Tarikh : 16 Ogos 2024
Hari : Jumaat
Masa : 8.15 pagi - 11.30 pagi
Keluar dari rumah kakakku di awal pagi.
Betul - betul mengikut tema. 'Kehijauan'.
Snap gambar terakhir sebelum melangkah pergi menuju ke destinasi berikutnya.
Seterusnya, sebelum pergi sarapan. Singgah sini dulu.
Kau orang pernah datang sini?
Episod seterusnya, marilah kita bersarapan pagi.
Iklan Jap. Ni Maktab Mahmud, sekolah agama tersohor di negeri Kedah.
Roti canai kosong dan roti celaru. Aku pun celaru dah. Kenapa aku pi order roti kosong banjir sekeping pun tak tahu. Betul - betul keliru sampai celaru di buatnya.
Akhirnya semuanya di satukan. Bertambah banjir jadinya. Roti dia pada aku okie. Cuma kuahnya macam tak kena pada tekakku. Lagi power kalau sambalnya pedas sikit kot!
Ini tempat makannya. Penuh je orang pagi ni sebab jumaat hari tak bekerja dan sekolah di negeri Kedah.
Lepas sudah sarapan balik kampung dan lepak umah mak saudaraku. Chu Liah tengah buat tapau pulut. Anak2 dan menanti dia yang duduk Ipoh nak balik.
Seterusnya dalam 11.00 pagi bertolak ke Hospital. Ikut lebuhraya je senang. Naik motor tak perlu bayar tol.
Jalan menuju ke wad tempat ayahku berada. Sekali, pukul 12.30 Tengahari baru boleh masuk. Jadinya ukur jalan dalam Hospital. Singgah kafeteria, beli kuih muih. Satu RM 0.40 sen sahaja. Singgah kedai runcit juga beli roti untuk ayahku.
Nota Kaki: Alhamdulillah, ayahku dah ada selera nak makan. Mungkin seronok kot, anak dan menantu tinggal di Sabah pun terbang pulang.
Macam best je roti celaru tu. Semoga ayah ko cepat sembuh, Shai.
ReplyDeleteRupanya roti canai letak telur mata je pun. Tq, ayahku dlm proses pemulihan.
DeleteSA x pernah datang sini..eh suka la most of building dia warna putih macam tu...
ReplyDeleteYa. Rasanya Seni bina dengan pengaruh inggeris (bangunan putih)
DeleteTahniahnya kepada tukang amek gambar
ReplyDeleteHa ha ha ha.
Delete