Tarikh : 13 Julai 2024
Hari : Sabtu
Masa : 9.40 malam - 10.30 malam
Hari ketiga berturut - turut ke sini. Disebabkan biasa dengan kawasan ini jadi, pilih la makan dan minum disini. Yang atas tue belah kiri pernah masuk mentor.Keena namanya tak follow sangat program realiti tu.
Order lempeng. Rupa parasnya tak berapa molek Agak tebal sikit tapi cicahannya sedap ditekakku.
Anak tekak rasa sedap dan suam - suam panas je dan rasa nikmat menghirup sup di malam hari. Sambal cilinya memang citarasa utara tapi kurang pedas. Segan pulak nak minta tambah sambalnya.
Ni rupa paras gerai jualan lempeng tu.Ada juga jual ubi kayu. Mungkin di lain masa dan ketika kalau ada rezeki lagi berkunjung ke Pasar Saloma ini. Tapi ada dengan suara - suara tumpang pengunjung kat situ yang kata 'banyaknya makanan moden'. Aku rasa dia orang lebih prefer makanan dan minuman dulu - dulu zaman 'Saloma'.
Masa nak balik ada pulak pengunjung kecil di ajak naik pentas dan berdansa (menari) mengikut rentak lagu dan irama yang pasang.
Nota Kaki : Hari ahad (14.7.2024) ada seminar berkaitan urut. Berdasaran konsep, dia lebih kepada nak jual pakej/kelas urutan yang bertahap.Sampai tahap 6 kau!.
Kelas pertama ini RM 150 je (perkenalan) lepas naik la ke RM 899 sampai la ke RM1500 dan sampai tahap ke 6 dalam RM 3000+. Di sebabkan itu aku rasa macam tak ok je nak share pengalaman tersebut kat sini.
Yang aku tak berkenaan, mula - mula seminar atau kelas urut ini dia dah suruh like page FB la, Tik Tok la. Macam konsep 'paksaan'. Aku bertahan je sebab nak kan sijil. Kalau ikut hati.Masa tengahari tu dah nak belah dari situ.
Ada juga sessi jual diri daripada owner dan bagi tahu pencapaiannya dengan begitu details sekali. Ha ha ha ha. Lepas tue ada sessi terapi, gelombang la, aura la. Siap suruh tutup mata bagai.Buka muzik bunyi air terjun bagai. Masa ini aku dah risau, dah la bawa keluar cash banyak pulak pagi tu. Jadi, aku letak la beg duit dalam beg kertas bawah kerusi.Bukan apa, sebagai langkah berjaga - jaga. Mana tahu kena 'curi'. Tapi alhamdulillah tak ada apa - apa.
Kemudiannya ada pulak penerangan produk jualan mereka pulak. Aku beli lah beberapa untuk try berkesan ke tak. Pertama aku cuba ubat resdung. Sekali tak berapa berkesan pun. Ke memang aku tak ada resdung? Tapi kan kalau selalunya aku makan sambal belacan mesti hidung gatal - gatal. Tak apalah. Baru sekali cuba kot. Tapi krim dan minyak urut dia macam best sebab jenis seram ke badan dan tak melekit. Dia offer untuk kelas ke tahap ke dua. Tapi aku fikir macam tak nak je teruskan.
Dia ada ajar juga teknik urutan tapi macam tak boleh fokus sangat sempat tempat demo tu sempit. Lagi pun kelas ini bercampur lelaki perempuan. Jadi tak berapa nak selasa. Nasiblah model dia tua pak cik umur hujung 50-an yang kurus.
Kesimpulannya, cukup lah sekali.Mungkin akan cari guru dan tempat mengajar lain pulak.
Lempeng ni kena sambal cicah dia sedap baru berselera nak makan. Lempeng dkt TGSK pun ok kan.
ReplyDeleteYa. Lempeng TGSK ok, tapi lebih prefer yg garing
DeleteNampak bihun sup tu sedap pula. Kalau kelas macam ni kena cari yang betul2 berbaloi. Kalau bayar kita nak kan yang terbaik kan....kalau tak ok....kena angkat kaki la mana tau tempat lain lagi berbaloi kan?.
ReplyDeleteYe lah. Tengah cari nak berguru dengan cikgu lain pulak
Deleteemm konsep kelas ajar mengurut tu ala2 nak make money to the max ler tu..siap pakej2 yg mahallll...red flag jugak tu..i rasa u better cari tmpt lain lah plak..yg affordable
ReplyDeleteInsya - Allah
Delete