Tarikh : 2 Ogos 2024
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pagi - 7.30 malam
Meninggalkan bumi Melaka dan menuju ke negeri ke 5 iaitu Johor.
Tetap gigih nak bergambar di sini.
Selamat datang ke Johor Eh! Tetap dia detect tempat ini di sungai Rambai lagi.
Lagi gambar terakhir sebelum melangkah pergi.
Gambar selfie satu.
Semua gambar pun nak di letak. Ha ha ha.
Jom lah meneruskan perjalanan ke destinasi tujuan.
Seterusnya ke tempat makan ini untuk kali ke duanya.
Seriuslah, pukul 10 pagi dah habis roti canai. Erm.. niat nak sarapan roti canai tak tercapai. #sedih.
Order jelah jadi beriyani ayam dan papadom serta air sirap. Semuanya berharga RM 18.00. Di sebabkan kecewa tak dapat makan roti canai, jadi tak ada gambar selfie muka sendiri.
Akhirnya tiba di daerah Kulai. Melalui Sedenak hinggalah ke KTM Kulai. Teringat kenangan dulu - dulu.
Seterusnya menuju ke destinasi tujuan iaitu tempat penginapan. Semoga dapat check in awal.
Pintu masuknya. Kena memanjat ke tingkat satu. Alhamdulillah, dapat check in awal. Bolehlah baring, luruskan badan selepas melalui lebih 200+ kilometer dari Melaka ke JB.
Sebenarnya setiap kali aku pergi ke satu - satu negeri atau daerah bukan pergi sahaja - sahaja. Bak kata orang sambil minum air. Aku selitlah dengan iklan menawarkan khidmat urutan untuk lelaki.
Alhamdulillah, dalam 3.00 petang ada customer area Danga Bay, JB booking slot urutan.
Lepas dah selesai kerja, ayuhlah kita menuju ke Pasir Gudang untuk episod terjah. Siapakah mangsanya?
Di sebabkan dia sibuk layan customer. Jadi duduk - duduk dulu di sini. Dah terjah tadi, siap jerit nama dia. Yaaaaanaaaaa, Eh! Dia toleh dan tanya, buat apa kat sini? Nak beli kereta ke?
Dia masih lagi sibuk. Aku pun menyibuk diri juga dengan tengok contoh kereta proton yang ada. Mangsa terjah ini ialah anak kedua rakan bloggerku. 'Adik' atau Yana Mak budak dengan anak seorang (buat masa ini).
Tanda yang menunjukkan kedai ini menjual Kopi.Eh! baru perasaan, sejak kebelakangan ini Asal datang Johor je mesti singgah kedai kopi.
Atas saranan sis lin, dia suruh order Kopi Sarawak. Aku pilihlah yang sejuk berserta kek yang manis giler tu. Terpaksalah aku minum bergelas - gelas air putih. Glurp! Tengok harganya. Seriously aku mana minum kopi mahal - mahal ni. Untuk kali ibu layankan jelah.
Kemudiannya pergilah balik jumpa Yana. Time tu dia tengah free. Jadi sembang2 lah sebab dah lama tak jumpa. Terselah kematangan dari tutur bicaranya. Kenal dia dari umur belasan tahun, sekarang sah jadi mak orang.
Sebelum melangkah pergi, dia siap tanya tak nak ambil gambar ke? Eh! Aku macam segan pulak. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab dia "bini" orang kot!
Seterusnya bergerak kembali ke tempat penginapan dan mencari makan malam.
Memilih untuk makan western dengan harga bajet.
Sebelum naik ke tempat penginapan singgah di kedai 'saka' RM 2.40. Kebetulan ianya terletak kat area tempat penginapan.
Melayanglah hampir RM 30.00. Dah naik atas, jangan haraplah aku nak turun. Terus rehatkan diri. Esok akan melalui perjalanan yang jauh menuju negeri ke 6.
Jom ke Pantai Timur...
Besar betul basikal tuuu
ReplyDeleteBasikal gergasi= beca
DeleteFinally sampai ke destinasi..
ReplyDeleteBeca besar tu tak terjaga sebelum ni. Baguslah kalau sudah refurbish semula, icon sempadan negeri Melaka dan Johor.
Alhamdulillah
Delete