362 - Mai Singgah Alor Setar : Titi Gajah - Alor Malai - Pendang - Kampung - Hospital

shaizhar
3

Tarikh : 17 Ogos 2024

Hari : Sabtu

Masa : 9.15 pagi - 3.00 petang

Sarapan pagi ini di depan masjid yang cantik lagi menarik. Port Ootd terutama pengantin baru, salah seorangnya adalah sepupuku. Masjid Al- Bukhari namanya 

Lokasinya di sini. Waktu menunggunya agak lama. Jom kita try, test cuba tengok.

Misi pencarian roti canai di teruskan. Alhamdulillah rotinya sangat lembut dan kuahnya yang paling sedap pada tekak aku untuk episod beberapa hari ini lah. Ada rasa manis, rasanya dari ubi keledek. Ke aku salah?

Ni lokasinya, Medan Selera Alor Malai.

Lepas dah sarapan jomlah healing kejap sambil mengimbau kenangan masa menjadi runner delivery dulu. Destinasi pilihan ialah Pendang.

Antara mural dinding yang sempat di snap. Lokasi ini kat tandas awam. Yang penting tak perlu bayar dan agak bersih.

Yang ini pulak dekat dinding deretan kedai. Singgah kat Mr D.I.Y kerana kat sini ada barang yang di cari.

Dah settel, terus pusing lagi ikut Kota Sarang Semut - Simpang Empat keluar ikut Telok Bagan masuk highway hingga ke susur tol keluar Alor Setar Utara kat Jalan Langgar menuju ke Hospital.

Sampai awal di Hospital. Jom lah kita ukur lagi kat sini.

Tak pernah lalu ikut bahagian depan pintu masuk utama. Jom kita jalan ikut sini.


Jalan dengan arah tujuan yang betul menuju ke destinasi oooo.

Dah semakin mahir jalan nak ke lokasi ini.

Menuju ke Kafeteria Hospital. Misi nak cari kudapan sahaja.

Kuih dan muih. Semua ini berharga RM 3.20.

Wad ayahku kat yang putih tu macam kabin. Sangatlah senang tak perlulah nak naik - naik kat atas.

Masuk beberapa minit lepas waktu melawat di benarkan. Ayahku tengah tidur. Baru nak duduk tak sampai seminit dia dah tersedar.

Alhamdulillah, semakin baik dan dah boleh keluar hospital petang ini. Tunggu kakakku datang dengan anaknya bawa kereta.

Akhirnya dalam 2.30 petang ayahku dah boleh keluar dan bawa dia duduk sementara rumah kakakku di Titi Gajah. Sana lebih senang. 

Tapi sebelum itu aku kena uruskan sesuatu.

Misi mencari farmasi. Akhirnya, jumpa juga lepas Tanya nurse dan melihat papan tanda dengan lebih teliti.

Tempat mengambil ubat. Lepas bagi kertas biru akan di beri nombor giliran.

Dah dapat nombor giliran. Menanti ubatnya.

Stok ubat untuk dua bulan.

Lepas dah selesai ini aku gerak balik rumah Chu Liah untuk jumpa sepupuku. Sekali dia baru keluar pergi beli barang.

Baru nak makan tengahari. Berselera makan sebab ada gulai ikan dan sup ayan panas - panas.

Nota Kaki : Ayahku kena minor strok. Bahagian belah kanan tak boleh bergerak beberapa hari lalu.

Jadinya kena kerap urut. Akhirnya aku ada persakit tetap. Semoga dengan kudrat dan anugerah yang Allah bagi ini dapatlah aku balas balik pengorbanan ayah aku selama ini.

Semoga ada progress yang baiklah. Yang penting dia dapat bangun dan uruskan diri sendiri.

Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Cantik aturan Allah tu kan Shai. Ada hikmah ko ambik kursus mengurut, dapat berbakti dengan ayah ko bila dia terkena minor stroke.

    ReplyDelete
  2. moga ayah shai cepat sembuh, dgn asbab shai urut2 jugak tu insya Allah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !