576 - Dinner @ Rizky Durian PJCC, PJS 5

shaizhar
0

 

Beberapa bulan lalu pernah masuk nak makan kat sini tapi pekerja dia buat tak tahu je dan tak layan. Kita dah 2 minit berdiri kat kaunter.

Di satu petang selepas balik kerja. Selepas selesai beli barang untuk kerja seni anakku Najla Nazihah, singgahlah disini.

Aneka jenis cendol. Tak tahu nak pilih yang mana satu.

Ada ayam gepuk, ayam geprek & ayam penyet.

Pilihan minuman.

Ada juga masakan panas.

Ada jualan sarapan juga. Tak pernah ke area sini pada waktu pagi.

Akhirnya pilih cendul pulut sahaja. Tengah bulan kan lagi pun anak tekak tak terasa nak makan durian pada ketika dan saat ini.

Inilah cendol pilihan ku. Rasanya biasa sahaja. Tak manis. Cendol dia macam yang 'segera'. Kalau homemade lagi sedap rasanya. Teringat cendol2 zaman - zaman dulu. Pulut sedikit berminyak. Mangkuknya sangat kecil. Jadinya, biasa - biasa sahaja.

Menu pilihan ialah ayam penyet. Rasanya biasa - biasa sahaja dan tidak boleh dikatakan wow. Mungkin sebab aku dah selalu makan kat tempat lain yang jauh lebih sedap di tekakku. Apa pun boleh la.

Nota Kaki : Mungkin kali pertama dan terakhir kot! kalau nak makan cendol durian di masa mendatang mungkin akan mencari tempat lain sahaja. I'm Sorry anak tekak kata so - so sahaja.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !