Tarikh : 5 Ogos 2024
Hari : Isnin
Masa : 6.10 pagi - 7.30 malam
Hari ke 5 misi pusing Semenanjung Malaysia dah sampai di pertengahan perjalanan.Selangor - Kuala Lumpur - Putrajaya - Negeri Sembilan - Melaka - Johor - Pahang - Terengganu.
Negeri seterusnya ialah Kelantan - Perak - Kedah.
Meter bukti jumlah perjalanan yang telah di lalui.
Singgah di Petronas untuk mengisi minyak. Standby juga dua tong minyak.
Selamat tiba di sempadan Terengganu - Kelantan.
Melalui tempat ini, nampak macam menarik. Jadi singgah sarapan di sini.
Suasana di kedai makan ini. Nak duduk kat kerusi strawberry tapi basah. Mek tu kata semalam hujan lebat. Dah tahu basah kenapa tak lap. Erm...
Dua keping roti canai kari kambing. Sangat sedap dan yang paling kena pada anak tekak aku sepanjang beberapa hari misi sarapan roti canai.
Peta perjalanan hari ini. Hanya melalui bahagian selatan negeri Kelantan. Alhamdulillah dah berada di negeri ke 8 dalam misi pusing Semenanjung Malaysia.
Dah selamat tiba di jajahan Machang. Ada kenalan tukang urut area sini. Tapi malas nak contact. Lagi pun tak nak menyusahkan sebab nak cepat kerana perjalanan masih jauh dan panjang. Cuma kenalan biasa di group whatsapps tukang urut.
Alhamdulillah, sampai ke Jeli dan akan memasuki Lebuhraya Timur - Barat menuju ke Gerik di negeri Perak yang akan menjadi negeri ke 9 dalam misi ini.
Papan tanda sebagai pertunjuk arah. Jadi aku tak perlu buka Waze. Jadi dapat jimatkan bateri handphone.
Selfie satu. Cuaca tak terlalu panas. Udaranya berangin di sajikan dengan pemandangan yang indah. SubhanAllah.
Port Ootd. Masa ini ada satu group bas budak sekolah menengah. Jadi bagi laluan dia org bergambar. Next, baru giliran aku.
Gunung ganang dan bukit bukau. Ada sesiapa pernah sampai sini?
Ambil lagi gambar dengan kamera di depan supaya boleh nampak timing. Jadinya tulisan menjadi terbaik.
Suka dengan objek ini, jadi bergambar di sini.
Kalau ambil belah sini nampak cerah sikit. Ini semua kerana pengcahayaan.
Indah pemandangan bukti kehebataan Allah S.W.T Marilah kita mensyukurinya. Alhamdulillah. Terima kasih Allah, untuk nikmat ini. Musafir kali ibu memang banyak berdoa. Moga di makbulkan. A-min.
Pemandangan indah, tak jemu mata memandang.
Terima kasih untuk kesempatan ini. Tidak pasti adakah ini yang terakhir ke sini atau akan ada kesempatan lagi. Takdir penentu segalanya.
Lagi aksi diri sendiri sebelum melangkah melihat kawasan sekelilingnya.
Jom, pergi tepi kawasan tasiknya.
Teringin sekali nak merasai pengalaman di rumah boat itu. Semoga ada rezeki satu hari nanti. Ada sesiapa nak joint?
Ada juga jenis rumah boat 2 tingkat. Mesti boleh muatkan lebih ramai orang dan harganya tentu lebih mahal.
Suasana sekitarnya. Tak ada ramai orang pun. Mungkin di sebabkan datang pada hari biasa.
Sediakan yang nak tahu lanjut pasal maklumat dan permohonan permit boleh datang dan tanya lanjut di sini.
Singgah makan tengahari di kedai makan tepi jalan di kawasan Kuala Ketul. Harga macam ini termasuk air hanya RM 8.50. Sangat murah kan. Alhamdulillah rezeki
Akhirnya tiba ke destinasi penginapan. Rasanya masuk ini kali ketiga memilih untuk menginap di sini.
Tandasnya 3 kali lebih luas dari hotel di Kuala Terengganu.
Dan kemudiannya berehatlah seketika, baring dan luruskan kaki selepas melalui perjalanan yang jauh dan panjang dari negeri Terengganu dan melalui Kelantan dan merentasi Banjaran Titiwangsa menuju negeri Perak dan akhirnya tiba di negeri Kedah
Petangnya keluar jalan - jalan pusing bandar Sungai Petani.
Port Ootd. Malas nak ambil gambar muka sendiri sebab kat tepi jalan besar kan.
Kawasannya agak ke belakang dan tersorok Jadi perlu masuk ke dalam sikit dari jalan besar. Patut ada pertunjuk arah, agar senang orang nak cari.
Pilihan makan dan minumanku. Ingatkan nasi hidang atas plastik atas meja. Makan dalam pinggan macam ini kurang nikmat sikit menurut aku.
Harga shellout RM 19.90 dan airnya RM 2.50
Banyak sangat kupangnya. Betulkan itu kupang? Tak ada pulak kerang. Udangnya beberapa ekor sahaja dan sotong pun beberapa hiris.
Sosnya agak pedas. Terpaksa aku minta air suam. Pada pendapat aku rasanya biasa - biasa sahaja. Tapi harganya mampu miliklah dan ada pilihan untuk seorang. Biasanya aku tengok harga untuk dua orang lebih RM 50 dan ke atas.
Dah nak hampir malam jadinya mencari jalan pulang ke penginapan. Di sebabkan agak biasa arah sini, jadi tidak meneruskan bantuan waze.
Nota Kaki : Syukur alhamdulillah, salah satu impian hidupku untuk pusing satu Semenanjung Malaysia dah hampir tercapai.
Hari ini dari Kuala Terengganu - Jerteh - Machang - Jeli - Banjaran Titiwangsa - Tasik Banding - Gerik - Kuala Ketul - Sungai Petani.
Melalui negeri Terengganu - Kelantan - Perak & Kedah.
Wah, dah sampai Pantai Timur motor ko tu ye Shai. Tapi kalau ke Sabah / Sarawak jangan la pakai motor takut habis tour tinggal rangka je 🤠jalan kat Borneo kurang sesuai utk motorsikal kalau tak dah lama aku merempit ke ofis.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Dah habis pusing satu Semenanjung Malaysia.
Deletewahh..jiwa kembara! shell out byk kupang tu biasa....hehe..shell out makan atas plastik baru real kan...
ReplyDeleteYa impian jadi kenyataan. Betul. Makan atas plastik baru best
Deleteroti canai mkn dgn kari kambing sedap tu
ReplyDelete