317 - Brunch at TGSK @ Bukit Antarabangsa

shaizhar
14


Akhirnya 'sesat' juga di sini. Pertama kali sampai.

Pintu masuk utama. Masa sampai ini dah dekat nak pukul 11.00 pagi di hari Ahad.

Apa makna TGSK ni? Ada sesiapa tahu?

Kasi payung satu gambar bukti dah sampai sini.

Tetap juga nak letak gambar muka sendiri.

Suasana di area luarnya.Banyak juga tempat letak kereta dan ianya hampir penuh.

Menu brunch hari ini. Pulut kelapa dengan ikan goreng masin. Siap tapau lagi.

Laksa Johor. Pada tekak aku rasa macam ada kekurangan sesuatu. Tak cukup garam dengan pedas kot! Tekak aku kata ianya boleh di terima tak terlalu woow atau tak juga terlalu teruk. Just nice walaupun macam ada yang tak sempurna di tekak aku.

Ada juga order set lempeng kosong yg harga RM4. Pulut panggang tu agak mahal sikit dalam RM 2.90 tapi nasib baik sedap. Lempeng tu kalau garing sikit mungkin lagi sedap. Total hangus RM 25.00. Tak makan semua pulut tu makan sikit dan bungkus.

Ada jual gorengan macam keropok lekor dan apa lagi ntah!

Beratur nak order makanan berat. Time ini dah tak ramai orang dan ada juga menu yang dah habis.

Banyak juga pilihan. Mungkin kalau datang lain kali nak cuba lontong dan nasi dagang.

 
Kaunter bayaran. Harga makan sebenarnya ialah RM 25.20 tapi tuan kedai kata bayar RM25.00 sahaja.

Nota Kaki : Di sebabkan pernah tinggal area sini jadi tak susah nak mencari lokasinya. Mungkin akan datang lagi di lain masa dan ketika.

Post a Comment

14Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. TGSK tu maksudnya Tempe Goreng Sambal Kicap. i pun baru tahu lps baca kat blog carneyz wpun so far i dh few times pergi TGSK tu...kiranya i dtg lewat, less crowded laa.i selalu pergi pagi2 so memang peak hour laaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh! terima kasih atas pemberitahuannya. Baru tahu maksud TCSK.

      Delete
  2. Hiii.. Baru nak komen.. MZ rajen p TGSK nie... Bila2 nak try jugak lah

    ReplyDelete
  3. Next time Sislin turun kl bole la kita ajak dia terjah tempat ni hehe. Aku pun nak try lontong kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya-Allah. Kalau dia tak datang boleh je.Kita2 je yang pergi.Biar dia 'cemburu' ha ha ha

      Delete
  4. Baru je baca post Carneyz pasal TGSK ni. Eh eh sini pun sama. Saya je yang tak pernah ke sini sebab jauh sikit dari rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau tersesat kat sini di pagi2 hari boleh singgah atau plan awal2. Ni saya pergi bulan lepas. Blog auto update.Jadi lambat sikit keluarnya. he he he

      Delete
  5. Femes dengan menu tempe dia Shai, kawan aku cakap hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pun baru tahu ni. Nanti dtg KL kita kumpul sini tau.

      Delete
  6. Eh cop asal ako x nmpk ko shai?? Ako pun ke situ ahad aritu...

    ReplyDelete
  7. nmpk sdp tu... ldy pun suka pulut... sdp mkm ngn ikan kering n nyor parut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye. Sesekali makan. Dah lama tak makan pulut dengan ikan masin

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !