Akhirnya sampai juga ke sini. Gigih tau. Tapi tak adalah pergi awal-awal pagi.
Kasi tempek gambar bukti dah sampai sini. Waktu sampai ini sekitar 9.20 pagi.
List menu dengan dinding. Jelas, terang dan nyata. Suka konsep hitam & putih macam ini.
List minuman. Tak tahu nak pilih yang mana satu. Agak- agak kau orang, aku order air apa?
List makanan pulak. Aku main order sahaja ikut anak tekak. Kalau ikut nafsu semua benda pun nak rasa dan melantak.
Pilihan pertama lontong. Sedih. Tak tahu kenapalah gambar jadi gelap. #redha. Sangat sedap, cukup rasa dan memenuhi citarasa anak tekak.
Makanan ke dua, cucur ikan bilis. Tapi di mana ikan bilisnya?. Ada sedikit je rasa. Banyak tepung je, yakni tepung penaik. Menyesal juga pilih yang ini. Tapi, untuk tak membazir makan jelah sampai habis.
Air pilihan ialah Kopi o. Terbaik rasanya, memang tak manis + air suam Dan di akhiri penutupnya dengan roti + butter dan Jaya. Sesedap rasa.
Tengok, ramai je orang beli nasi lemak. Sedap kot!
Harga semua RM 17.60 kalau tak silap.
Next.... Jalan- jalan pusing cari art street.
Harimau dan kereta sport, apa maknanya? Harimau selatan + ?
Ni port ootd yang paling menarik. Wajib ambil gambar kat sini. Kau orang pastinya tak akan menyesal.
Lagi mural yang warna warni dan cantik.
Menuju ke destinasi berikutnya.
Hidup merah biru. Tetiba baru terperasan yang kerap pulak pergi Johor kebelakangan ini walaupun baru 2 kali. Tahun lepas sekali je.
Kat kluang ada penjara juga ye. Ingat-ingat lupa lah. Tahu penjara sungai buloh Dan Kajang je. Yang paling legend Penjara Pudu yang tinggi tembok depan sahaja sekarang ini.
Nota Kaki : Terus bertolak balik ke dan singgah isi minyak sahaja. Alhamdulillah selamat sampai ke #sarang.
kagum la shai enjoy jadi solo traveller sorang2 tu :) we choose our happiness kan :)
ReplyDeleteRamai je solo traveller kat luar sana. Lagi best sebenarnya sorg2 ni. Tak terikat dan kita ikut pilihan kita sendiri. Yang penting enjoy!
DeleteJauh berjalan luas pemandangan. Sy x suka travel sorang2. Tabik kat abg yg suka travel alone!
ReplyDeleteTapi saya suka solo traveller. Betul, banyak yang kita boleh belajar setiap kali melawat ke sesuatu tempat terutama yang tak pernah kita pergi.
Deleteadoii hahah citer holiday JB hujung thn lps tak start2 lagi ni haha
ReplyDeleteBak sini saya tolongkan. Ha ha ha. Kalau macam saya, selalu download gambar dulu. tulisnya kemudian.Blog ni pun dah auto update sampai hujung bulan.
Deletecantik lukisan di dinding dan lantainya...
ReplyDeleteBanyak art street kat Malaysia ni. Saya antara jenis yang menghargai 'seni'.
DeleteKalau ke railway coffe tu carilah kopi, roti bakar, nasi lemak dan telur setengah masak.
ReplyDeleteAda dua penjara besar kat Kluang.
Ok. next time akan cuba rasa nasi lemaknya pulak.
Delete