 3. Masa form 1&2 aku selalu KALAH dapat no.3 je masa tu. Tapi masa form 3 aku menang. ha ha ha.

Tiga tahun berturut naik pentas dapat hadiah kecemerlangan. Masa zaman tu setiap kedudukan ada bajet hadiahnya. Contoh No.1 (RM50), No.2 (RM 40), No.3 (RM 30). Aku tak ingat sangat sebenarnya. Zaman ni kami boleh pilih buku/peralatan sekolah ikut harga bajet tersebut.Kalau terlebih bayar sendiri.Kebanyakkannya aku beli buku latihan atau modul soalan peperiksaan.

Waktu ini untuk subjek Kemahiran Hidup kelas aku ambil kelas yang bukan pertanian tu. Apa ntah nama dia. Yang pompuan ambil ERT (Ekonomi Rumah Tangga) Lelaki tak boleh masuk kelas ini. 

Form 2 aku jadi Ketua Kebersihan dan Form 3 aku jadi Ketua Kelas. Dia orang memang kecam suka lantik aku. Ha ha ha. Merasalah ungkapkan kata keramat 'Bangun... Selamat Pagi Cikgu'. Good Morning Teacher. Ha ha ha .

Aku paling suka subjek akaun masa tingkatan 3 tu. Zaman ini PMR dapat lah 2A,3B. Masa UPSR dapat 1A,2B je. ha ha ha

Benda yang paling ralat ialah aku tak apply masuk Sekolah Teknik atau Vokasional masa tu. Tak apalah mungkin bukan rezekiku. Lagi pun tiada siapa masa tu nak tolong isikan borang permohonan untuk aku. Rezeki kawan aku yang 2 orang tue NORAMIRAH dan NOORFARIZA dia orang dapat sambung belajar kat Sekolah Vokasional.

Waktu tingkatan 4 & 5 kelas semakin mengecil. Rasanya ada 3 kelas je. Aku mula - mula masuk kelas ekonomi. Tetiba lepas tu kena tukar kelas akaun. Masa ini sekolah ini tak ada lagi aliran sains. Sekolah kampung katakan. Belum ada kemudahan makmal sains yang kebabom. Cuma yang biasa - biasa sahaja.

Alhamdulillah, masa ini berada di kelas depan atau no 1. Cabaran nak dapat kedudukan Top 5 dalam kelas memang tak terkejar. Seingat aku ranking aku dalam top 10 je. Tapi aku tetap berjaya melangkah dan mendapat Anugerah Kecemerlangan pelajar untuk kategori Pelajar Terbaik dalam Mata Pelajaran.

Aku top student untuk subject Agama Islam & Kesusasteraan Melayu masa form 4 dan subject Bahasa Melayu masa form 5. Kiranya markah aku paling tinggi antara semua pelajar - pelajar yang lain.

Antara kenangan terindah masa form 4-5 ialah terpilih menjadi pengawas sekolah dan memegang jawatan setiausaha masa form 4. Pernah sekali menjadi pengacara majlis sewaktu perhimpunan sekolah.

Mungkin kat sini bakat aku bercakap depan orang mula dicungkil. Masa zaman kerja aku pernah beberapa kali jadi pengacara majlis dan pada tahun 2024 mula jadi Live host di tik tok sendiri.

Masa form 5 adalah wakil sekolah untuk pertandingan Kuiz Agama Islam & Sejarah peringkat daerah. Merasalah pergi ke sekolah lain yang menjadi tuan rumah. Aku memang sejenis yang tak aktif bersuka dan terlibat dalam pasukan beruniform. Kalau ada pun cuma jadi ahli biasa je.

Result SPM aku masa itu ialah Pangkat 1 tapi di atas pagar ye yakni 24. Masa ambil result ini aku dah pun berkerja di Kuala Lumpur. Seingat aku time tu bulan April 1998.

Nota Kaki : Nanti kita sambung kisah aku sewaktu zaman pekerjaan di company pertama. Jarang - jarang tau aku rajin menulis. Simpan sini buat kenangan anak/cucu. A-Min.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !