741 - 2 Hari 1 Malam di Bandar Baru Bangi (Jalan - Jalan Cari Makan) - Edisi 20 September 2026

shaizhar
1

 

Bersambung di episod terakhir yakni hari ke 2.

Pagi - pagi hari ahad dah gigih jalan - jalan cari makan. Lokasi di atas bukit.

Ada juga jualan aneka macam kuih dan muih. Sejujurnya aku tak berapa nak suka paket kuih yang banyak macam ini.Aku lebih suka kuih di beli satu jenis satu boleh rasa macam2 jenis kuih.

Suasana di pagi hari kat Restoran tersebut. Rasanya ada jualan makanan lain juga.

Selfi satu kali bukti dah sampai disini.

Order dua keping roti kosong banjir kuah kari. Rasanya boleh diterima.Karinya sedap. Harga RM 3.00

Pusing - pusing di sini terjumpa Pasar Tani kat sini. Semalam kalau tak silap pasar malam di tapak yang sama.

Suasana di pagi hari. Masih ramai lagi yang baru tiba dan nak buka gerai jualan.

Ada jualan Tapauware.

Ada laksa. Harga boleh tahan ye.

Murtabak pun ada.

Bahulu Kampung katanya. Bakar pakai dapur arang lah kot!

Ada jualan buah strawberey juga.

Nyum!! Nyum!! Nyum!!

Ada aneka macam pilihan bubur. Aku pilih bubur cha cha (tiada gambar) Tak begitu manis. Tu yang aku suka. Bubur jagung ada, bubur gandum, bubur pisang. Aduh! semuanya nampak sedap.

Ada juga roti tempayan.

Di sediakan juga tempat untuk duduk - duduk kat tengah - tengah kawasan jualan ini. Boleh bersantai - santai di sini bak duduk di tepi pantai.

Ada juga jualan produk Farm Fresh.

Dah macam - macam produk Farm Fresh ini ye. Mana dia orang dapat stok susu tu ye?

Ada juga jualan produk Hilal ii.

Berpuluh juga gerai jualan.Aku snap mana yang berkenan di mataku sahaja.

Tauhu bergedil pun ada.

Kerepek merepek pun ada.

Ni kawasan jualan basah, sayur - sayuran dan buahan - buahan serta berbagai macam hidupan lain semestinya. Aku malas nak pergi. Tak ada keperluan pun.

Lagi jualan yang ada. Majoritinya menjual juadah yang berbeza. Ada beberapa sahaja gerai menjual air itu pun pilihan airnya berbeza antara satu sama lain.

Aneka macam jenis kuih muih. Ada juga laksam di kiri itu. Aku beli air teh o ais limau. bubur cha cha dan cakoi (semua tak ambil gambar). Jomlah kita gerak balik ke penginapan.

Terjumpa ini tanpa segaja. Ada yang pernah datang?

Katanya sama macam Ipoh Viral Dimsum!

Waktu ini sekitar 8am lebih kurang. Masih belum dibuka.

Nota Kaki : Singgah juga beli makanan berat iaitu mee goreng + bihun goreng depan Hospital Az Zahra kalau tak silap. Sambung makan kat hotel penginapan dan rehat sebentar dalam 11.00am check out. Tak sampai 30 minit tiba di sarang. Rehatkan diri dan cuci pakaian. Petangnya order Rojak Mee Sotong dan ABC itulah makanannya.Malam dah tak dinner sebab kekeyangan. Rasa hujung minggu ini berehat sahajalah di rumah diam - diam. 

Post a Comment

1Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Ni baru betul JJCM 👍🏻 menarik semua makanan yg dijual tu. Ada baca kat Threads Canning Dim Sum ni bukak cawangan dekat Bangi tapi tak pernah pergi lagi. Sure ramai giler orang beratur nak makan sini macam kat Ipoh sbb masih baru kan.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !