324 : Xtvt Anak Beranak Bulan Jun 2024 @ Zoo Negara Episod Awal

shaizhar
12

Persiapan awal. Nak kemana?

Dah janji dengan anak kesayangan hamba. Jadi kenalah tunaikan. Janji mana boleh di #capati kena #ditepati.

Aku ini jenis tak reti atau pandai beli-beli online. Jadi, rldah tahun 2024 kan kita belajarlah untuk hidup ikut gaya dan trend terkini.

Beli di klook. Dapatlah penjimatan RM 9. Siapa nak bagi kan?

Pilih tarikh 30/6/2024 hari ahad. Dan persiapan seterusnya ialah..


Rupa Paras kereta sewa.

Malas nak pinjam kereta orang. Jadi usahalah sewa kereta selama setengah hari.

Dua beranak dan siap sedia memulakan perjalanan Kelana Jaya ke Zoo Negara.

Dalam banyak-banyak kereta sewa ini yang paling murah. separuh hari RM 60 + RM 100 deposit. Lokasi pick up pun tak jauh area Jalan SS 5 di Kelana Jaya juga.10 minit sebelum 8.00 am dah sampai untuk pick up kereta sewa.

Dalam 8.50am dah sampai lokasi tujuan. Dah sampai awal sebenarnya tapi singgah Petronas dulu, ke tandas dan isi minyak RM 20.00 sekali rasa macam terlebih isi pulak.

Tetap juga nak tempek muka sendiri bukti Kembali ke sini selepas kali terakhir datang dalam tahun 2018.

Ke kaunter ticket. Tukar dari pembelian online ke gelang untuk masuk ke dalam Zoo Negara. Prosesnya cepat dan lancar.

Selamat datang lagi. Kali ini berdua sahaja dengan anak sebab bapanya tak ada orang rumah.

Bayaran parkir RM 12. Glurp! Patutlah ada orang sanggup parking tepi jalan dan jauh-jauh sebabkan tak nak bayar duit parking.

Bersilau pulak dek matahari pagi yang memancar.

Sebelum masuk. Ambil lah lagi satu gambar muka sendiri.

Di sambut oleh sekumpulan burung - burung.

Najla takut ambil gambar seorang jadi kita selfie sahajalah.

Haiwan yang pertama di kandang yang di jumpai ialah Zirafah.

Anakku memang tak suka bergambar. Jadi daddy selfie muka sendiri sahajalah.

Apa pandang - pandang. Hari ini terpaksa jadi cikgu terangkan itu ini pada anak muridnya. Alhamdulillah, Najla ni suka bertanya kalau dia tak tahu atau nak tahu sesuatu.

Paksa anakku ambil gambarku. Oklah kan boleh lah letak di sini.

Takut - takut tapi nak bergambar. Akhirnya dia dapat tengok merak yang kembang ekornya.Sebenarnya, dia datang nak tengok burung hantu,tapi pekerja situ kata kandangnya tengah di baik pulih.

Lepas tengok burung - burung, masanya untuk tengok haiwan lain pulak.

Singa? Anakku tanya macam mana kalau singa tu lompat dan makan kita? 

Seterusnya harimau yang malu - malu.

Dinding ni nampak cantik jadi snaplah.

Ada harimau putih juga. 

Kena paksa ambil gambar. Tak pelah blog ini pun cerita tentang Najla Nazihah Binti Shaizhar.

Dah nampak ini. Dia tak sabar nak jumpa 'kawan' dia yang cute tu.

Lalu kat kandang Gajah. Tapi dia belum keluar. Jadi, kita tengok haiwan lain lah dulu.

Ambil je la gambar dengan Gajah batu.

Berkerut - kerut kening. Tak tahulah apa masalah dengan anak seorang ni.

Ni pun kena paksa. Tak menyabar nak masuk jumpa 'kawan'.

Najla yang ambilkan. Ok lah daripada tak ada.

Sebelum masuk dalam kita ambil lah gambar dengan panda yang dua ini pulak.

Dah jom masuk. Tak sabar - sabar dah anak seorang tu.

Kasi snap lah apa yang menarik minatku.

Laluan masuk nak jumpa 'kawan' anakku.

Seriuslah 5 minit je? Kalau tak ramai dalam ini, bercadang untuk lepak lama - lama.

Si comel ini memang cute sangat. Dia kat kandang belah kanan. Lupa pulak nama dia.

Suka anakku dapat tengok panda depan mata. Akhirnya, impian terlaksana dan hajat tercapai.

Kasi selfie muka sendiri. Panda yang seekor ini memang aktif.

Ambil pulak gambar anakku kat sini. 

Ini panda yang duduk belah kanan. Asyik tidur sambil terkangkang - kangkang.

Daddy pun nak juga. Sila abaikan muka yang berpeluh - peluh itu.

Selfie berdua dengan Panda 🐼 yang sedang tidur. Dalam ini kena diam. Tapi, ada juga yang tak faham bahasa.

Lagi gambar muka sendiri dengan Panda yang aktif ini.

Gambar yang di ambil oleh anakku. Oklah cantik dan sangat puas hati.

Si comel ini dah dah panjat pelantar tinggi untuk buat show.

Hi saya panda 🐼 comel. Dia ni memang cute lah.

Gambar Najla Nazihah dengan Panda. Lepas itu dia Tanya, kenapa dalam ini tak sejuk pun? Mana nak sejuknya ada ramai orang kot dalam ini.

Comel je dia main dengan itik plastik ini.

Ayuh! Marilah kita melangkah keluar. Agak - agak kena pow tak?

Ya ! Dia pilih panda ini. Layankan je la. Singgah makan sejap. Kentang tu harga RM 8.00 tau! Tak beli air sebab bawa botol dan air sendiri.Jimat lah sikit kan. Harga dalam Zoo macam itulah. Mana ada murahnya.

Rupa paras Panda Cafe. Beza sikit dari kali terakhir datang. Masa ini tak banyak pun pilihan makanan.

Nota Kaki : Bersambung di episod terakhir. Banyak sangat gambarkan. Jadi pecahkan pada dua bahagian.Anakku happy daddy pun suka hati. Tapi biasalah anak umur 7 tahun banyak sungguh dramanya.


Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Alhamdulillah
    Tercapai hasrat Najla nak ke zoo negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.syukur alhamdulillah. Tertunai salah satu impian anakku.

      Delete
  2. comelnya panda...Alhamdulillah, bonding father-daughter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. Panda tue memang comel. Alhamdulillah setiap bulan memang ada outhing kami anak beranak.

      Delete
  3. Baru nak tanya apa khabar panda....

    ReplyDelete
  4. tak pergi kat kandang capibara ker? sbb the famous oyen is the star of the zoo kan hehehe i dh lama tak gi zoo...last gi masa bwk razeen (zmn PKP tp time dilonggarkan kejap tu, so gigih dtg zoo sbb tak jauh mana dari rumah)

    ReplyDelete
  5. Hahaha gambar Daddynya lagi banyak dari gambo anak ekkk
    Nanti one day nak bawa juga laa Khalish ke sini, mesti dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau mcm tak kenal aku. Dari dulu kala lagi aku suka bergambar. Bawa jangan tak bawa + siap duit byk2

      Delete
  6. Replies
    1. Ya. Pertama kali bawa dia ke sini masa kecik umur 1 tahun 6 bulan+ mcm tu. Ini kali kedua anakku ke Zoo Negara

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !