366 - Perjalanan Pulang Ke Sarang : Alor Setar - Bandar Sunway

shaizhar
4

Tarikh : 22 Ogos 2024

Hari: Khamis

Masa : 7.40 pagi - 1.30 petang

Bergerak awal pagi meninggalkan Kampung abang iparku untuk kembali ke #sarang.

Selfie satu kat Titi merah yang baru di bina di sini. Boleh untuk motorsikal, basikal dan penjalan Kaki sahaja. Lebih dekat untuk ke jalan besar.

Kali ke dua laku di sini. Mahir ikut sini melalui jalan keluar. Untuk masuk belum biasa dong!

Depannya kubur kau. Tetiba teringat dengan Saloma Bridge di KL.

Ayuh kita lalui 447 kilometer menuju ke #sarang. Ikut lebuhraya utara selatan dari Kepala Batas. Jarak ke susur keluar tol kat kampung aku dalam 15 kilometer.

Berhenti di beberapa stesen minyak di R&R
Gurun, Juru, Bukit Merah & Sungai Perak.

Dalam 3 jam perjalanan dah sampai Ipoh. Isi perut dengan beli tembikai potong dan pau. Bakal bekal air dan hanya sekali ke tandas.

Berhenti di Simpang Pulai, Tapah dan Ulu Bernama. Kos minyak motor dalam RM 25 - RM 30.

Bukti dah lalu di Ipoh. #gigihkan.

Dalam jam 1.00 petang dah sampai di Restoran Jejantas Sungai Buloh.

Dalam 1.11 petang dah sampai kat susur keluar tol subang. Perjalanan kembali ke sarang mengambil masa 5 jam 30 minit. Laju kan?

Kemudiannya, singgah sini makan tengahari. Lain kalilah buat entry pasal tempat ini. Sahaja snap iklan ni. Mungkin ada sesiapa nak apply kerja kat sini boleh contact nombor itu.

Nota Kaki : Alhamdulillah, perjalanan di permudahkan. kesakitan paling teruk ialah pada #punggung.#sekian #terimakasih.





Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kagum betul sbb ko masih boleh bawak motor pergi tempat yg jauh2. Aku pernah ajak Jun pegi Ipoh naik motor (pasal Ipoh susah nak parking kan), dia kata taknak cari pasal sbb takut sakit belakangnya datang balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Malas nak naik bas atau public transport. Nanti nak gerak susah. Kalau sewa kereta mahal juga. Best kan kalau ada gojack. Leh bonceng motor mesti jimat

      Delete
  2. Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah selamat semuanya.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !