Tarikh : 21 Julai 2024
Hari : Ahad
Masa : 7.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Hotel - Kopitiam Ukir Mall, Stesen Keretapi Alor Setar - KL Sentral - Bandar Sunway
Pertama kali ke sini. Ramai artis dan orang terkenal serta ternama dah singgah di sini.
Sarapan pagi ini. Yang 3 ketul tu lah apam lenggang. Ada juga ambil pulut kelspa, lepak liat dan pulut dakab. Tapau je, sebab nak menuju ke tujuan utama hari ini. Jadi kena 'jaga' perut. Takut nanti kalau nak memerut susah.
Ada juga gerai menu selera selatan. Ada laksa Johor dan otak - otak. Tapi macam tak ramai ke membelinya. Mungkin orang utara ni tak berapa suka 'menyorak' (sarapan) laksa pepagi hari kot!
Pemandangan pagi hari ahad di Bandaraya Alor Setar.
Lama juga tunggu owner kereta sewa itu. Janji melayu. Kata 9.00 pagi tapi 9.30 pagi baru muncul. Erm..
Kaunter tiket. Ada juga mesin kaunter layan diri.
Apa - apa pun kita singgah dulu 'buang' hajat. Menuju ke tandas.
Snap gambar ruang menunggu lepas keluar dari tandas.
Ada komuter menuju ke Padang Besar. Sistem pengangkutan awam yang semakin baik di kawasan utara berbanding zaman kecik aku dulu.
Yang tinggi tu Ppr pertama di Alor Setar. Sempat lah kerja 4 bulan kat situ zaman PKP.
Ada keretapi barang lalu.
Snap satu gambar buat kenangan.
Ets ini menuju ke Padang Besar.
Selfie satu gambar sendiri dalam train Ets. Pengalaman pertama naik. Harga tiket RM 95.00. Pejam mata jelah demi sebuah pengalaman baru.
Suasana dalam gerabak keretapi. Hampir penuh di gerabak C ini.
Selfie dalam kegelapan. Tajuk lagu pagi ini.
Jom, jalan - jalan tengok apa yang ada.
Ada tandas juga. Yang ini khas untuk OKU. Jadi Ets ini memang sediakan kemudahan juga untuk golongan sebegini.
Selfie satu sambil berjalan menuju ke gerabak paling hujung.
Gerabak aku paling hampir dengan 'kantin' atau tempat jualan makan dan minuman dakan Ets ini. Setiap kali dia panaskan makanan aromanya memang boleh bau kat tempat duduk aku.
Ada juga di sediakan tempat untuk makan dan minuman. Tapi tak sebanyak keretapi masa zaman dulu aku naik tu.
Anak bertuahku share gambar ini kat mummy dia. Alhamdulillah aku dah hadiahkan HP yang biasa - biasa pada Najla sempena birthday dia yang ke 7 bulan lepas.
Selfie satu. Time ini dah separuh perjalanan dah kat Tasik Merah. Tak sempat nak snap kat suasana di luarnya sebab Ets ini laju sangat. Speed yang paling laju aku perasaan adalah 150 km/sejam.
Kau orang pernah ambil gambar macam ini?
Hampir atau lebih 2 jam perjalanan macam itu dah sampai ke stesen Taiping. Sahaja snap ini hantar kat seorang bekas rakan sekerja. Di balik kampung di sini. Dia siap tanya, 'Datang cari durian ke?'
Suasana di pintu keluar/masuk stesen Taiping. Antara daerah di negeri Perak yang akan di explore selepas ini. Ops! Terpecah lobang. Ha ha ha.
Selfie terakhir sebelum sky merehatkan diri. Lepas dari stesen ini aku tertidur sekejap. Sedar - sedar dah sampai stesen Tanjung Malim.
Antara laluan Ets yang aku lalui hari ini. Satu pengalaman baru menaiki kereta laju.
Nota Kaki : Selamat sampai ke #sarang dalam jam 5.00 petang. Dari KL sentar naik Lrt lepas tu naik bas hijau (free) ke office (PJ5 Soho) sebab tinggal motor kat situ. Singgah dinner Dan kemudian terus balik.
Alhamdulillah, malam tu ada job urut di Ara Damansara.
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.