346 - 3 Kisah di Shah Alam : Karnival Rakyat Karangkraf - Pesta Buku Kanak - Kanak Selangor & Decathlon

shaizhar
4

Tarikh : 27 Julai 2024

Hari : Sabtu

Masa : 10.30 pagi - 1.00 petang

Lokasi : Kompleks Karangkraf, Kompleks PKNS & Decathlon

Di pagi sabtu ini yang cerah berkesempatan ke sini.

Masuk ikut laluan sebelah kanan.

Ada juga tempat letak kereta dan motorsikal. Mungkin untuk staff dan yang berniaga di sini.

Suasana di Kompleks Karangkraf pagi ini.

Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pengunjung.

Selfie satu. Tak bawa pun my tripod.

Jom lah kita berjalan masuk tengok apa yang ada.

Ada khemah pendaftaran. Aku tam daftar pun.

Ada port Ootd juga.

Ada pertunjuk dan peta maklumat berkaitan Karnival ini. #terbaik.

Ada khemah sinar harian.

Ada khemal jualan produk Karangkraf. Nanti waktu balik baru singgah.

Aku paling suka kalau orang jual ini bagi produk dia untuk rasa - rasa.

Antara gerai jualan produk tempatan. Ada Jalen yang jual sos, Kicap' dan kordial minuman.

Ada jualan produk upib ipin juga.

Antara jualan produk lain yang ada.

Ada pentas juga. Tengah ada pertandingan masa ini.

Ada pameran agensi kerajaan juga, yakin pasukan beruniform seperti polis dan bomba.

Ada bas bergerak Jabatan Pendaftaran Negara juga.

Ayuh! Kita pergi Hari 'Kantin'. Banyak juga sekolah yang terlibat menjual makan dan minuman.

Kat depan ini ada demo masakan dari chef.
 
Kasi up satu gambar selfie sebelum masuk tengok apa yang ada.

Antara deretan gerai jualan di khemah kat kawasan terbuka ini.

Penuh meja dan nampak meriah. Tapi lebih tertarik dengan yang sebelahnya.

Ada port ootd juga. Segan pulak nak suruh orang ambilkan gambar. Tetiba jadi pemalu.

Sini ada laicikang sejuk. Harga RM 3 je. Beli juga karipap RM 2.

Kat bawah khemah besar ini ada jualan makanan dan minum. Jom tengok apa yang ada.

Suasana dan keadaannya. Ada meja dan kerusi di sediakan.

Ni gerai jualan yang menarik. Siap ada demo ok! Yelah, dia buat bila ada order. Tapi sebabkan manis, aku tak belilah.

Ada juga lagi satu khemah khas untuk ruang makan sahaja. Tapi aku tak pergi pun. Ni

Ada port ootd juga. Konsep rumah kampung ala - ala manja.

Yang ini paling menarik bagi aku. Jom lah pilih nak brunch apa.

Aku pilih nasi minyak ayam masak merah RM 10

Ada juga jualan rahmah. Macam biasanya ada jual beras, gula dan minyak. Tak pergi dekat pula.

Sepi.. sepi. Kemana penjualnya? Mungkin stok durian tak banyak kot! Atau mungkin buka lewat. Tak pasti pulak.

Ni pintu gerbang untuk masuk ke ruang 'Makan Fest'.

Ada juga food truck jual minuman dan makanan. Tapi tak banyaklah.

Kembali ke area pentas. Ada persembahan terakhir. Sangat happening, meriah, berseni dan satu Malaysia sebab yang terlibat tu dari berbagai kaum. Harap sangat group ini yang menang.

Yang paling happening kat sini ialah Rumah Hantu. Gigih beratur panjang nak masuk.

Seterusnya masuk kat tempat sejuk. Dalam bangunsn Karangkraf.Ada fiesta kucing. Tetiba auto teringat dengan Najla. Nasib dah bawa di pergi expo kucing. Jadi tak rasa bersalah sangatlah tak bawa di ke sini.

Ada sessi temubual dengan siapa ntah.

Ada di tampal program yang akan berlangsung untuk hari ini.

Deretan sangkar yang di dalamnya ada bermacam jenis kucing untuk di jual.

Antara kucing yang ada. Semuanya comel - comel.

Antara gerai jualan produk berkaitan kucing.

Salah satu kucing yang manja.

