Dia tanya, kenapa ada dua tempat zirafah? Aku jawablah yang kat sini anak - anak dia.
Dia tanya lagi, kepa haiwan tue duduk jauh - jauh sangat. Daddy pun bagi tahu lah. Yang dia malas dan tak suka bergambar macam Yaya. Ha ha ha ha.
Daddy pun nak lah juga abadikan satu gambar di sini. Nak suruh Najla ambilkan? Erm...
Ayuh ! kita pergi jumpa kawan - kawan daddy pulak.
Kawan - kawan yang sedang bersantai.
Payah sungguh nak suruh dia ambil gambar. Jadi layankan je lah apa yang berjaya di snap.
Penat katanya, minta berhenti rehat sekejap.
Akhirnya bangun juga si unta ini. Kurus kering je. Tak cukup makan ke?
Tadi masa lalu nak masuk tak perasaan signboard ini. Masa on the way ke tempat lain baru perasaan. Jadi snap la satu kan sebab nampak comel.
Terjumpa dengan adik beradik kangaroo. Cakap la dengan dia kalau nak pegang haiwan ini kena pergi Australia. Simpan lah lebihan duit belanja dalam tabung yang daddy belikan tue.
Akhirnya, dia ada mood nak snapkan gambar daddy dan siap suruh pose dengan panda dia. Anak ooo anak. Layankan je la.
Inilah rupa paras Dubok. Baru dapat tengok depan mata.
Selepas kecewa tadi tak dapat tengok gajah. Akhirnya masa kami lalu nak ke tempat lain, mereka pun muncul.Dapatlah Najla bergambar dengan kawan - kawan daddy.
Teringat pulak dengan gajah - gajah di Kuala Gandah. Macam - macam soalan lagi di tanya. Macam mana gajah ini boleh datang sini. Macam mana mereka angkat dia dan lain - lain soalan. Daddy layankan je la.
Jomlah kita bergambar buat kenang - kenangan.
Menuju ke kawasan lain yang belum di jelajahi.
Asyiknya dia melihat haiwan tu. Dalam hati kalau dapat pegang mesti best.
Kita orang lalu je.Tak masuk pun masuk pun sebab dia tak menyabar nak pergi tengok animal show. Berkali - kali tanya. Bila nak sampai tempat show tue. Lambat lagi ke nak mula.
Dalam 20 minit sebelum show kami dah sampai ke tempat pertunjukkan. Nasib datang awal. Dapatlah selit kat tengah - tengah ini.Kalau sampai lewat, mesti kena berdiri.
Riang ria gembira. Hantarlah gambar ini ke mummy dia. Time menunggu ni sekali si anak ni lapar lah pulak. Nasib ada orang menjual sambil berjalan. Ada popcorn dan jajan. Beli lah keropok buat kudap - kudap sementara menunggu show bermula.
Ada binatang ini atas kepala penonton. Masa opening show, aku malas nak ambil gambar. Sama je macam kali terakhir tengok. Ada burung berlumba siapa menang siapa kalah. Ada satu burung yang bijak sekali dia ambil 3 gulung terus masuk dalam tempatnya. Yang lagi sekor ulang alik ambil dan masukkan satu persatu.
Penonton di beri peluang merasa pengalaman memberi duit kepada burung yang dilatih. Dia akan akan datang dan ambil duit kertas tu.Ada beberapa pengunjung di beri peluang untuk merasai pengalaman tersebut. Kira macam konsep sedekah sambil beramal lah.Menyumbang untuk data burung - burung tersebut.Ada peti sumbangan juga disediakan di depan pentas.
Inilah rupa paras burung tersebut bersama pengajarnya.Setiap kali berjaya melaksanakan tugasan mereka akan di berikan ganjaran berupa makanan.
Seterusnya pertunjukan Singa laut.
Pelatih dia ni macam semacam sikit bagi aku. Boleh dia lap - lap depan orang ramai lepas haiwan tu cium pipi dia.Kalau ye pun tak suka perlulah lebih beradab.Ambil kain lap ke, atau jangan nampakkan sangat. Itu pada pandangan dan pendapat aku lah. Tengok show kot! cover - cover lah sikit.
Macam - macam aksi yang di lakukan semuanya telah dilatih. Sama je macam pertunjukkan yang sebelum ini.
