Tarikh : 3 Ogos 2024
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 2.10 petang
Mulakan perjalanan hari ini dari Taman Johor Jaya ke Mersing.
Melalui jalan Ulu Tiram menuju Kota Tinggi.
Selfie di pagi hari ini. Menuju ke Mersing.
Salah satu replika di tepi jalan kawasan Kota Tinggi.
Akhirnya, kembali ke Mersing. Tak ingat bila kali terakhir ke sini. Mungkin masa zaman bujang. Pergi group trip rakan sekerja ke Pulau Tioman.
Time bergambar kat sini ada satu family dalam kereta tanya, nak kami tolong ambilkan gambar ke? Aku jawab, tak apa. Terima kasih.
Selfielah satu sebelum melangkah pergi.
Lagi satu, snap the last picture sebelum melangkah pergi ke destinasi seterusnya.
Singgah di sini, tengok apa yang ada.
Ada gerai jualan pakaian dan cenderamata. Cari baju untuk Najla tapi tak banyak pilihan dan tak berkenan.
Pusing kat kawasan luar. Ada yang masih sama seperti dulu iaitu tempat makannya. Banyak perubahan di sekitarnya. Makin cantik.
Ada tempat baru. Apakah? Aku tak singgah pun.
Ambil gambar kat sini sebagai bukti dah sampai kat Mersing.
Gambar terakhir sebelum melangkah pergi.
Dua keping roti bersama teh o. Harganya semua RM 5.00. Persoalannya di sini, adakah harga air itu RM 2.00 atau harga sekeping roti canai itu adalah RM 2.00? Yang mana satukah jawapannya.
Berfoto dengan roti canai. Rasanya ok. Rotinya tak keras dab kuahnya boleh diterima. Masih mencari roti canai yang paling best di tekak ini.
Cendul durian RM 18. Oklah untuk aku yang bukan hantu durian. Rojak tu ok cuma kuahnya sedikit manis.
Ada banyak bangunan menarik dan muzium. Yelah, Pekan kan bandar bersejarah.
Ada replika kenderaan kat sini. Di sebabkan matahari tengah atas kepala dan hari pun panas. Tak kuasa nak bergambar.
Ada replika keretapi.
Tandasnya agak tinggi sikit. Luas dan seperti kebiasaannya.
Bila tgk mersing tu teringat Dr yazeed..saya folo dia kat fb..dia baru bukak resort kat mersing tu
ReplyDeleteOh ye ke.
DeleteKenangan hampir lemas di Pulau Tioman masa baru2 kawen dulu masih segar dalam ingatan 🤣
ReplyDeleteUntunglah masih segar di ingatan
Delete