Hari : Selasa
Tarikh : 27 Ogos 2024
Hari ini dinner kat sini. Lokasinya di Bandar Sunway, Selangor.
Pintu masuknya. Konsep terbuka. Banyak meja dan kerusinya.
Pilihan set makanan serta minumanya.
Antara lauk pauknya. Boleh tambah telur mata juga.
Kaunter order di belah kanan. Suka konsep, order terus bayar.
Tempat ambil sup. Konsep layan diri.
Dah sampai menuku berharga RM 10. Nasi ayam goreng kunyit dan sirap.
Nasinya boleh tahan banyak. Ayam goreng kunyitnya pun cukup rasa. Kena letak kicap dan cilinya, baru mantap. Sambal cilinya pada tekak aku sikit pedas jadi aku akan letak sikit - sikit dan gaul dengan nasi.
Resit harganya. Alhamdulillah, syukur kenyang.
Nota Kaki : Kau orang ada akaun Tik Tok? Aku baru nak aktifkan diri. Sebelum ini pandang sebelah mata sahaja. Sekarang dah tahu, baru nak ambil peluang untuk ambil tahu.
alhamdulillah
ReplyDeleteSenang nak bajet sebab dah tahu harganya berbanding makan nasi campur.
Deletesedap tu..sambal pedas tu yg tak tahan..buh kicap kurang sikit pedasnya..
ReplyDeleteBetul. Saya letak sikit2 je sambalnya
Delete