13.10.2023 genap 3 tahun diriku bergelar Duda. Mungkin pada setengah orang gelaran itu agak berat atau tak sanggup untuk dipikul. Tapi ini adalah ketentuan yang telah tertulis buat diriku.
Kisah ini adalah catatan perjalanan sebelum ke proses tersebut. Di catatkan disini sebagai satu kenangan dan mungkin juga pedoman serta iktibar untuk orang lain. Bukan untuk mengalakkan perceraian tapi andai ini jalan terakhir boleh baca pengalaman diriku yang melaluinya.
Apa yang aku buat sebelum bercerai ialah asingkan diri dengan bekas isteri. Alhamdulillah dia ada dua rumah. Satu kuarters di Kelana Jaya yang berhampiran dengan pejabatnya dan lagi satu rumah kampungnya di Sungai Buloh. Beberapa bulan sebelum proses tersebut kami tinggal berasingan untuk bagi peluang masing-masing untuk muhasabah diri dan cari ketenangan dan buat keputusan yang muktamat, Memang la berat sebab masa tu anak masih kecil berusia 3 tahun+. Tapi apa pilihan yang ada kalau masing-masing sudah ada penderian tersendiri. Yang membuat kata putusan adalah di pihak lelaki. Apa yang aku buat? Minta pertunjuk dengan Allah. Andai ini jalan yang terbaik aku redha walaupun ada hati dan perasaan yang akan disakiti dan ianya sudah tentu tentang anakku sebab dia rapat denganku. Sepanjang awal tahun 2020 waktu PKP memang aku bekerja di rumah dan menjaga dia sepenuh masa.
Akhirnya selepas buat solat taubat, solat hajat dan solat istiharah aku buat keputusan muktamad untuk bercerai. Dalam hal ini tak boleh nak salahkan mana-mana pihak. Kena akui kekurangan diri dan sebab menyebab kenapa semua ini terjadi. Setelah difikirkan sedalam-dalamnya itulah keputusannya.
Adalah sukar untuk melalui proses perceraian pada masa tersebut kerana musim PKP. Pejabat Agama ditutup dan beberapa kali proses tertangguh. Namun akhirnya pada 13/10/2023 merupakan tarikhnya.
Proses di negeri selangor lebih mudah jika kedua-dua pihak persetuju dan ianya dikenali sebagai "Fast track" kalau tak silap. Kena isi borang permohonan cerai, surat akuan dan maklumat diri kedua-dua pihak.
Nota Kaki : Tak semua orang berkahwin inginkan perceraian sebagai kesudahan.
Walaupun perceraian dibenci oleh Allah, tapi kalau meneruskan perkahwinan lebih mendatangkan mudarat maka sebaik-baik jalan ialah dengan perceraian jugak. Sabar la Shai, ada hikmah di sebalik ujian ni. Teruskan menjadi ayah yang terbaik buat Najla Nazihah.
ReplyDeleteTerima kasih.
Deleteperceraian adalah fasa mencabar tp part of qadak qadar...my elder sister and my younger sister both are single moms now :(
ReplyDeletebercerai hanya dengan bekas isteri...tapi dengan anaknya tidak sama sekali. teruskan jadi ayah yang terbaik buat anak ye
ReplyDeleteMoga rutin harian dipermudahkanNYA.
ReplyDeletebaru ternampak entry ni....if bercerai adalah jln keluar yg terbaek...ok jer...memang qadak qadar kan....my elder sister pun bercerai...my adik pun bercerai tp now dh remarry...
ReplyDelete