Tarikh : 14 Ogos 2024
Hari : Rabu
Masa : 8.30 malam - 8.30 pagi
Berada di Petronas R & R Rawang menuju ke utara. Terima whatsapps dari kakakku bagi tahu Ayahku kritikal Dan berada di zon merah Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
Dalam 11.00 malam tiba di R & R Tapah. Berhenti isi perut (tak ambil gambar). Makan nasi ayam dan kopi o.
Pukul 12.00 Tengah Malam sampai di Hentian sebelah Simpang Pulai.
Lepak kejap makan buah tembikai potong selepas isi minyak di stesen Petronas.
Akhirnya sampai di tempat berhenti seterusnya di Hentian sebelah Alor Pongsu. Baring - baring kejap. Terlelap jugalah dalam pukul 4.30 pagi terjaga dan meneruskan perjalanan.
Kembali lagi ke sini. Kali terakhir tahun 2021, waktu diri sendiri menjadi mangsa kemalangan dan di bawa menaiki ambulance dari Klinik Kesihatan Simpang Kuala ke Hospital Sultanah Bahiyah ini.
Sesampai di sini terus cari kakak dan abang iparku. Dia orang kat kafeteria bersarapan. Tiada gambar di sana.
Alhamdulillah dalam pukul 8.00 pagi dapatlah jumpa Ayahku sekejap. Semakin baik sikit daripada sebelumnya.
Kakakku suruh duduk rumah dia. Lebih dekat nak berulang alik ke Hospital. Dapatlah bersihkan diri dan rehat sekejap.
Nota Kaki : Tunggu waktu melawat nak ziarah Ayahku lagi. Waktu melawat 12.30 Tengahari - 2.00 petang dan 4.30 petang - 7.00 malam.
shafahullah
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah keluar hospital dan dlm proses pemulihan sebab kena minor strok sebelah kanan.
DeleteMudah2an ayah tuan dianugerahi kesembuhan dan keafiatan yang berpanjangan
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya. A-min
DeleteWow jauh tu ride...Semoga semuanya baik2 aje..Amin
ReplyDeleteDah biasa. Baru je balik ride satu Semenanjung Malaysia.
Delete