Lepas habis kursus, sekitar 5pm aku pusing - pusing cari salah satu tarikan di Kluang.
Kopi? Erm.. sejujurnya aku bukan kopi lover. Dah tak ingat bila kali terakhir minum kopi.
Baru perasan dalam website kata tutup pukul 5pm. Aku sampai tu dah 5 lebih patutlah dah tutup. Erm...
Kasi tempek satu gambar bukti sampai di sini.
Tengok ini teringat replika sama kat Selangor Pewter. Eh! Betul ke ejaan dia. Wujud lagi ke tempat tu?
Ini depan dia. Pintu masuk utama. Yang tengah tu lah kedainya.
Antara replika 'kluang' yang bersepah ada di bandar ini.Best je duduk sini.Tak adalah sesak sangat.
Kasi zoom lagi. Sport Ootd pada orang yang suka bergambar. Tapi, ini tepi jalan sangat.
Pusing - pusing bandar kluang terjumpa tempat lepak, riadah dan healing warga sini.
Ramai berkumpul bersama pasangan dan keluarga serta menjalani aktiviti masing - masing.
Ada TV gergasi juga. Masa ini ada siaran langsung JDT lawan Sri Pahang untuk Piala FA. Sini ala-ala Dataran Merdeka di KL.
Ada juga tempat sewaan motor, kereta Dan basikal mainan untuk budak - budak.
Ayuh! Kita berjalan mengukur kawasan Dan lihat kemudahan yang ada.
Ada tandas awam. Tak masuk pun. Jadi tak tahu tahap kebersihannya bagaimana.
Tetapi nak ambil dan tempek sini, sebab rasa.macam besar dan menarik je untuk di kongsi.
Ada taman mainan untuk kanak - kanak.
Ada ruangan lapang untuk main kasut roda.
Ye. Sini ada tasik. Tempat riadah. Boleh jalan, berjogging, berbasikal dan yang sewaktu dengannya.
Ada banyak port ootd yang menarik. Salah satunya di jambatan itu. Jom bergambar!
Sila abaikan kebesaran perut itu. Hati tengah senang. Kemalasan nak diet. Mesti berat naik ni.
Suka dengan gambar ini jadi tempek lah kat sini.
Ambil gambar sendiri. Pakai timer je. Nasib tak ada orang lalu belakang kalau tak rosak gambar I.
Ye, itulah tasiknya yang menjadikan tempat ini Taman Tasik MBK. Betul kan?
Kasi satu gaya! Bila lagi nak tunjuk kebesaran legan sendiri.
Antara kemudahan yang ada. Berderet alat senaman kat sini. Tak snap pun sebab ramai orang sedang mengunakannya.
Tetap nak juga nak letak gambar yang last ini sebelum melanglah pergi.
Nota Kaki : Dapatlah kot beberapa ratus langkah. Lepas ini episod jalan - jalan cari makan dan minum pulak.Ke manakah?
sakan tu posing2 guna timer hehhehe anyway sculpture cawan kopi tu unik laaa
ReplyDeleteTunggu episod dah pakai tripod.Lagi bersepah gambar muka sendiri :D
Deletemenarik gambar2nya tuan
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteBesarnya cawan tu ya?.....ok la tu boleh pusing2 kat area Kluang ni. Kopi Kluang ni memang famous kan?.
ReplyDeleteReplika untuk bergambar dan monument tempat tu. Ye, kopi kluang tu memang popular
Delete