Tarikh : 16 Ogos 2024
Hari : Jumaat
Masa : 2.30 petang - 3.30 petang
Setelah sekian lama, akhirnya kembali ke sini.
Kena naik tangga kalau nak masuk Muzium ini.
Abadikan gambar di sini sebab nampak macam betul - betul.
Bergambar berlatar belakangkan Gunung Keriang.
Dan di sini, selain helang dan singa ada juga kuda. Kenapakah? Semoga ada rezeki untuk bawa Najla ke sini.
Dan, menuju ke destinasi seterusnya. Ke manakah?
Ada Taman Rekreasi tau, bawah kaki Gunung Keriang ini. Ada signboardnya tapi tak menarik. Malas nak snap. Boleh gitu!
Lagi tempat jualannya. Ada juga kedai runcit. Tapi, time ni tak ada orang pun. Mungkin lewat - lewat petang kot.
Selfie satu, sebab malas nak buka tripod tengah panas kot.
Apa yang di tulis di situ? Jom lah kita pergi dan membacanya.
Dan seterusnya, mencari tempat untuk isi perut.
Nama pun 'Bihun Sup' tak kan nak order laksa pulak. Kat dalam kampung dan area rumah orang.
Bihun sup. Untuk round pertama makan tanpa letak sambal cili dia.
Order laicikang sejuk. Ok, sedap je tapi tue lah banyak air batu. Bihun sup dia biasa sahaja. Aku pilih yang ayam. Dah selalu sangat makan bihun sup daging.
Yang tak bestnya, kat sini banyak lalat. Jadi adakah bermaksud tempat ini tak bersih atau sisa makanan @ bahan mentahnya tidak di uruskan dengan baik. Erm..
Rasanya pertama dan terakhirlah datang sini.
Lepas dari sini terus balik rumah Chu Liah. Lepak kat sini. Sambil baring - baring. Memang buat macam rumah sendiri pun sebab sini memang rumah pusaka tok nenek kampung. Masa kecik - kecik dulu pun memang sinilah tempat permainan kami
Nota Kaki : Tak sabar esoknya nak berkumpul dengan sepupu sepapat dekat kampung.
muzium padi ni rasa mcm ada jugak kat langkawi kan? selain sekinchan
ReplyDeleteRasanya ye. Tapi tak pasti namanya
Delete