Tarikh : 6 Ogos 2024
Hari : Selasa
Masa : 1.50 petang - 8.15 malam
Akhirnya tiba di negeri Perak dalam perjalanan pulang ke Sarang. Masih belum ada kata putus.Nak terus perjalanan atau singgah di Ipoh.
Akhirnya, buat keputusan untuk bermalam di Ipoh sebab penat melalui perjalanan yang panjang dari Sungai Petani - Kuala Perlis - Kedah - Penang dan kini di Perak. Kalau teruskan perjalanan ada lagi lebih kurang 200 kilometer. Jadi cari hotel yang paling bajet dan harganya hanya RM 40
Ruang di setiap tingkat.Memang design seperti ini. Ada tempat duduk - duduk. Owner dia kata sangat kot. Kalau ruang ini di gunakan boleh buat beberapa bilik lagi.
Menu pilihan mee kari RM 6.00 dan airnya teh o ais RM 2.00. Rasa mee karinya ok pada anak tekakku. Sederhana sahaja. Tak tahu, kurangnya kat mana. Mungkin tak cukup masin pada anak tekakku.
Lagi deretan pilihan tempat makan ada citarasa Thai juga Arab.
Nak singgah masuk sini kejap lagi. Tapi pergi ke tempat lain dulu.
Ada lastik la. Tak ingat lah dulu - dulu harganya berapa. Mestilah lagi murah ka silap - silap berapa sen sahaja.
Masuk dalam ini. Masih berkaitan nak beli atau tak yang viral tu? Akhirnya buat keputusan untuk tak beli.
Pusing - pusing kat tempat penginapan. Akhirnya jumpa juga orang melayu yang berjalan. Suka caranya, kuih muih di tutup tapi macam ini.
Bersambung di hari terakhir misi pusing Semenanjung Malaysia. Perjalanan pulang ke Sarang.
Tarikh : 7 Ogos 2024
Hari : Rabu
Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
Meter terakhir yang di rakam sebagai bukti dah berapa jumlah perjalanannya.
Memulakan perjalanan paling lewat dari biasanya. Selamat tinggal Ipoh. Adakah akan Kembali ke sini lagi?
Perjalanan akan berhenti - berhenti isi minyak di R & R Tapah. Pagi tadi hanya sempat sarapan roti buat alas perut.
Nasinya bercitarasa Malaysia. Airnya tak rasa gas yang kuat. Rasanya guna produk bumiputera. Ayambnya bersaiz besar dan di perap mengikut caranya sendiri. Boleh diterima di tekakku. Banyak lagi pilihan lain termasuk burger.
Nota Kaki : Syukur alhamdulillah, misi pusing satu Semenanjung Malaysia berjaya di laksanakan dalam tempoh 7 hari 3 malam.
Bermula dari Selangor pusing Kuala Lumpur singgah di Putrajaya. Meneruskan perjalanan merentasi Negeri Sembilan Dan berhenti menginap di malam pertama di Melaka.
Hari kedua bermula dari Melaka menuju ke Johor. Menginap di area Taman Johor Jaya. Terjah anak blogger di Pasir Gudang. Sempat juga mengurut customer di area Danga Bay.
Hari ke tiga menuju ke Pantai Timur. Dari Johor menuju ke Mersing. Seterusnya melalui sempadan Johor - Pahang. Singgah di Pekan makan rojak Dan cendul durian sN akhirnya check in di hotel area Menara Kuantan 188. Petangnya bersiar dan nenghadiri Pesta Kuantan 188 dan makannya menyaksikan konsert langsung di sana dalam cuaca hujan.
Hari ke empat meneruskan perjalanan ke Terengganu. Alhamdulillah perjalanan di permudahkan walaupun tidak dapat singgah di beberapa tempat makan yang di hajati. Tiba di Kuala Terengganu dan memilih penginapan yang berhampiran airport dan Stadium Gong Badak. Pusing - pusing di Jambatan Angkat. Ada singgah di Kedai Pasar Payang dan mengimbau kenangan di Pantai Batu Burok.
Hari ke lima, menuju ke negeri seterusnya iaitu Kelantan. Perlu keluar selepas subuh kerana terpaksa melalui perjalanan yang paling panjang dan jauh. Sarapan pagi di sempadan Terengganu - Kelantan. Roti canai paling padu sepanjang misi ini. Tidak ke Kota Bahru sebaliknya melalui Machang - Tanah Merah - Jeli sebelum melalui Banjaran Titiwangsa yang di anggarksn lebih kurang 100 kilometer. Untuk kali kedua di sini memang berhajat merakam seberapa banyak gambar dan video kenangan di puncak Titiwangsa serta Tadik Banding. SubhanAllah. Indahnya ciptaan tuhan. Perjalanan di permudahkan dan selamat tiba di tempat penginapan kat Sungai Petani.
Hari ke enam. Di mulai dengan gerimis dan hujan. Memilih jalan dalam dari Sungai Petani - Bedong - Guru - Guar Cempedak - Sungai Limau - Kuala Sala. Menikmati indahnya pagi dan bersarapan di Kuala Sala. Meneruskan perjalanan menuju ke Kuala Kedah dan singgah di Kota Kuala Kedah. Perjalanan menyusiri jalan pantai negeri Kedah ke negeri Perlis. Tiba di Kuala Perlis dan merakamkan kenangan di sana. Akhirnya impian untuk ke Kampung Warna Warni di Kuala Perlis menjadi kenyataan. Alhamdulillah, misi pusing Semenanjung Malaysia di permudahkan. Dari utara Semenanjung Malaysia, bergerak turun melalui Lebuhraya Utara Selatan. Melalui negeri Kedah dan singgah makan tengahari di Pulau Pinang sebelum meneruskan perjalanan dan berhenti serta bermalam di Ipoh.
Hari ke tujuh dab terakhir perjalanan dari Ipoh melalui Simpang Pulai dan keluar di rol Bukit Beruntung untuk menikmati pengalaman makan dan minum di Dadr Food viral milik bumiputera iaitu Darsa Fried Chicken. Akhirnya selamat tiba di rumah beberapa minit sebelum pukul 3.00 petang.
Kesimpulannya, satu perjalanan yang panjang. Tempat penginapan yang bajet. Makan dan minum seadanya. Permandangan yang sangat indah, tenang dan mendamaikan. Impian yang terwujud akhirnya berjaya di laksanakan. Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah atas peluang dan kesempatan ini. Mungkinkah ada peluang kedua? Semoga takdir penentu segalanya. A-min.
alhamdulillah. best tu merasa travel dan bermusafir kat byk2 negeri at one go :) rezeki!
ReplyDeleteAlhamdulillah. Impian akhirnya tercapai.
DeleteBila nak bawak Najla ronda2 naik motor pulak Shai? Mesti dia seronok.
ReplyDeleteSelalu bawa pusing2 kat area Kelana Jaya ini sahaja.
Deletelama tk pi penang..mee daud tu biasa tgk org share
ReplyDeleteTu la. Byk sangat pilihan tak tahu, nak makan yang mana satu.
Delete