773 - Kembali Explore Negeri Sembilan @ Nilai & Menuju Senawang (Cerita di Hari Ini : Sarapan, Makan Tengharii)

shaizhar
0
AI buat hal. Suruh masukkan gambar lunch kat Rumah Putih dia caca merba. Letak je apa yang ada.

Di mulaikan pagi dalam gerimis mengundang. Gigih mencari lokasi sarapan. Warung tepi kolam katanya. Dari sumber google ada jualan roti canai. Tapi masa sampai nan adoo... Dah sebabkan sedikit kebasahan. Duduk jelah makan pagi kat sini.

Harap maaf, gambar bergetar sebab tengah mengigil kena hujan manja - manja. Pakai baju hujan lengkap ye.

Suasana tempat makannya.

Kat bahagian depan ada satu keluarga, Kat belakang ada ahli masjid/surau tengah bersarapan dan berr

Selfie satu kali.

Nasi lemak. ALhamdulillah rezeki dapat menikmati nasi lemak Negeri Sembilan. Sambalnya memenuhi citarasa anak tekak tapi agak pedas sikit. Ada kuih dan muih beraneka macam. Yang manis dua tu tak memenuhi citarasa anak tekak. Kuih lapis dan seri muka.

Dalam perjalanan pulang ke penginapan dalam suasana masih hujan. Tetiba mata yang rabun jauh tanpa cermin mata nampak Cafe ini. Nampak macam ada penebar roti canai. Seorang shaizhar memang tak boleh dipisahkan dengan roti canai ye. Dah melantak nasi lemak tetap nak roti canai.

Susana cafenya. Tak berapa nak ada orang sebab pagi yang sejuk. Mungkin rakyat Nilai tengah tarik selimut. Mungkin ye? Bukan semua. Mesti ada.

Ini cafe ana yang punya!! Banyak juga meja kerusinya.Mesti pilihan tempat makan penduduk setempat. Kawasan tepi jalan ye,.

Kat yang ada orang tu lah tempat tebar roti canai.

Jarang - jarang order roti telur. Kasi layan ini kali. Tetap oder teh o.

Nyum!! Nyum!! Roti canai pagi ini.

Kuah yang kiri lebih memenuhi anak tekak dari yang kanan.

Ada nasi ayam juga. Pepagi dah ada jual ye. Jarang kelihatannya tapi ada.

Ada pilihan  sarapan yang lain juga.

Ada juga pilihan kuih muih tapi tak menarik di pandanganku. Balik penginapan, mandi lagi sekali sebab kebasahan kena hujan. Dalam pukul 11.00am check out lah dan gerak - gerak khas

Dah tengok tajuk mesti tahu kemana destinasinya.Tak kan nak pulang ke sarang. Isnin 26/10/26 cuti khas untuk rakyat Selangor yang berkerja dan belajari di negeri ini sempena Ulangtahun Jubli Perak 25 tahun permerintahan Sultan Selangor.

Ikut jalan lama. Dari Nilai - Batang Benar - Pajam - Mantin-Seremban. Healing pepagi hari.

Akhirnya sampai ke Ampangan. Pernah sampai kawasan ini dulu ada rakan sekerja (Telaga Biru) kawin. Tak ingat rumahnya kat kawasan mana.

Pintu gerbang yang sangat menarik. Terasa sangat berada di Negeri Sembilan.

Ada Warung Selera Kampung di sana. Ramai orang tengah menikmati makan tengahari. Siapa ada rela lagi mengawal keadaan lalulintas.

Memang dah niat nak makan kat sini. Jadi yang ramai orang tadi dipandang sepi.

Akhirnya sampai kat rumah putih. Apakah maksud makan berjambar?
Makan berhidang kan?
Patutlah 'Restoran Berhidang Pilihan Anda'

Ada kambing golek juga katanya.

Jomlah kita masuk. Ada je orang tengah menikmati makan tengah hari.Tapi tak terlalu sesat sampai tak ada tempat kosong.

Ini di bahagian sebelah kiri.

Antara menu pilihan. Mesti ini menu utama pilihan ramai.

Yang nak duduk bersila boleh naik makan kat dalam rumah putih. Aku? Cari kat luar je lah.

Ada menu pilihan lain yang ada.

Port OOTD. Tumpang letak gambar awak ye adik kecil yang hensem.

Antara jualan lain yang ada.

Pilihan yang manis - manis pun ada. Hanya mampu jeling2 je.

Ada juga set dan maklumat lauk pauknya.

Zoom untuk lihat dalam size yang lebih besar.

Order mengunakan QR Code. Aku malas nak minta buku menu nanti semua pun nak order.

Duduk di meja no 8. Ada air kosong juga.

Suasana sekitarnya. Aman dan damai ye. Kat belakang tu pun masih banyak meja dan kerusi ye.

Selfie satu kali. Bukti dah sampai sini.

Laluan ke rumah putih. Ini mungkin pintu tengah rumahnya.

Menu pilihan. Nasi kosong. Sayur bayam dan Teluk Itik Masak lemak cili padi.

MLCP telur itik ini cukup rasa mungkin cuba tak pedas pada tekak aku.

Dah lama tak makan sayur bayam. Tekak tak berapa nak memilih kankung untuk menu tengahari ini.

Nyum!! Nyum!! dah berapa minggu tak makan cendol. Alhamdulillah. Menarik cendolnya. Hijau dan saiznya memang 'homemade'. Jagung pun banyak. Tapi sayang tak ada bahan - bahan lain. Kenapa? letak lah sikit. Harga RM 5 ye. Okay je lah. Mungkin Cendolnya memang style macam ini. Yang penting tak terlalu manis.

Licin. Alhamdulillah aku bukan sejenis yang suka membazir makanan kecuali bersebab.

Boleh bagi riew kt Google dengan scan QR Code ini.

Macam biasalah payment by online transfer (cashless)

Yang suka sedut2 pun ada.

Kepala kari ikan RM 10. Biar betik?


Nota Kaki : Bersambung di episod selanjutnya di Senawang pulak

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !