345 - Xtvt Anak Beranak Bulan Julai 2024 : Hari Terbuka Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku & Oh My Meow Expo @ Kid Valley Exhibition Centre

shaizhar
2

Tarikh : 26 Julai 2024

Hari : Jumaat

Masa : 2.15 petang

Lokasi :  Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku & Mid Valley Megamall

Alhamdulillah dapat hadir ke Hari Terbuka SKKT (Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku).


Sampai dalam 2.15 petang.

Kena daftar dulu. Tahun 1 yang paling kiri. Mummy Najla dah sampai awal. Jadi salah seorang sahaja yang perlu daftar. Ibu atau ayah.

Scan je QR code ini.

Ayuh naik satu tingkat menuju ke 1 UTP.

Hari Terbuka Sekolah adalah hari report card. Guru kelas berjumpa dengan ibu bapa untuk terangkan prestasi anak mereka.

Alhamdulillah, cikgu pun bagi tahulah itu ini pasal anakku Najla Nazihah. Berkaitan pelajaran, subjek yang lemah Dan apa yang perlu di pertingkatkan dan sebagainya.

Cikgu bagitahu dia seorang yang sensitif, mungkin salah satu faktor kerana membesar di kala ibu bapa bercerai seusianya 3 tahun lebih. 

Menjadi orang pertama di kelas ini membawa anak pulang awal. Jadi, bawalah anakku ke satu destinasi sebagai aktiviti anak beranak untuk bulan ini. Ke manakah?

Macam biasa setiap kali aktiviti anak beranak ini akan ada surprise. Jadi dia akan tanya, kita nak pergi mana daddy?

Tergejut dia + suka dapat jumpa haiwan ke sukaan.

Jom la kita masuk tengok apa yang ada.

Ada port ootd di sini.

Lagi gaya dan aksinya.

Jom tengok kucing yang ada. Majoritinya dalam sangkar.

Dia tanya, kucing ni nama apa? Macam - macam soalannya.

Gaya macam 'raja' katanya.

Rupanya banyak je jenama lain untuk produk kucing. Aku juga ke yang tak tahu, atau kau orang juga pun tak tahu.

Luas juga kawasan pameran ini. Dah lama sungguh tak datang sini.

Bukan makanan kucing sahaja. Boleh kata dari A to Z ada di jual di sini. Dari segi ubat - ubatan, tempat membuanf, tempat tinggal, aksesori, mainan dia dan lain - lain.

Ini jenama yang terkenalkan. Semua pun mesti tahu.

Lagi kena paksa ambil gambar dengan daddy.

Daddy pun selfie lah sekeping buat kenangan.

Daddy kita beli ikan ni boleh tak?

Suka di dapat tengok macam - macam jenis kucing. Bila ajak balik, tak nak lagi. Mungkin sebab belum puas tengok kucing.

Ada tik top live both juga kat sini. Betul - betul mengikut trend masa kini.

Ada anak kucing. Suka lah tu, dapat pegang2 dan belai2.

Lagi satu gambar dengan anak kucing ini sebelum melangkah pergi.

Itik ini lah yang gigit tanggan Najla. Tanya dia, sakit tak. Jawapannya, tak sakit pun. Ada juga haiwan lain dan serangga kat sini. Tak ambil gambar pun.

Ada rezeki kita datang lagi. Semoga anakku happy dapat jumpa haiwan ke sukaanya. Lepas ini kita cafe atau tempat makan yang mana kucing di lepaskan. Jadi, boleh main dengan sepuasnya.

Dah penat jalan, kami pergi makan dulu. Kemudian terus balik menaiki LRT. Tak kuasa berlama - lama.

Nota Kaki : Tak sabar nak bawa anakku untuk aktiviti kami anak beranak bulan depan. Semoga di permudahkan.




Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !