Hotel ini menjadi pilihan sebab sekali pakej sarapan. Sejak dua menjak ini memang suka duduk hotel yang sediakan harga termasuk sarapan kecuali kalau balik kampung halaman sendiri.
Lokasinya belakang BHP Petrol. Rupanya, sini kawasan cina.Manalah aku tahu. Jadinya susah nak dapatkan makanan halal.
Ini alamat hotel tersebut. Yang best agak privacy. Banyak tempat kenderaan.
Mendapat bilik di tingkat dua bernombor 218.
Rupa paras katil. Yang tak bestnya, buka pintu terus nampak katil. Lebih prefer yang tak terus nampak katil.Tapi selesa sahaja tidur dan menginap disini.
Esok sarapan pagi di sini pada keesokan harinya.
Sarapan di cafe tingkat bawah. Seawal 7.30am aku dah turun.
Round ke 2 makan nasi goreng, kentang goreng, samosa, sausage dan ubi ketok. Tiada nasi lemak pagi ini.
Round ke tiga. Roti bakar dengan kacang panggang, salad dan kentang goreng lagi serta seketul lagi samosa.
Mee rebus. Kuahnya agak pekat dan bau serta rasa udang keringnya agak kuat. Nasib baik dapat habiskan.#taksukamembazir.
Penutup sarapan pagi ini dengan 3 rasa pau. Ambil samosa untuk kali ke 3 dan ubi ketuk kali ke 2 serta teh o.
Nota Kaki: Tak perlu duduk hotel mahal untuk rasa bufet sarapan macam ini. Harga bilik dan sarapan di hotel ini bawah RM 160. Kira oklah, kat Bandaraya Johor Bahru kot. Apa cerita seterusnya, tunggu next entry.
Puas hati makan sarapan mcm ni. Pilihan pun bnyk.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki. Harga hotel + sarapan kat sini hanya dalam RM 160+
Delete