Tarikh : 11 Julai 2024
Hari : Khamis
Masa : 6.40 petang - 7.10 malam
Lokasi : Kompleks Sukan, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor.
Akhirnya ianya sampai kat Kelana Jaya. Katanya siri jelah yang ke 20.
Sekali dengan event PJ Bergasing.
Suasananya. Ada disediakan meja dan kerusi untuk menjamu selera selepas membeli makanan dan minuman.
Suasana jualan di petang hari ini. Sebab tu aku suka datang pada hari biasa sebab tak ramai orang. Lagipun kawasan ini jauh sikit dengan kemudahan pengangkutan awam. Tempat kereta pun terhad sebab berkongsi dengan pengunjung tasik dan kolam renang kat sini serta kompleks sukannya.
Ada banyak juga banyk air balang kat sini. Bukan sahaja makan dulu - dulu tapi juga makanan dan minuman masa kini yang viral - viral.
Ada jual lempeng dari biasa ke keapa dan pisang. Harga pun mampu milik juga tak adalah mahal sangat.
Lagi jualan air balang dan lain - lain makanan & minuman. Terdapat beberapa lorong gerai jualan juga kat sini.
Dinner hari ini.2 sate ayam dan 2 sate daging serta nasi impit dengan harga RM 7.50. Sate sedap tak terasa perapannya.Kuah kacang pun sedap juga dan banyak.Berbaloi beli pada anak tekak aku.
Nota Kaki : Sebenarnya lepas ambil Najla sekolah dah makan saki baki nasi goreng dia.Jadi cukuplah dengan 4 cucuk sate ini.Tengahari pun dah makan besar.Nasi campur dengan kuih muih lagi.
byk lokasi pasar saloma ni ye...aritu kt aeon area umh tp tk kesempatan singgah
ReplyDeleteDia masuk juga giant & lotus's
DeleteKonsep makanan jual kat Pasar Saloma ni makanan klasik ke Shai?
ReplyDeleteYa, majoriti + makanan dan minuman masa kini & viral
Deletetak pernah lagi i terjah mana2 siri pasar saloma ni tp mcm menarik laaa
ReplyDeleteNext time boleh cuba. Search je 'pasar saloma' kat FB
DeleteDah pernah cuba masa diornag kat Seremban hari tu..kalau ada lagi SA sukaaaaaa
ReplyDeleteSekarang mcm Pasar Saloma ini dah mula jelajah masuk negeri sembilan
DeleteSaya pernah tengok beberapa kali vide orang jual jacket potato di luar negara. Menarik betul gayanya sampaikan teringin nak mencubanya. Kalau jumpa gerai menjual jacket potato, mesti akan cuba.
ReplyDeleteSaya tak pernah cuba lagi. Mungkin di masa akan datang.
Delete