319 - Kembali Ke Selatan : Kursus Urutan Tradisional Lelaki @ Kolej Komuniti Kluang, Johor

shaizhar
10

 

Ada hikmah juga aku tak pergi kursus urut sukan hari tu. Rupanya ada kursus urut yang lebih murah dengan harga berpatutan. Dapatlah aku pergi healing kat Kluang. Tempat yang tak pernah sampai lagi.

Pagi yang dingin di iringi dengan gerimis mengundang.

Kasi payung satu gambar bukti dah sampai sini.Banyak tragedi berlaku sebelum sampai ke sini. Apakah? Malaslah nak cerita.

Akhirnya, berjaya menjejakkan kaki ke Kluang. Antara bandar kat Johor yang tak sampai lagi ialah Segamat, Labis dan.... (X ingat)

Kelas di tingkat atas. Kat sini memang lengkap sebab ada kursus untuk tetapi, kecantikan dan spa (wanita).

Isi borang dulu. Kali ke dua joint program anjuran Kolej Komuniti. Tahun lepas kursus asas bekam kat Kolej Komuniti Jasin.

Kasi tempek gambar kat sini sementara menunggu peserta-peserta lain sampai.

Modul latihan kursus hari ini. Ada juga muka-muka dikenali. Mereka ada joint kursus bekam dengan aku tahun lepas.Tapi aku tak tegur pun.

Tempat jam 9.00. pagi tenaga pengajar dan penyelaras program memulakan majlis.

Tempat kursus yang yang sangat selesa dan sejuk. Jumlah peserta semua adalah 32 orang dan hanya dibuka untuk lelaki. Rata - rata mereka adalah dari Kluang dan sekitarnya.

Yang berdiri tulah cikgu yang mengajar dan aku yang pakai topi biru.

Lagi suasana semasa kursus. Yang berdiri tu pengajar yang kedua.

Macam tempat mesyuarat menteri - menteri sangat kan.

Waktu rehat pukul 11pagi. Aku pergilah melawat kawasan sekitarnya.

Ada bilik jakuzi. Bestlah budak - budak yang belajar di sini.

Ada mesin pemeriksaan tinggi, berat dan tekanan darah tinggi. Siap boleh berkata - kata.

Ada tempat sauna dan tab untuk mandi bunga kot!

Ok. Ini tempat praktikal kami nanti. Urut tradisional kan jadi kena duduk. Ada katil sebenarnya tapi jumlah tak cukup untuk memampung jumlah peserta yang ramai.

Yang baju merah tu partner untuk sessi urut aku hari ini. Kami lahir bulan November. Dia lahir 14/11.

Cikgu mengajar salah seorang peserta kurang upaya penglihatan. Semoga adik yang baju biru ini mendapat manfaat serta dapat mencari pendapatan sendiri lepas hadir kursus ini.

Alhamdulillah akhirnya berjaya juga menghabiskan kursus urutan ini. Tak tahulah bila nak start ambil Diploma uratan ini.Semoga ianya datang pada masa yang tepat dan sepatutnya.

Dan program di akhiri dengan gambar beramai - ramai berserta sijil masing - masing.

Gambar - gambar kursus hari ini turut di muat naik di page FB Kolej Komuniti Kluang.

Nota Kaki : Menimba ilmu tak kira usia. Semoga ada kursus lain yang akan aku hadiri selepas ini untuk bekalan masa hadapan. Dah umur 40 tahun ini baru timbul kesedaran. Kenapalah tak muncul awal-awal kan! Tapi pasti ada hikmah di sebalik semua ini.














Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lepas ni dah boleh tawarkan perkhidmatan urut badan secara freelance la kan Shai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 7 lebih pun buat part time urut badan untuk lelaki. Masih perlu tambahkan ilmu dan kemahiran.

      Delete
  2. Dari masa ke semasa memang kena join kursus untuk refresh dan tambah ilmu. Jika tidak perkhidmatan akan jadi obselit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tue. Dalam bidang apa pun memang kena refresh dan tambah ilmu. Semuanya ada kebaikannya.

      Delete
  3. All the best ya....ada skill ni boleh la mengurut mereka yang memerlukan urutan sebab lenguh badan ke etc....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah bersyukur dgn kurniaan dari-Nya. Mewarisi dari arwah mak.

      Delete
  4. bagusnya....menambah ilmu & skill..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Ya, selagi berdaya dan mampu serta berkesempatan akan terus menuntut ilmu untuk meningkatkan lagi kemahiran.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !