339 - Urusan di Putrajaya - Jabatan Imigresen & Jabatan Pendaftaran Negara + Hari Koperasi Negara 2024

shaizhar
8

Tarikh : 18 Julai 2024

Hari : Khamis

Masa : 8.30 pagi - 4.45 petang

Lokasi : Putrajaya 


Lepas hantar anakku ke Sekolah Agama di pagi hari, terus 'pecut' ke Putrajaya untuk urusan passport.

Mendapat nombor bertuah 1095. Masa sampai 8.35 pagi, giliran aku akan sampai lagi 77 orang. 

Pada jam 9.05 pagi lagi 60 orang. Agaknya pukul berapalah giliran aku?

Pada jam 10.10 pagi, giliran menungguku  lagi 46 orang. Wow.. laju juga walaupun kaunter yang buka dalam 3 @ 4 je.

Pusing - pusing kat sini dulu. Lambat lagi gilirannya. Dengan tak sarapannya lagi.

Ada Hari Bertemu Pelanggan. Jom tengok apa ada kat sini.

Ada pameran macam - macam agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan, Jabatan Pendaftaran Negara, dll ada juga Tabung Haji, SSPN, MBSB Bank, RHB Bank  dan jualan pakaian, makanan dan minuman.

Ini ruang pameran Imigreseen.

Dah ada sistem imbas QR code untuk masuk Singapore dari Johor.

Kat luar tu berbaris panjang orang nak masuk renew passport. Tak kuasalah aku nak berbaris.

Untuk maklumkan dan pengetahuan.

Ni lah gerai jualannya. Tertarik dengan menu Sarawak. Nak balik la baru beli tapi sampai ke sudah pun tak beli pun.

Ada jualan bakul juga. Tak tahu berapa harganya. Kemungkinan RM 10.00

Jam menunjukkan pukul 11.06 pagi. Tinggal lagi 10 orang. Yahoo!!

Dalam 11.20 pagi sampailah giliranku. Sekarang tengah tunggu untuk proses bayaran pulak.Tak sampai 7 minit pun urusan.

Nak tunjuk angka giliran 1111 tapi laju sangat, terus berada dibawah.

Di sebelah kirinya ada Galeri pameran ini. Jom kita tengok.

Passport pun ada ciri - ciri dan keunikannya. Ingatkan orang je. 

Revolusi passport. Kali terakhir aku buat passport pengunjung 2013. Pertama kali pergi luar negara yang jauh. #rezeki.

Antara pameran lain yang ada. Sambil - sambil tunggu tu memang jalan ke sana sinilah. Sempat juga turun ke tandas di tingkat 1 (bawah).

Dalam pukul 12.00 tengahari baru lah sampai giliranku untuk bayar. Katanya sempat collect sebelum pukul 1 petang (waktu rehat) Jadi kita lepak dan duduk - duduk dulu la.

Yahooo !! Akhirnya. Selepas berejam menunggu dalam 12.30 Tengah hari nombor giliranku di panggil untuk ambil passport.

Ini my passport yang ke 3. Rasanya urusan hari ini sangat di permudahkan.

Alhamdulillah, ke mana kah destinasi luar negaraku? Rasanya macam nak pergi seberang tambak Johor, tak pun Batam. Ha ha ha. Takut tetiba tersesat masuk Siam dulu.

Iklan kejap. Lepas dah settle pasal passport pergi pulak isi minyak motor di stesen minyak berhampiran. Ternampak sesuatu yang menarik. Apakah?

Dari 17.7.2024 (Rabu) dan 18.7.2024 (Khamis) Ada Hari Koperasi Negara 2024. Persoalannya kenapa di buat pada hari biasa (weekdays) dan bukannya hujung minggu (weekends)?

Pintu gerbang nak masuk ke ruang pameran.

Ada pentas di dalam dewan.

Ada digital board memaklumkan tentang acara ini.

Pameran di ruang legar.

Kaunter urus setiap & pendaftaran untuk acara ini.

Informasi peta jualan dan pameran. Tak banyak sangat pun. Adalah gerai - gerai Kopersi antara Koperasi TNB, Koperasi Polis, Koperasi moccis dan lain - lain.

Ada jualan buah durian di luarnya. 

Harga jualan mengikut jenis. Hanya mampu pandang - pandang sahaja.

Ada gerai jualan makanan dan minuman. Tak banyak pilihan dan tak menarik di mata dan anak tekakku.

Ada food truck yang jual makan dan minuman. Tak ada yang menarik, jadi tak membeli di sini.

Ini jualan dekat ruang legar Jabatan Pendaftaran Negara. Beli dumpling, dim sum dan popia basah.

Dimsumnya oklah. Tapi kalau panas mesti lagi sedap. Pencicahnya berminyak sangat. Ke memang style macam itu?

Dimsumnya pun kena je dengan tekak. Mesti frozen punya ni. Popia basah tu pun sedap. Tapi banyak sikit kacang dan crunchy.

Dan cerita selanjutnya di sebelah petang pulak.

Petang ini melangkah ke Jabatan Pendaftaran Negara pulak.

Ni semua gara - gara My IC 'rosak'. Beberapa bulan lalu ada kena chemical. Ada letak pewangi dalam beg. Sekali tertumpah lah pulak. Mungkin dah masanya kot! Nak IC berwajah baru di usia 40-an. Ni gambar masa 30-an. IC rosak juga (patah).

Ambil nombor di sini. Sebenarnya lepas habis urusan di Imigreseen terus jalan ke Jabatan Pendaftaran Negara dalam 500-600 meter untuk ambil nombor bagi sessi petang. Tiba dalam sekitar 12.45 tengah hari.

Nombor giliran petang ini. Agaknya pukul berapa baru nombor ini akan di panggil?

Jam menunjukkan pukul 2.50 petang. Tapi baru 20 nombor di panggil tu pun bercampur dengan nombor yang pangkal 4. Ada dekat 18 kaunter, yang bukaknya separuh sahaja. Kenapakah?

Jam 3.35 petang. Masih ada 30 orang lagi sebelum giliranku.

Dalam pukul 4.00 petang tiba giliranku di kaunter 3. Tu pun nombor jadi laju sebab beberapa nombor sebelumnya tak muncul -muncul.

Dalam 4.10 petang hantar kertas slip yang di bagi ke kaunter 23. Katanya masa menunggu dalam 30 minit. Kita tunggu dan lihat.

No sekarang 0250 dalam 31 lagi sebelum giliranku. Harap lajulah sebab target keluar dari Putrajaya sebelum 5.00 petang.

Dalam 4.35 petang nombor pun di panggil Dan boleh ambil IC.

Tapi hari ini memang suratan atau kebetulan semua pertugas kaunter yang aku berurusan adalah lelaki. Alhamdulillah semuanya baik - baik, ramah dan mesra.

Kat bawah di Galeri ini. Nak masuk tapi nampak signboard tak boleh ambil gambar Dan video. Jadi snap dari luar je lah.

Pastinya pameran berkaitan sejarah dan perkembangan Jabatan Pendaftaran Negara.


Nota Kaki : Selesai urusan seharian di Putrajaya.
Tags

Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah...2 urusan settled dalam satu hari..

    ReplyDelete
  2. Lama jgk menunggu tu...Separuh hari disana je..Dimsum tu nmpk sedap =D

    ReplyDelete
  3. Kalau aplikasi MyJPJ siap boleh tau berapa orang lagi depan kita. Jadi sementara menunggu tu boleh la kita pegi buat urusan lain dulu ke. Dah dekat2 nak tiba nombor giliran baru la kita pegi balik ke JPJ. Bila la Imigresen nak buat aplikasi yg sama.
    IC rosak kena bayar tak kalau ganti?

    ReplyDelete
  4. Akhirnya settle juga semua urusan. Alhamdulilah.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !