341 - Perjalanan ke Utara : Dari Airport - Cendol Pak Mat Curut - Urban Inn -Restoran Nasi Lemak Royale Jalil

shaizhar
4

Tarikh : 19 Julai 2024

Hari : Jumaat

Masa : 3.20 petang - 9.30 malam

Lokasi : Cendol Pak Mat, Urban Inn & Restoran Nasi Lemak Royale Jalil

Akhirnya dapat juga singgah di sini. Selalu lalu lalang kat FB. 

Siapaksj Pak Mat Curut? Semestinya buka. saudara mara ku. He he he

Ada mee kari juga. Tapi hari ini, tutuplah pulak sebab ownernya bercuti.

Jom tengok apa menu yang ada. Yang wajibnya ialah Cendol. Ada laksa, laksam dan set nasi + lauk. Harga pun mampu bayarlah. Standard harga di negeri Kedah. Mana boleh jual mahal - mahal kan.

Order Cendol buah RM 8.00. Rasanya sedap. Ada 3 jenis buah. Cendolnya pun ok. Rasanya cukup semua,tak terlalu manis tapi banyak ais Batu. Aku terpaksa ketekikan sebab tak suka kalau ada banyak ais macam ini.

Makan laksa di sini. Rasanya biasa - biasa sahaja.

Dan seterusnya, check in hotel kegemaranku.

Parking kereta sewa di Basement. Area ini paling dekat dengan counter check in hotel.

Dah hampir 4.00 petang. Ayuh lah kita check in.

Inilah biliknya di tingkat 4 bernombor 401.

Bilik dekat dengan lift.

Rupa Paras katil tempat tidurku.

Suka bilik style ini. Dah lah luas. Rezeki sungguh.

Tandas dan tempat mandi seperti kebiasaannya. Sangat luas. Kalau ada bath tub best ini. Mana nak cari hotel yang ada ye? Kalau hotel mahal2 mesti ada kan!

Aktiviti Petang ini pusing - pusing Bandaraya Alor Setar.

Lalu dekat Pekan Melayu & Pekan Cina, menuju ke destinasi berikutnya.


Hajatnya nak naik Menara Alor Setar sebelum senja dan lepak hingga maghrib (malam). Tapi stress, nak parking kereta susah. Jadi, lain kali je lah. Plan berubah.

Terus teringat Mee Udang kat . Dalam berbelas kilometer juga. Sayang seribu kali sayang. Dah sampai tempat tu, penuh sesak dengan orang. Tak ada parking, yg ada pun jauh dan kawasan situ sempit. Apakah?

Last - last healing je dalam kereta dari Air Hitam ke Tunjang terus ke Jitra sampai Kepala Batas hingga ke Hutan Kampung dan masuk Pekan balik. Terus tetiba anak tekak nak makan nasi kandar.

Ada banyak restoran nasi kandar area sini. Tapi pilih untuk makan di Royale Jalil.

Ada lauk pauk yang ada. Ayam goreng tu nampak macam sedap je.

Lagi pilihan yang ada. Tak tahu nak pilih yang mana satu.

Nasi + kobis + telur sotong + ayam + papadom = RM 19.00. Mahal ke?

Air oren RM 2.00. Pinggannya kecik sangat. Untuk lebih nikmat, marilah makan pakai tanggan. Tak tahu kenapa ambil sudu. Mungkin dah biasa kot. Rasa kuahnya sangat ngam. Tak ada rasa pelik atau masam jauh sekali masin atau manis. Semuanya memenuhi seleraku. Kira puas hati dan berbaloi dengan harganya. Kenyang sampai ke pagi.

Bawah hotel ini ada supermarket C - Mart. Dua kali juga hari ini pergi beli barang di sana. Sebelum naik bilik beli air dan makan serta buah tembikai potong. I like !

Nota Kaki : Esoknya ada plan nak negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia.





Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Mcm best je nasi kandar tu. Hotel nampak bersih, luas dan selesa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi kandar memang best. Tapi x boleh makan selalu. Ye, itulah hotel pilihanku setiap kali balik kampung.

      Delete
  2. terliur telur sotong tuuu..yummeh!! bilik tu memang luas laaaa cozy sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak makan sotong.Bilik kat hotel tu memang luas2 saiznya.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !