Tarikh : 4 Ogos 2024
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi - 7.30 malam
Memulakan perjalanan seawal 7.25 pagi. Menuju ke negeri ke 7 iaitu Terengganu.
Memutuskan untuk ikut jalan bawah bukan lebuhraya. Kononnya nak healing di pagi hari.
Suasana pagi hari di tepi pantai. Misi mencari tempat makan yang selaku di kunjungi satu ketika dulu.
Marilah kita menuju ke destinasi berikutnya, tempat aku pernah bekerja dalam 3 minggu di Terengganu ini.
Inilah jalan yang perlu aku lalui untuk ke tempat tersebut dalam anggaran 2-3 kilometer.
Atas tu pejabat Ketengah.
Pernah kerja kat sini .Fatisha Mushroom Kopitiam.Tutup pulak, jadi tak ada rezeki nak makan di sini.
Pintu gerbangnya. Dalam ini semuanya hampir lengkap ada Balai Polis, Balai Bomba, Masjid,Sekolah, Klinik kesihatan, Hotel,Dewan orang ramai, bank, kedai - kedai dan lain - lain.
Dan meneruskan perjalanab ke destinasi berikutnya iaitu ke Bukit Besi.
Pintu gerbang untuk masuk ke Bukit Besi.
Ada juga kapal terbang di pamerkan di luar sini. Betul lah pagi ini tak ada mood sungguh nak bergambar.
Jadi tema hari ini ada berselfie.
Ada port Ootd juga. Berada di sini rasa tenang dan aman damai sahaja.
Selfielah satu bukti dah sampai sini. Terima kasih My Syv yang dah bawa aku pusing - pusing satu semenanjung Malaysia.I love U.
Akhirnya Kembali ke Kuala Terengganu.
Suasana di dalamnya. Ini di tempat sementara bangunan barunya dalam proses kerja - kerja akhir dan nampaknya hampir siap. Tak pergi pun situ. Masuk sini pun dah serabuk sebab ramai orang dan ada area yang sesak dan terpaksa berhimpit.
Taman Tamadun Islan. Di kiri jalan ini banyak company yang menawarkan perkhidmatan river tour. Tak snap gambarlah pulak.
Dan seterusnya menuju ke tempat penginapan tapi sebelum itu, isi perut dulu.
Menu bajet je. Kedai tepi jalan. Harganya termasuk air RM 11.00
Dah lepas berehat untuk seketika. Marilah kita keluar pusing - pusing Kuala Terengganu.
Lagu sekeping gambar hotel tersebut.
Misi mencari tempat makan malam di sekitar Kuala Terengganu.
Memilih di sini selepas keluar dari kedai Saka Eco. Beli 2 batang je.
Nasi bersama paprik campur. Kuahnya pakai sos, jadi tak berapa kena di tekak ku. Laicikang pun rasa pelik semacam. Ada satu yang di letak buat rasanya jadi pelik.
Ya ampun. Ingatkan ciput sekali datang, saiznya besar dan penuh dengan 'serdak'. Kau orang tahu berapa harga dia? RM 23 kau! Dengan tak freshnya. Ada yang liat. Pertama dan terakhir makan disini.
Nota Kaki : Esok hari akan melalui perjalanan yang paling panjang Dan jauh merentasi beberapa negeri lagi.
Alhamdulillah, sekarang dah berada di separuh perjalanan misi Pusing Semenanjung Malaysia.
Kalau ke Pasar Payang memang banyak boleh dibeli terutamanya sarapan pagi kuih tradisional.
ReplyDeleteSitu macam2 ada. Siap duit je.
DeleteBestnya ronda2 KT
ReplyDeleteAlhamdulillah.
Deleteseronok riding di jalan tepi laut...Muzium Terengganu mmg cantik senibinanya..Bas Kite tu utk pelancong, mmg cantik & design tradisional...
ReplyDelete