335 - Hari Peneroka Felda 2024 @ MAEPS Serdang

shaizhar
2





Tarikh : 13 Julai 2024 

Hari : Sabtu

Masa : 2.00 petang - 3.30 petang

Lokasi :. MAEPS, Serdang 


 Iklan ini lalu lalang di FB. Jadi membawa diri ke sini. Tersesat sedikit sebab salah masuk jalan.

Beribu kenderaan dan lautan manusia yang hadiri. Nasib baik tempat parking luas.

Ada pentas dan masa ini ada Pertandingan Felda Starz. Bolehlah layang dengan lagu pilihan sambil jalan - jalan.

Ada banyak dewan. Memulakan misi dengan masuk ke Dewan A. Ada apa? Jom kita tengok.

Ada gerbang selamat datang dan kaunter informasi. Jadi mulakan langkah dari sebelah kanan yang paling hujung sekali.

Meriah dengan pengunjung. Masa kat sini ada jumpa kenalan tempat kerja pertama. Sembang2 la sikit - sikit. Dia pun busy melayan pertanyaan pengunjung kat situ.

Ada konti radio Suria Fm kat sini ada lah DJ Lin, DJ Suraya dan Ajak kat sini.

Ada jualan kasut keluaran tempatan. Ada offer 3 pasang RM 100. Nasib je tengah bulan, kalau tak dah sambar dah.

Ada jualan macam - macam produk. Salah satu sardin viral yang aku suka ini. Dah lama tak makan. Dah berbulan juga dapur kat rumah sewa bujang ini tak berasap.

Lagi suasana gerai jualan. Aku pilih snap gambar kat area yang tak ramai orang.

Ada Desamall. Dalam ini ada jual produk - produk pengusaha IKS.

Akhirnya sampai kat 'dunia FGV'. Macam - macam berkaitan FGV' ada di sini.

Keciknya dunia ni, boleh pulak terjumpa dengan rakan seniaga masa joint car boat sales di Kota Damansara. Pasangan suami isteri. Ryzal namanya. Isterinya pulak memang anak peneroka Felda di Pahang.

Ada kedai FGV menjual produk keluarannya. Yang paling di kenali tentunya jenama Saji.

Ada skrin informasi berkaitan produk Dan harga. Sangat menarik dan memudahkan pembelian.Memikirkan banyak faktor jadi ambil keputusan tak membeli.

Ada port makan dan minum juga.

Banyak food truck yang menjual makan dan minuman juga.

Wah! Ada motorsikal. Ini yang eletrik kan? Jenama ni ke yang Bella dapat hadiah tu? Erk! Ke bukan.
Ada persembahan budak sekolah mana entah. Menariklah untuk di tonton.

Jom kita ke dewan yang seterusnya. 

Ada port menarik untuk Ootd. Di sebabkan tak bawa my tripod jadi malas nak ambil gambar sendiri.

Sampai di dewan d yang merupakan 'syurga makanan dan minuman'.

Lautan manusia. Yang belah kanan ni memang padat dengan orang yang sedang menjamu selera.

Ada pentas juga. Sedang berlangsung persembahan dari anak Dato' Jamal iaitu Zaki Zamani.

Antara gerai jualan yang menarik dan memaparkan harga dan gambar produk jualannya.

Yang berniaga di semua dari rancangan Felda di seluruh negara. Banyak sangat sampai tak tahu nak beli dan makan apa. Akhirnya beli je lah akok, 4 ketul dengan 2 perisa RM 5.00.

Abadikan gambar sebelum melangkah pergi. Banyak juga ahli rombongan dari merata Felda di seluruh negara datang ke sini.

Menuju ke kawasan lapang. Ada juga jualan makan dan minuman di sini.

Ada ratusan dan mungkin mencecah ribuan motorsikal yang hadir sebab ada pameran berkaitannya juga.

Antara group motorsikal yang bergambar di port ootd yang di sediakan.

Pameran motorsikal. 

Nota Kaki : Melangkah pergi menuju ke destinasi seterusnya. Ke mana kah?


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !