Di satu petang yang cerah. Ku kembali ke Klebang. Akhirnya jumpa port Ootd yang cantik.
Ambil angin laut pulak petang ini. Kawasan ini tambakkan. Luas juga tempatnya dan ada macam - macam tarikan dan kemudahan. Ada Atv, naik kereta kuda, naik keretapi.
Aksi berdiri tegak seperti tugu negara.
Landskapnya telah menghalang tulisan tersebut. Kenapa tak buat ianya lebih tinggi? Singgah sini beli air, kebetulan ada pasar malam yang 'sendu'. Eh! maksudnya kecik je la. Sebab tak banyak sangat orang menjual. Malas nak letak motor dan menapak. Terus je drivethru.
Gelap lah pulak gambar ini.Tapi tetap nak letak di sini.
Suasana petang disini. Ramai je orang beridah, mandi laut, makan - makan dan berbbq.
Tak boleh dah nak naik kat atas tue.Dah di tutup. Kenapakah?
Ni tangga dia.Memang dah ditutup sepenuhnya. Sedih tak boleh ke hujung sana.
Yang terakhir sebelum melangkah pergi ke destinasi berikutnya.
Gambar di statuus whatsapp. 'Dan bila.. senja nan merah di Selat Melaka'.
Gambar terakhir sebelum melangkah pergi ke destinasi berikutnya.
Selamat sampai ke pusat pelancongan Kampung Pengkalan Balak.
Ada signboard warna warni ini.Tapi tak boleh nak bergambar kerana ada kereta di parkir di depannya dan tak ada tempat nak meletakkan my tripod.
Indahnya petang di Selat Melaka.
Ada kawasan pendaratan penyu di sini.
Gambar disini sebagai kenangan.
Gambar selfie sebelum melangkah pergi.
Eh! bukan kat Sungai Petani.Tapi ini Sungai Petai kat Melaka.Macam unit je, tu yang snap signboardnya. Patutnya gantung petai sikit kat tepi signboardnya.
Akhirnya sampai juga ke tempat makan berhampiran dengan penginapanku di Kota Laksamana. Tengah hari di Asam Pedas Claypot 2. Yang ini kat depannya pulak. Nampak banyak khemah dan kawasan macam di sekat. Maksudnya ada satu laluan masuk dan keluar sahaja. Tempat viral ke?
Rupa paras set asam pedas ikan tenggiri. Beberapa hari ini menu utamanya ialah ikan dan asam pedas.
Macam biasa. Makan dan minum tetap licin walaupun pada anak tekak ini rasanya tak seperti yang makan di tengahari tadi.
Nota Kaki : Episod jalan - jalan makan - makan dan berlibur diteruskan ke negari lain pulak. Ke manakah?
lama tak ke tanjung bidara . nampak makin cantik .
ReplyDeleteYa. Bolehlah untuk santai2, berkelah, bbq dan mandi laut
Deletehahahha kali ni ke melaka plak ye..
ReplyDeleteDan tersesat ke negeri lain juga. Tunggu entry selanjutnya.
DeleteKiteorg belum pernah lagi sampai ke Klebang ni. Masalahnya bila fikir nak masuk Melaka je, mesti igt jem. Huhu
ReplyDeleteIkut nasib la. Tak tentu, kalau rezeki baik tak akan kena jem
DeleteTannga tu dalam proses under maintenance ke . Sayang juga kalau tak ada pihak yang baiki .
ReplyDeleteTak pasti pulak.
DeleteLama dah x ke melaka... pantai di melaka sy x pernah pergi lg
ReplyDeleteJemput lah datang Tahun Melawat Melaka 2024. Byk tempat menarik, mcm 2 makanan juga. Patut cuba asam pedas melaka.
Delete