Tarikh : 20 Julai 2024
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 pagi - 6.00 petang
Lokasi : Hotel - Arau - Padang Besar - Hotel - Aman Central - Menara Alor Setar - Simpang Kuala - Hotel
Dalam pukul 7.30 pagi dah bergerak meninggalkan tempat penginapan menuju ke Negeri Perlis.
Destinasi pertama, singgah di Arau untuk sarapan pagi. Di mana kah?
Ambil kertas order dan pencil serta buku menu untuk tahu minuman dan makanan yang ada. Sila cari meja kosong.
Kawasan agak luas. Dari depan, kawasan tengah hingga ke belakang. Ala - ala TGSK di Bukit Antarabangsa itu.
Pek nga (lempeng) yang mengingatkan aku pada masa kecik. Tak tebal dan terlalu nipis. Just nice! Di masak sempurna. Gulainya pun sedap, seekor ikan lagi tu. Pulut ikan pun sedap. Kelspa parit dia banyak. Pulutnta sikit keras (tak terlalu keras). Lebih prefer jika ianya lembut sedikit. Cuma tak berapa gemar dengan ikan masin gelama. Lebih prefer ikan masin yang lain. Tapi layankan je. Letak juga gulai ikan di suapan terakhir.
Akhir sekali penutnya ialah sate. Jadi orang muoor sekejap pepagi sarapan sate. Cuma tak gemar nasi impitnya sedikit keras. Lebih prefer yang lembik. Perapan dia ok sahaja. Harga pun RM 1.00 murah kan. Kuah kacang dia banyak dan sedap.
Lagi tempat makan di area belakang.
Ada port Ootd. Minta tolong seorang adik perempuan tu. Dia orang berdua (perempuan). Selamba je, malas nak buka tripod.
Papan tanda menu. Harga sarapan dalam RM 24.50 kalau tak silap. Tengah harinya memang aku tak makan. Kenyang giler. Syukur terjumpa tempat ini tanpa sengaja.
Dan seterusnya menuju ke tempat shopping.
Whatsapps gambar ini dalam group WA Geng Kamie. SIS LIN 'tembak' yang aku pergi Hatyai sebab baru buat passport.
Ni kawasan permisah sempadan Malaysia - Thailand. Pernah lah 2 kali masuk sempadan ini satu ketika dulu.
Pdg Besar, aku sampai lagi. Kali terakhir sampai masa tahun 2021 dengan kawan sekerja. Ada job kat sini.
Arkeb Niaga di pagi hari. Masa ini belum pukul 10.00 pagi. Jadi senang dapat parking dan tak banyak kedai yang di buka.
Ada jual ini. Miyam kam kan nama dia, ke salah? Dulu, masa tempat kerja pertama ada Restoren Thai selalu ada menu ni kalau ada event kat company tu.
Signboard yang menarik untuk Ootd.
Berakhirlah episod pusing - pusing Perlis di pagi hari. Bersambung cerita di petang hari.
Ukur shopping mall terkenal di Bandaraya Alor setar semestinya Aman Central.
Setelah sekian lama, akhirnya Kembali ke sini.
Untuk tujuan keselamatan, snap dinding di mana kereta di parking agar tidak tersesat mencarinya nanti.
Tak berhajat pun nak naik ke atas. Port Ootd yang menarik.
Alamak, sekali gelap lah pulak gambarnya.
Ada gerai jualan mokti's juga.
Dari bawah kaki Menara.
Lagi sekeping buat kenangan.
Pertunjuk arah. Tak ingat bila kali terakhir ke sini.
Berjalan kembali menuju ke shopping mall.
Sebelum balik hotel singgalah Petronas isi minyak kemudian ke Pekan Simpang Kuala beli makan malam. Tak ambil gambar.
Petang - petang memang ada yang berjalan dengan pasar di sini. Aku belilah kuih muih, nasi lemak bajet.
Sebelum naik bilik singgah di C-mart beli air, buah potong dan jajan.
Nota Kaki : Esok pagi dah nak balik. Tak sabar nak naik pengangkutan tersebut untuk pertama kalinya.
Tempat breakfast tu macam menarik je. Bila nak sampai Perlis ni!
ReplyDeleteAjaklah Jun pergi cuti - cuti Malaysia.
Delete