359 - Perkhabaran Kecemasan : Balik Kampung, Ayahku kini di Wad & Kisah mengejar Senja Nan Merah di Menara Alor Setar

shaizhar
6

Tarikh : 15 Ogos 2024

Hari : Khamis

Masa : 12.15 Tengahari - 8.45 Malam

Alhamdulillah, Kembali ke sini, tengahari ini.

Ayahku di katil 8.

Alhamdulillah, dah semakin baik. Dah sedar dan boleh duduk bersembang. Orang sakit, dia lengguh - lengguh. Di suruh urut sana lah sini. Kita ikutkan je. Ni je lah pun masa yang ada.

Perut dah berbunyi, minta di isi. Banyak sangat lauk pauk. Tak tahu nak pilih yang mana satu.

Antara pilihan lauk pauk yang masih tinggal.

Gulai kawah, udang petai dan ikan masin + teh o ais yang teramat manis.

Suka konsep macam ini. Kira, bayar Dan terus makan.

Patutlah rasa macam murah. Kena RM 12 sahaja termasuk air. Terima kasih pada tuan punya kedai makan ini.

Sampai kampung macam biasa ziarah pusara arwah mak dan kaum keluarga yang telah pergi terlebih dahulu. Balik rumah ambil kasut ayah. Semalam masa naik ambulance tak pakai kasut. Kemudiannya ziarah rumah mak sedara. Sembang2 lepas tu asyik menguap je. Chu Liah (nak saudaraku) suruh tidur kat sofa empuk ini. Terlelap lah juga sekajap. Sebelum asar bangun minum dan makan mangga, apam yang chu buat serta bubur asyura versi utara yg warna purple. Nasib tak manis. I like. Kemudian menuju ke hospital. Singgah beli roti planta untuk ayah. Duduk lah sekejap kat wad. Sekali masuk dia orang je. Dapatlah jalankan sikit tanggungjawab sebagai seorang anak. 

Elok dah kat sekitar kampungku dah ada signboard warna - warni macam ini.

Akhirnya, kembali ke sini. Ayuh! Mari kita menuju puncak.

Jom lah kita masuk naik ke atas. Masa ini, aku video call dengan anakku Najla Nazihah.

Suasana dari pelantar pemandangan Menara Alor Setar. Nun di sana Gunung Keriang.

Lagi permandangan Bandaraya Alor Setar.

Selfie satu, bukti dah sampai lagi di puncak Menara Alor Setar, Kedah.

Nikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

Selfie lagi.

Menanti senja nan merah. Itu sebabnya naik dalam pukul 7.00 petang. Nak saksikan siang dan malam.

Indahnya permandangan senja di puncak.

Selfie sambil pusing - pusing, tak terkira berapa kali dah. Berpuluh kali kot!

Nun jauh di sana, kampung halamanku.

Selfie lagi dan lagi.

Masjid Zahir, masjid negeri Kedah.

Menanti detik dan masa. Dari siang ke malam.

Aksi suka suki.

Kali ke dua pakai t-shirt ini.

Matahari semakin terang dan mulai terbenam.

Zoom Dan zoom lagi. Ni, kalau ambil dari Pelantar Terbuka mesti lagi cantik.

Matahari sudah mahu terbenam di ufuk sana.

Selamat tinggal matahari untuk hari.

Malam pun bertandang bila matahari sudah tiada.

Tiket naik Menara Alor Setar. RM 7.00, murah kan?

Esok nak terjah kawasan inindan ber Ootd.

Ni ada kawasan lapang, tempat untuk kanak - Kanak bermain. Tak tahulah berapalah harganya.

Selfie di waktu malam pulak.

Malam doli puncak Menara.

Suasana malam hari.

Indahnya langit selepas senja. SubhanAllah.

Menghitung detik untuk berlalu pergi.

Gambar terakhir di sini sebelum turun.

Bab tekan lift memang dah jadi kemahiranku sejak habis sekolah di tempat kerja pertamaku.

Di larang makan dan minum. Tapi kalau nak 'membuang' boleh. Ada tandas kat atas puncak ni.

Eh! Macam mana boleh tersesat gambar ini. Ye! Ini betul - betul gambar terakhir diri sendiri sebelum turun ke bumi.

Selfie di bawah kaki Menara.

Yang terakhir sebelum ke destinasi berikutnya.

Episod seterusnya, marilah kita cari makan isi perut dulu.

Marilah kita makan malam di Pantai Johor tapi di negeri Kedah.

Nasi kandaq aloq setaq. Tak tau pasai apa depa panggil nasi lemak. Macam tak sesuai kan!

Dulu sini ramai orang, sekarang tak lagi. Tue kata kakakku. Mungkin sebab sekeliling dia dah ada banyak tempat makan. Jadi orang ada banyak pilihan lain. Ke, harga makan & lauk pauk kat sini mahal.

Selfie satu, bukti dah sampai sini.

Nota Kaki : Ada hikmah dan rahmat di sebalik kepulangan kali ini. Terima kasih Allah.

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. alhamdulillah. good to hear that ur dad is getting well

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dalam proses membaik. Tapi, ambil masalah sebab faktor usia kan.

      Delete
  2. alhamdulilah sempat ko jenguk ayah ko .. semoga pakcik cepat sembuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa misi pusing satu Semenanjung Malaysia hari tu x singgah kg pun. Ni balik kg balik emergency. Dlm proses pemulihan skrg.

      Delete
  3. Semoga ayah Shaizar makin sihat ye..biasa la parent dah berusia ni memang diuji maslah kesihatan..sama macam PZ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayah saya tahun ini dah 77. Proses pemulihanmya perlahan. Harap dia dapat bangun dan jalani hidup mcm biasa pun dah cukup.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !