Dah lama tak ke Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terletak di pinggir KL.
Hari ini memilih untuk lunch di sini. Dah berhajat lama. Akhirnya tercapai juga.
Harga RM 12.50. Kira oklah untuk harga area TTDI kan. Ada juga jumpa dramatis terkenal Rubiah Suparman. Ni restoran dia kan?.
Rasa daging dia ok dan sedap. Sayur ada sikit masin tapi berlemak. Air dia manis sikit bagi tekak aku.
Next..... Aktiviti jalan - jalan KL
Naik public transport hari ini. Pertama naik MRT dari stesen TTDI.
Menunggu MRT tiba. Ayuh!.kita ukur jalan - jalan di KL.
Ada Pasar Besar dalam ini.Banyak juga tempat makan. Mungkin penyewanya banyak yang baru tapi banyak kedai jualan masih seperti dulu dan lebih meriah.
Jualan produk tradisional. Ada banyak je kedai lain tapi malas nak snap. Harga sini pun harga pelancongan la. Banyak sungguh pelancong di sini.
Destinasi berikutnya...
Jalan ke Bangkok Bank lepas tu jumpa signboard ni. Tahun lepas pernah datang dengan anakku pada waktu malam.
Melalui jalan masjid India dan berjalan hingga ke Semua House. Tak ambil gambar pulak. Dengar kata situ dah berwajah baru. Boleh nampak dari luarnya.
Nun di sana. Sedar tak sedar dah tahu. Ke 14 meninggalkanmu. #rindu
Ada siapa pernah datang makan kat sini sila angkat jari.
Destinasi seterusnya menuju ke Kampung Baru.
Ada laluan penjalan kaki dan kereta sorong bayi dan sewaktu dengannya. Kasi snap la sebab nampak menarik.
Dah berapa kilometer lah perjalanan dari tadi. Rasanya dah beribu - ribu langkah.
Pintasan Saloma. Boleh je kalau naik LRT tu kat stesen Kampung Bharu. Tapi sebab tema hari ini ialah #berjalan.
Jom kita naik ke atas. Ada tangga dan boleh je naik lift juga.Pilihanku tentulah naik lift. Dah beribu langkah kot! Peluk jantan pun menitik-nitik dah ni.
Kasi tempek la satu gambar bukti dah sampai sini. Semua ini pengaruh kawan FB aku. Tapi dia datang waktu malam. Dah lah pergi tak ajak.
Kau orang tahu kan tepi ini ada Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang. Kau orang tak seram ke datang malam - malam. Tambah - tambah tengah malam?
Destinasi berikutnya....
Amaran entry kali ini memang penuh gambar sebab malas nak pecah - pecahkan. Di sebabkan blog ini auto update dengan Q entry yang panjang.
KLCC semakin dekat di depan mata.
Akhirnya sampai lagi di sini. Ramai orang ambil gambar kat sini. Tepi jalan ok! Harus sentiasa berwaspada.
Latar di yang cantik. Jadi pilih juga untuk letak sini. Banyak lagi gambar lain. Jadi pilih yang elok - elok sahajalah.
Belilah beberapa buah kudapan untuk beberapa hari ini terutama untuk waktu malam kalau malas nak makan nasi.
Destinasi berikutnya ialah ukur Jalan TAR.
Keluar LRT Dang Wangi berjalan melalui Jakel Mall. Minta maaf aku spesis taksub dengan KL Tower.
Teringat lagi pertama kali nak pergi KL Tower seorang diri aku tersalah turun bas. Terpaksa berpusing untuk sampai ke puncak sana tu.
Serius rindu giler dengan tempat kerja pertama ini. Rindu dengan kawan-kawan lama juga. Buat masa ini belum ada kesempatan nak singgah ke sana lagi. Agak-agak dapat naik free lagi tak untuk bekas pekerja macam aku?
Dah sampai Jalan TAR. Orang ramai tapi tak adalah sesak sangat. Boleh je berjalan dengan lenggang kangkungnya.
Ada jualan buah - buahan harga RM 5.00. Dan aku tak membelinya.
Ada jual rojak ini, tapi dia letak dalam plastik. Susahlah aku kan pelancong hari ini. Lagi pun aku check in hotel jadi buat keputusan untuk tidak membeli.
Ada jualan pakaian juga. Tapi ntah kenapa setiap kali aku datang Jalan TAR pada petang sabtu mesti tak beli apa-apa. Kenapakah?
Deretan gerai jualan dan manusia yang melalui Pasar Malam hujung minggu di Jalan TAR.
Dan destinasi seterusnya ialah Dataran Merdeka.
Ini je gambar yang sempat upload sebelum HP Cap ayam telah kembali ke alam lain. Takziah untuk diri sendiri kerana kehilangan gambar - gambar sebab tak upload awal-awal kat sini.
Nota Kaki : Selepas beribu - ribu langkah hari ini (Ke belas ribu?) kaki ku sakit - sakit semua. Nasib baiklah check hotel di pinggir KL. Tunggu ceritanya di entry selanjutnya.
bangkok bank tu mengimbau kenangan my zmn bujang laa ie masa umur 20s sbb dulu2 pernah keje kat UOB medan pasar...even zmn study kat uia pun, bila naik bas dtg KL, bus stand utama ialah bangkok bank
ReplyDeletebetul tue, mengimbau kenang sungguh. lagi2 kalau nak bas mini pink.
Deleteperghh..jauh berjalan...belum lg ke Semua House yg berwajah baru...dulu2 selalu gak mendaki bukit kt area Bukit Kiara TTDI, x pernah singgah Restoran Puteri...ada public transport senang jalan2..
ReplyDeleteSekarang public transport dah semakin baik berbanding dulu.
Delete