348 - Solo Rider : Misi Pusing Semenanjung Malaysia, (Iklan) Ekspo Perdagangan & Pelancongan Islam Antarabangsa @ MITC

shaizhar
6

Tarikh : 1 Ogos 2024

Hari : Khamis

Masa : 10.45 pagi - 12.00 Tengahari 

Pertama kali masuk di kawasan MITC ini. Selalu dekat jalan besar sahaja.

Ada khemah jualan juga di luarnya. Nanti nak balik baru singgah.

Nak masuk kena scan Qr code dan daftar maklumat diri sendiri.

Hadir sebagai pengunjung ke Ekspo ini.

Kaunter pendaftaran di asingkan antar lelaki dan perempuan. #terbaik.

Masa tengok poster tu, tak perasaan pun Ekspo ini anjuran Global Ikhwan.

Antara gerai jualan yang ada. Mula berjalan dari kanan dan tengok apa produk yang ada.

Ada produk minyak masak dan tepung gandum.

Produk dari setiap negeri juga. Salah satunya dari negeri Pahang.

Ada produk kopi juga. Untuk lelaki dengan tingkat ali dan perempuan ada camputlran kacip fatimah.

Ada produk sos cili juga.

Ini produk dari negeri Perlis kalau tak silap.

Ada juga produk bihun.

Yang ini pulak produk mee kuning Dan kuehtiau. Siap ada sample juga, mee yang di goreng. Boleh la buat rasa - rasa.

Boleh kata satu dunia ada rangkaian GISB ini.

Ruang pameran yang memaparkan orginasi, sejarah, produk dan perkhidmatan serta bisnes GISB.

Ada juga haiwan yang di bawa ke dalam ini.

Baru tahu, GISB ini ada juga terlibat dalam aktiviti memanah, sukan extreme Dan yang sewaktu dengannya.

Tak tahu pulak dia orang ada stesen TV sendiri.

Tengah siaran langsung yang boleh di tonton di seluruh dunia. #terbaiklah.

Suasana di kawasan studio Ikhwan tv.

Ada pentas juga. Mesti ada pengisiannya.

Ada produk aiskrim juga. Patut bagi sample. Boleh rasa - rasa. Ke ada? Aku je yang tak perasaan.

Ada produk tudung juga untuk kanak - kanak dan wanita dewasa.

Ada penglibatan dari pempamer luar Negara juga.

Lagi produk keluaran muslim yang di jual di halal mart.

Mereka juga ada produk bakeri. Rambang mata, kalau ikut nafsu semua benda pun nak beli.

Ada juga produk cookies dan coklat (tiada dalam gambar).

Ada juga penglibatan syarikat pengeluar produk makanan yang Lai Salah satunya Nureys ni. Ada sample juga. Dapatlah buat isi perut. 

Kau orang pernah cuba produk ini?

Seterusnya melalui kawasan pameran pelancongan dan mejoritinya mempromosikan pakej umrah dan ziarah.

Lagi pempamer yang menawarkan pakej umrah. Dekorasi both yang simple.


Memang banyak syarikat pelancongan yang menawarkan pakej - pakej umrah. Ada juga nama - nama yang aku tak pernah dengar.

Tourism Melaka pun ada. Nasib aku tak pakai baju tu. Kalau tak 'tersama'.

Both pempamer untuk pakej umrah ini 'bersepah' dan dia tak letak setempat. Tapi di kawasan yang berdekatan je.

Ada juga pempamer dengan jual madu. Tak pergi dekat sebab ramai sangat orang tengah berkumpul.

Ada juga penglibatan Rumah Hutan Terapi Alam Bonda Rozita. Mak Usahawan terkenal Dato Alif Syukri tu.

Dah sampai kat hujung - hujung dah ni.

Antara salah satu daripada pempamer luar negara.

Banyak sungguh kan perniaga di bawah 'Ikhwan' ni.

Suka kat sini sebab ada sample minuman percuma. Belinya tak juga. Ha ha ha.

Ada juga petting zoo. Adalah haiwan & haiwan comel. Harga masuk pun boleh tahan juga. Mungkin sebab sewa mahal kot!

Ada juga Kedai Buku Pak 

Lagi pempamer yang ada.

Sangat menarik. Sangat berseni dan cantik.

Jom tengok lebih dekat. Sangat mahir. Sekejap sahaja dah siap satu tulisan.

Zoom lebih dekat. Tak tahulah berapa harganya. Mesti ratus - ratus.

Ada port Ootd. Tapi #segan sebab ada ramai orang.

Jadi selfie je lah dengan unta yang comel ini.

Lagi sekeping buat kenangan.

Yang di hujung sekali sebelah kiri. Gerai jualan konsep terbuka. Mungkin harga sewanya lebih murah.

Ada juga produk dari Inteam. Kumpulan nasyid tu. 

Ini kedai hasil lauk yang aku selalu beli tiao kali ke Lumut.

Q nak masuk pameran. Tak masuk pun sebab kena tunggu lama.

Melangkah keluar dan meninjau apa yang di jual di luar. Kat bahagian khemah - khemah itu.

Ada kenderaan milik GISB. Nampak, group mereka berkembang Salam berbagai bidang.

Ada juga bas dua tingkat.

Selfie di luar MITC. Kalau tak ada expo ini memang tak sampailah aku ke sini.

Ada pelancaran apa ntah. Siap ada Vvip lagi.

Jom lah tengok apa yang di jual di bawah khemah ini.

Ada jual pizza 🍕. 

Ada lemang juga. Tapi nampak macam belum siap je lagi.

Ada char kueyteow juga.

Roti arab pun ada. Rasanya ni vendor luar.

Ada ayyam Fateh. Dalam kalang Komuniti GISB mungkin popular. Rasa macam pernah dengar, tapi tak pernah makan.

Ada jual Cendol juga.

Banyak sangat pilihan sampai tak tahu nak makan apa.

Ada juga jualan buah - buahan. Sekarang lagi musim durian.

Berbakul - bakul durian yang ada dengan berbagai nama dan harga.

Ada juga nasi Padang. Anak tekak ni belum ada kata putus nak makan apa.
Nasi ayam pun ada. 

Ada juga menu dari luar negera macam dari Singapura ini.

Ini pulak dari Australia. Kalau dah pakai topi tinggi tu, mesti chef berpengalaman.

Tertarik dengan kain rentang ini. Motorhome atau caravan dari GISB.

Ada juga jualan dari food truck.

Suasana sekitarnya di pagi itu.

Lagi food truck yang ada. Akhirnya aku buat keputusan untuk tidak membeli apa di sini.

Gambar terakhir sebelum melangkah pergi.

Nota Kaki : Tertanya juga kenapa GIBS buat Ekspo ini di negeri Melaka?

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Banyak produk makanan dan umrah ye.

    ReplyDelete
  2. Fuhhh meriah betul produk kat expo ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Hampir semua jenis makanan asas ada.

      Delete
  3. Best dan meriah expo mcm ni.. boleh kenal macam2 produk.. dan explore peluang yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokonglah produk Muslim dan bumiputera Malaysia.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !