334 - Pasar Saloma Edisi 20 @ PJ Bergasing di Kompleks Sukan Kelana Jaya Tarikh 12 Julai 2024

shaizhar
2

 

Tarikh : 12 Julai 2024

Hari : Jumaat

Masa : 6.30 petang - 7.07 malam

Lokasi : Kompleks Sukan, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.

 
Pintu gerbang yang menyambut kedatangan pengunjung.

Khabarnya Siri jelajah ini akan ke Lotus's Nilai,serta minggu ni di Lotus's Lukut Negeri Sembilan.

Sampai di lokasi sekitar 6.30 petang. Ada penjual yang berbagi rezeki (sedekah). Alhamdulillah, menjadi insan terpilih.

Gigih bawa air putih sendiri. Kalau beli ni mahu dekat RM 20. Terima Kasih pada yang bersedekah di petang jumaat yang barakah.

Dari kiri ada air oren, mee goreng, bubur kacang, laksa, dangai dan popia satar.
Selfie2 dulu sebelum makan - makan dan minum.

Ada pengacara majlis juga (emcee) maaf, saya tak kenal.

Banyak juga artis yang menjual. Tapi, aku tak kenal sangat. Ha ha ha.

Yang ini kenallah juga. Tak sempat nak snap gambar dia sebab tengah bergambar dengan pengunjung lain.Kau orang kenal tak?

Ada jualan kek lapis sarawak juga.

Suasana gerai jualan di petang hari jumaat.

Port ootd. Kalau ada pengantin lama nak bergambar bolehlah menumpang di sini

Selfie satu buat kenangan - kenangan.

Belilah cucur udang ini buat rasa.Tapi masih tak memenuhi citarasa. Kalau kuah kacang mungkin lebih sedap.Rasanya kalau di makan panas - panas mungkin lebih sedap. Bagi anak tekak aku, biasa - biasa sahaja.
Lupa bawa tripod sebab hari bekerja kan.Jadi selfielah satu bukti sampai sini lagi.

Setelah sekian lama, akhirnya dapat tengok orang bermain gasing depan mata. Ini pertandingan tau. Team baju merah lawan team baju caca merba.

Marilah kita tengok.Aku bukanlah jenis yang reti main permainan macam ini. 

Yang duduk tu tukang catat markah. Layan tengok sekejap sahaja. Tak adalah sampai habis pun.

Masa pusing ini gasing team yang warna merah tu menang.Gasing yang bawah.Sebab gasing atas tu berhenti dulu.

Ada juga pameran gasing.Macam - macam bentuk dan rupa serta warna.Mungkin mengikut jenis katu juga kot.

Nota Kaki : Esok ada aktiviti yang padat lagi dari pagi, petang sampai ke malam.



Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Nampak tak ramai org datang ke sana ye Shai. Mungkin sebab hari bekerja ke? Bestnya ada meja makan disediakan lepas beli makanan boleh terus duduk makan kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin hari minggu dan waktu malam baru ramai orang. Makan panas2 lebih sedap daripada tapau.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !