Seawal 7.00 pagi dah gerak dari hotel ke sini. Tempat viral katanya.Betul ke? Kau orang pernah datang? Cuba, try & test.
Kasi payung satu gambar bukti dah sampai sini.
Sementara menanti kehadiran roti canai. Layan dulu kuih muih. Harga satu RM 0.60. Alhamdulillah nasib baik semuanya sedap-sedap.
Jam 7.24 pagi dah mula beratur panjang. Konsepnya order dan terus bayar. Aku sangat suka dengan kaedah macam ini.
Ada rumah Merdeka. Rumah ciri - ciri Melaka yang sangat lawa.
Pagi hari sabtu yang damai sebab baru lepas hujan. Nasib tak hujan sepajang hari. Kalau tak, tarik selimut lah kat guest house tue.
Berdirinya seorang lelaki sendirian di pagi hari.
Bergambar dengan kapal terbang. Kat lantai bawah kakiku ada peta tempat - tempat yang boleh dikunjungi sekitar situ.
Pernah ambil gambar gaya begini satu masa dahulu. Tapi rasanya dari arah belakang sana. Yang ini nampak pulak tangganya.
Ada banyak sekali muzium di negeri Melaka ini. Sebabkan awal pagi dan tak dibuka. Jadi bergambar di luar sahajalah.
Sebelum melangkah pergi.Ambillah gambar kenangan terakhir di kawasan ini. Masih banyak lagi tempat nak dikunjungi.
Alamak. Salah setting pulak.Jadi tak nampak gambar tulisan bangunan tersebut. Aduh! sekali rosak gambar bila ada orang lalu kat belakang. Apa nak buat.Terima sahajalah.
Bergambar dengan replika kereta kuda. Tak pernah ada pengalaman naiknya. Agak-agak dapat merasa tak pengalaman ini satu hari nanti?
Eh! hampir sedondon pulak latar belakang dengan baju ku pada hari ini. Termasuk batu jalannya juga.
Naik ikut jalan sini. Sekali salah jalan lah. Ada tempat nak pergi sebelum mendaki bukit.Jadi terpaksa turun ikut laluan yang betul.
Suka gambar ini jadi simpan sini buat kenangan. Salah lagi letak kameranya. Jadi tulisan belakangnya terbalik sebab HP mengadap depan.
Ke mana destinasi berikutnya? Dekat - dekat situ ada banyak lagi tempat menarik yang boleh Ootd dan ambil gambar.
Kasi intro gambar belah belakangnya dulu. Jadi lagi baru snap gambar area depan. Kebetulan kita itu ada kumpulan pelancong asing. Jadi tidak aman. Tunggu jap lagi la. Pergi ke tempat lain dulu.
Ada muzium di sini yang sangat menarik seni binanya. Konsep libur kali ini hanya banyak snap gambar dari masuk dan ambil tahu tentang sejarahnya.
Cantik kan. Kalau dapat rumah sebijik macam ini mesti best. Tak ingat, pernah masuk atau tidak kat dalamnya sebelum ini.Rasa macam pernah masuk.Ingat-ingat lupa dah.
Memorial memperingati kemerdekaan kalau tak silap.
Lagi gambar diri sendiri. Banyak je lagi gambar dan aksi lain yang disnap.Tapi letak yang elok-elok sahaja lah kat sini.
Jom ambil gambar aksi dan muka sendiri didalamnya. Masih kukuh dan menarik untuk snap2 gambar dalam ini.
Sedondon kan dan senada warna latar dan lantainya. Sangat kebetulan sekali dengan tema warna baju hari ini.
Lagi aksi terakhir didalamnya. Nasib tak ada orang lain yang masuk kat dalam ini.
Nak bergambar dan beraksi dengan tripod kena selamba je.Kalau malu-malu memang tak terakam lah gambar seperti yang dikehendaki.
Aksi panjat tangga.
Muka dah berpeluh - peluh.Kening pulak dah berkerut seribu.Ambil gambar berlatarkan kereta bomba lama.
Snap rupa bentuk sebenarnya dengan warna yang asli.
Ada tragedi di gambar ini. Kaki kiri tiba - tiba kekejangan. Dah lah sport Ootd yang cantik kat sini.
Suka dengan gambar ini.Jadi simpan disini.
Bergembar dengan replika kincir angin dan lembu warna warni.
Demi sekeping gambar. Aksi terakhir sebelum melangkah pergi.
Sekali ada lagi spot ambil gambar kat 0 KM Melaka.
Akdi merenung masa depan.
Ini betul - betul yang terakhir dengan latar belakang bangunan dan lanskap yang sangat cantik dan menarik. Syabas semua warga kerja yang menjaga dan memelihara lanskap dan kebersihannya.
Dapat lah sekeping gambar kat Hard Rock Cafe Melaka ini.Satu lagi gambar kat gitar tue 'rosak' sebab salah setting.Adakah ini pertanda minta datang lagi ke sini?
Dah kenapa dengan aksi ini? Gambar tak ready. Dapatlah sekeping depan Jonker Walk. Untunglah kereta tu dalam interprame.
Nak beli tiket kat sini pun boleh. Ada beberapa tempat jual tiketnya.Tak pasti kalau beli sini naiknya pun di jeti kat belakang tu atau tidak.
Cantik kan? Selain ada surau kat bawah tu ada tandas.Serta Tourism Melaka. Kira pusat penerangan pelancongan lah.Kalau kat KL di Matic Jalan Ampang. Di Ipoh pun ada.Selalunya kat bandar - bandar besar (Bandaraya).
Golden toilet ok. Keemasan sangat. Ingatkan RM 1. Sekali RM 2 kau! Demi membuang isi perut. Harganya bukan lagi menjadi masalah.
Syukur dengan nikmatnya. Selepas berkilometer berjalan, memanjat bukit dan turun bukit akhirnya dapat masuk ke tempat sejuk.
Nikmat yang tidak perlu di dustakan.Tetiba pekerja pembersihan masuk. Jadi terpaksa cepat - cepat keluar.Kalau tak mesti dah tarik tripod.Ye lah, bayar mahal kot nak rasa pengalaman 'Emas' di bilik air berharga RM 2.00
Lagi kesan sejarah yang tinggal. Time ini dah mula hujan rintik - rintik. Nasib baik pakai topi kan.
Gerimis mengundang. Jadi marilah kita larikan diri mencari tempat perlindungan.
Nota Kaki : Hari ini bawa My Syv, tak sanggup nak berjalan dari tempat penginapan walaupun jaraknya tak berapa jauh dari Jonker Street tu. Jadi lebih cepat dan mudah. Dalam 9.45am selesai perjalanan lebih 2 jam pusing - pusing area Bandar Hilir.
Pernah singgah makan roti canai arang tu masa mula2 viral dulu. Beratur bukan main lama 45 minit kot, makan 10 minit je 😆. Setuju, rasa biasa je bagi aku.
ReplyDeleteTue la. Nasib baik aku datang awal pagi, jadi tak perlu beratur panjang.
Delete