Tarikh : 19 Julai 2024
Hari : Jumaat
Masa : 7.55 pagi - 3.00 petang
Lokasi : Kelana Jaya - Lrt Taman Bahagia - Pasar Seni - Putrajaya Sentral - Terminal 1 (KLIA) - Alor Setar
Memulakan perjalanan ke utara tanah air 3 hari 2 malam.
Di mulakan dengan menaiki bas percuma. Menuju ke Lrt Taman Bahagia.
Kenderaan awam ke dua ialah Lrt. Sangat sesak dan terpaksa berhimpit dengan orang yang berpusu - pusu pergi kerja.
KL tengah 'berduka' yakni kegelapan di pagi hari. Langit sudah gelap, ada beberapa tempat dah hujan waktu itu. Plan A nak turun kat KL Sentral dan naik bas ke destinasi 'itu'. Memikirkan jalan raya ajak jem bila hujan. Jadi buat keputusan turun di Pasar Seni dan public transport seterusnya.
Naik MRT dari Pasar Seni dan tukar ke laluan Putrajaya Line di TR Exchange.
Perjalanan naik MRT pagi ini lebih selesa dan nyaman. Tak perlu bersesak sebab gerabaknya luas dan laluan ini tak ramai orang sebab menuju keluar KL ke Putrajaya.
Pertama kali juga naik MRT laluan Putrajaya.
Selamat tiba di Putrajaya Sentral dalam jam 9.35 pagi.
Bila nak jumpa tu? Sekali Touch N Go tak boleh. Rupanya kena Baki lebih RM 20. Tadi pagi to up RM 20. Jadinya bakinya dah berkurang. Kena top up lagi.
Lagi sekeping. Dah lama giler tak naik Ets ni. Buat masa ini mampu naik yang transit sahajalah dulu.
Jom.. ke destinasi tujuan utamanya. Dah dalam Ets menuju KLIA Terminal 1.
Print juga kat self check in. Pada hal dah print dari komputer.
Dah pukul 10.15am. jom lah kita sarapan pagi. Biasalah harga KLIA, jadi 'tutup mata' je lah. Pusing - pusing tak ada yang berkenan. Jadi pilih Old Town White Coffee je lah.
Harga sarapan pagi ini. Bermewah sikit lah kan. Bukannya selalu.
Nasi lemak kayangan RM 20 sekali air.
Ada replika rumah kayu nni juga. Sebab terlalu banyak aksesori jadi serabut. Patutnya bersederhana atau seadanya. Tak perlu letak macam - macam. Ok done complaint as netizen.
Berjalan dan melepak hingga anjung peninjau. Tak ambil gambar pun.
Dalam 12.05 Tengahari dah masuk ke ruang pelepasan dalam negeri.
Menuju ke gate A2. Nasib baik dalam ini sejuk. Kalau zaman lcct dulu kalau jauh mesti berpeluh ketiak. Ha ha ha.
Dapat notis ini. Teringat dulu zaman naik firefly kalau persawat delay dia akan SMS kalau tak silap.
Dah boarding tunggulah penerbangan yang delay itu.
Ini persawat ke Kuching. Sekarang dia panggil business class dulu, lepas tu enrich kemudian ikut group 1,2,3,4 dan 5.
Tunggu pintu gate di buka. Aku group 5. Jenuhlah nak menunggu untuk masuk. Ada tu gigih beratur depan. Kau ingat penerbangan tambah murah? Ops!!
Tak dapat pemandangan yang elok sebab tak beli tempat duduk tepi tingkap. Cuaca pun tak mengizinkan hari ini.
Nota Kaki : Menuju ke destinasi berikutnya. Di mana kah ? Ke mana kah?
Kalau sama terminal aritu konpom dh jumpa kita pagi tu hehe
ReplyDeleteTu lah. Kebetulan dapat tiket MAS agak berpatutan jadi grab je lah
Deleteni pada hari kes kejadian flight delay sbb sistem microsoft down tu kan?
ReplyDeleteYe. Nasib flight MAS aku delay dalam 30 minit sahaja
DeleteWah bestnya berjalan sana sini.... selalu jarang MAS delay lama-lama, kalau AA biasa delay sampai berejam-ejam.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki dpt jln2. Lepas ini, x tahu la mcm mana. Ni kes delay satu dunia sebab system Microsoft yg viral tu.
Deletebest tu travel naik flight!!! dan u dpt tix berbaloi2 ratenya tuuuuu
ReplyDeleteTu lah rezeki selepas bertahun tak 'terbang'
DeleteHarga tiket MAS tu bestnya....
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki.
Deletebelum cuba lg ke airport naik MRT & ERL...mungkin nak try one day..
ReplyDeleteSilalah cuba.
Delete