Tarikh : 3 Ogos 2024
Hari : Sabtu
Masa : 5.00 petang - 11.30 malam
Masa tengok peta sekitar Kuantan tadi terperasan tanpa sengaja satu tempat makan ini. Jom lah kita cari.
Dan seterusnya ialah masa untuk dinner. Cari mana nak makan serta apa yang nak di makan.
Antara salah sebab kenapa aku check in hotel berdekatan Menara Kuantan 188 adalah kerana nak tengok konsert. Jom layan.
Banyak tragedi yang terjadi malam konsert ini.
Waktu aku turun bawah hotel baru perasaan hujan dah turun. Mula - mula gerimis lepas itu mulai lebat. Habis laju keras payung kat KK Mart.
Nasib baiklah aku pakai cap.
Rasanya, bagi pendapat aku tak sesuai buat konsert bawa Menara Kuantan 188 ini. Tak ada ruang yang luas untuk penonton.
Dalam hujan pun ramai je yang sanggup setiap duduk di tempat yang strategik untuk lihat persembahan artis.
Yang tak bestnya, tetamu duduk bawah khemah dan selesa tapi penonton yakni Rakyat jelata terpaksa berhujan. Erm.. tu pun banyak je kerusi kosong. Mungkin jenputan tu tak datang sebab hujan atau susah dapat parking.
Majlis patut mula jam 9.00 malam tapi berlangsung lewat beberapa minit.
Ketibaan Sultan & Sultanah Pahang Dan Kerabat di Raja melalui jalan belakang dan bergelap. Terus mulakan dengan upacara potong kek & pulut kuning serta nyayian lagu ulangtahun versi di raja.
Yang aku perasaan kenapa majlis ini tak ada nyanyian lagu Negaraku dan lagu Negeri? Bacaan doa pun tak ada. Patutnya majlis formalkan sebab kelibatkan Kerabat di Raja.
Hujan masih turun, pentas pun bergelap. Pengacara majlis pun terpaksalah bercakap banyak untuk legahkan team tekniksl nak betulkab lampu yang blackout.
Pengacara lelaki tu aku tak kenal. Yang perempuannya DJ Suria FM selebriti popular Kak Rara @ Sharifag Shahira. Petang tadi, ada nampak dia di lobby Menara Kuantan 188. Malas nak ajak bergambar.
Akhirnya, lampu di pentas pun menyala. Artis pertama buat persembahan ialah De Fam. Nyanyi 3 lagu. Ada je part yang 'sumbang'. Tarian mereka pun terbatas la. Tapi menarik untuk di tonton.
Artis kedua ialah Black Hanifah. 3 lagu dia semuanya best dan sing along. Masa lagu terakhir dan turun cari penonton ubtuk duet lagu Teman Penganti. Nasib suara budak lelaki bernama Iman itu tidak mengecewakan.
Artis ketiga ialah The Legend Dato' Jamal Abdillah. Lagu pertama dia Kekasih Awal & Akhir. Lagu kedua Aku Penghibur dan yang terakhir duet dengan As Sultan lagu Gadis Melayu.
Rakyat jelata pun tahu Kerabat di Raja ini suka menyanyi. Oklah suaranya. Tak kan nak komen dan kritik lebih - lebih pulak kan.
Tak ada gambar artis - artis ini buat persembahan sebab aku dapat tempat yang tak strategik. Jadi, untuk artis terakhir sky buat keputusan untuk cari port lain.
Nota Kaki : Setelah sekian lama tak tengok konsert terbuka. Akhirnya dapat tengok depan mata artis - artis ini terutamanya Melly Goeslow.
Masa keberangkatan pulang Sultan & Sultanah Pahang ini memang rahmah bersalam dan bergambar dengan rakyat. Memang benar bagai di kata keperibadian mereka dengan rakyat memang dekat sekali. Raja berhati rakyat.
Dari dalam kereta pun mereka masih lagi tersenyum dan melambai - lambai tangan' kepada rakyat.
Wah, meriahnya Kuantan time ko pegi tu ye. Macam2 aktiviti menarik.
ReplyDeleteMemang dah rancang dari awal.
Deletesbb my zharfan dh tak study kat cfs tu, so rasanya tak tau bila la plak kami akan cuti2 kuantan hehehhe
ReplyDeleteTak pe. Mana tahu ada rezeki lepas ini kan.
DeleteUishhh grand juga tu Melly Goeslow datang Malaysia. Kula Cakes tu memang famous terutamanya kek mango tu.
ReplyDeleteMesti bayar mahal tu yg dia boleh sampai Kuantan. Oh! Baru tahu kek mango yg famous ye di situ.
Delete