Dia main bola, sambut gelung dan melompat serta kutip botol dalam air antara aksi yang dilakukannya. Time ini si Najla dah bosan dan siap tanya bila nak habis.
Lepas dah sudah tengok pertunjukkan hawain kami menuju ke Akuarium nak melihat hidupan dalam air pulak.
Sebabkan port ini cantik dan menarik Daddy paksa rela Najla untuk pose disini.
Di pintu keluar ada port OOTD menarik ni.Daddy paksa la dia ambil satu gambar kat sini.
Ada kedai jualan kat sini. Supaya dia tak nampak dan berniat untuk berhenti.Aku bawa dia lalu tengok haiwan lain kat belah belakangnya.
Meriah kat belakang tu. Dia siap nak masuk lagi nak main dengan haiwan tu.
Najla dan arnab. Gigih dia nak bagi arnab - arnab tu makan. Tapi tak berani.
Suruh pegang sendiri tak nak. Takut katanya.
Rasanya monument ni sama je masa kali terakhir datang dan mungkin baru di cat semula. Nampak berkilat semacam je.
Harga tiket masuk ke Zoo Negara. Cuma tak berkenan sikit kenapa perlu di tampal - tampal macam tu? Buat jelah baru. Mahal kot bayaran masuk sekarang ini.
Siapa yang malas berjalan boleh beli tiket tram dan beratur di sini.
Semua pertunjuk disediakan. Sila ikut anak panah yang disediakan.
Lagi details pasal Zoo Negara.Kat sini banyak je photo both untuk ambil gambar. Tapi kami dua beranak tak nak pun.Mesti mahal kalau nak beli gambar tu nanti kan.
Masuk dalam kereta tak sampai 10 minit dah tertidur kepenatan.Kami keluar dalam 12.45pm. Dalam 4 jam juga lah kami kat Zoo Negara ini.
Terpaksa Daddy tukar plan. Asalnya nak pergi Lotus's Ampang beli barang dan makan nasi ayam kat Mom Chicken Rice milik Linda Onn tu. Tapi tak tahu lah masih wujud ke tak?
Dan seterusnya....
Akhirnya buat keputusan untuk menuju ke arah Hulu Langat. Dah lama tak pergi area sana. Tersesat la sampai ke Pangsun tanpa segaja. Dapatlah healing walaupun hanya dalam kereta.
Sekarang kan dah musim buah - buahan kan. Banyak orang jualan sepanjang jalan dari Hulu Langat ke Dusun Tua sampailah ke Pangsun.
Akhirnya dapatlah merasa sebijik durian pada harga RM 11.00. Nasiblah tak manis sangat.
Destinasi terakhir singgah di Lotus's Puchong beli makanan untuk birthday party sekolah Najla. Yg lahir bulan 1-6.
Nota Kaki : Demi kian episod jalan - jalan kami anak beranak. Tengah fikir apa aktiviti bulan Julai 2024. Untuk bulan Ogos 2024 Dan ada plan dah. Berjalan jauh sikit. Insya-Allah.
best tu dpt jln2 ber-aktiviti bersama anak! kenangan terindah
ReplyDeleteTak banyak masa dengan dia setiap hari.Jadi manfaatkan waktu yang terluang.
DeleteEnjoy time Najla masih kecik, masih suka keluar rumah jalan2 dgn Daddy. Nanti dah besar remaja, payah nau nak ajak gi mana2 ðŸ¤
ReplyDeleteHarap2 sampai bila2 dia akan ikut pergi outhing & dating dgn daddy dia
DeleteSaya rasa blog ni dah berubah wajah ya?. Kemas je. Takpe anak-anak kecik tak wajib lagi pakai tudung. Dah dewasa nanti baru wajib. Sekarang ni masih belajar2 pakai lagi ya.....
ReplyDeleteYa. Terima Kasih pada 'org itu' yang membantu. 'melentur buluh biar dari dari rebungnya'.
Deletechicken rice tu masih ada lagi shai kat Lotus...Semoga Najla sentiasa enjoy holiday ngan daddy!!
ReplyDeleteHoliday dekat2 je. Insya Allah rezeki baru bawa jauh2
Deletelast SA pi Zoo Negara dulu masa Dania umur 5 tahun...lepas tu takde dah...
ReplyDeleteAnak saya ni memang jenis suka binatang. Hujung bulan ini nak bawa pergi ke expo kucing di Mid Valley
Delete