Namanya Halia. Kalau aku duduk umH sendiri dan ada bajet lebih mesti aku dah beli dan pelihara si 'Halia' ini. Semoga dia bertemu dengan tuan yang akan menjaga dan memeliharanya dengan sebaiknya.

Keluar dari situ ada juga jualan produk Karangkraf.

Ada novel seram. Bukan pilihanku lagi jenis bahan macam ini.

Ada 2 bijik beca. Mesti dari Melaka ini. Nampak ada juga orang naik beca ini. Tak pasti pulak berapa bayarannya.

Selfie satu sebelum melangkah pergi.

Eh! Ada kucing besar dan comel.

Kasi up satu lagi. Walaupun bukan gambar sendiri. Satu masa dulu aku pernah berangan nak duduk dalam tu. Ha ha ha. Jadi maskot a & w. Tapi sekarang, sarung maskot macam ini pun dah jadi satu bentuk pekerjaan.

Antara novel yang aku beli. 1 RM 5, kalau beli 5 hanya RM 20. Bijak tak aku. Beli banyak untuk jimat.

Kisah kedua di Shah Alam

Setelah sekian lama. Kembali lagi di sini.

Dari luar, nampak macam sunyi sepi.

Tujuannya adalah hadir ke Pesta Buku Kanak - Kanak Selangor 2024.

Ayuh! Masuk tengok apa yang ada.

Sekali masuk, ramai juga rupanya orang di dalam ini.

Suasana di sana. Agak bersepah bothnya. 

Ada juga penglihatan dari PTS.

Lagi antara pempamer yang turut serta.

Ada juga artis dan kartunis terkenal Imuda.

Snap gambarnya dari tepi.


Bagus letak tanda harga untuk memudahkan pembeli.

Di kat salah kawasan perniaga di dalam Kompleks PKNS ini. Ada kemunculan carry junior. Budak - budak sekolah la, macam ini. Kat sekolah kebangsaan tempat Najla belajar pun dia dah datang.

Kat Pesta Buku Antarabangsa KL itu hari pun MustRead ini pun ada turut serta.

Ada juga penglibatan dari Karangkraf, walaupun dia juga turut ada event di tempatnya pada masa yang sama.

Berjalan la dari hujung kehujung sambil lihat perniaga dan produk yang di jual dalam Kompleks ini.

Ada juga pentas kecil dan sessi bersama penulis. Yang ini seddi bersama illustrator berpengalaman berkongsi tentang kisah dan perjalanan kerjayanya.

Ada jualan produk tenusu dari jenama Farm Fresh.

Antara produknya. Tak beli pun.

Lagi pempamer yang ada. Kesimpulannya tak beli apa - apa pun.

Peta dan kedudukan pempamer yang terlibat.

Dah kisah ketiga dan terakhir.

Dah lama bercadang nak pergi sini. Akhirnya sampai lagi dengan misi mencari apa yang patut di cari.

Suka sebab warna biru.

Wah! Menarik. Ucapan selamat datang dalam berbagai bahasa seluruh dunia.

Jom lah selfie satu bukti dah sampai sini.

Suasana di dalamnya.

Ambil gambar ini dan up dalam group whatsapps Geng Kamie.

Sebabkan aku seorang. Kalau nak beli, khemah kecil ini akan jadi pilihan.

Antara beg - beg yang ada dengan berbagai warna dan pilihan.

Lagi beg yang di jual.

Khemah besar. Nasiblah aku bukan kaki camping.

Suka kat sini sebab di klasfikasikan produk ikut kategori.

Area ini untuk produk swimming sahaja.

Ada juga produk surfing.

Kat tingkat atas ada kawasan untuk budak - budak belajar basikal. Lepas ini boleh bawa Najla ke sini.

Ada tempat makan juga. Next time boleh try.

Ada jualan basikal. Kalau aku duduk umah landed memang dah lama aku beli basikal.

Selfie sebelum melangkah pergi.

Hasil belian. Sekali sekalakan bagi ganjara. pada diri sendiri.

Nota Kaki : Selesai kisah di Shah Alam. Harap dah ada Lrt 3 melalui kawasan Shah Alam, akan lebih memudahkan penduduk serta memberi manfaat pada semua.


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Menariknya dapat jumpa Dato Imuda dan ada booth Farm Fresh!

    ReplyDelete
  2. Ada hantu terlepas tak dari rumah puaka?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !