Google kat internet keluar tempat ini. Jadi datanglah nak try,cuba,rasa dan test.
Yeh! Sampai kat Ngepot Kabin. Ada apa aja di sini?
Bergegar sikit gambar ini sebab snap sambil jalan. Tengah mencari tempat yang kosong dan lokasi yang strategik.
Tahniah, laksa Johor menang kali ini. Rasanya sangat sedap, pekat dan memikat. Kuahnya banyak dan cukup rasa. Harganya RM10.00.
Laici kang pilihanku yang biasa-biasa sahaja. RM 7.00. Terlalu banyak air batu. Terpaksa asingkan. Mula-mula sahaja rasa manis, lepas dah mencair rasanya dah ok.
Ye, ada tayangan bola juga di sini. Berakhir dengan kemenangan JDT 3-0. Bersorak riang 'Bangsa Johor' tiap kali team mereka menyerang, cuba menjaringkan gol dan bertepuk tangan bila gol berjaya di sumbat. Wah! Dah macam gaya pengulas sukan pulak. Apa2 enjoy tengok bola di big screen.
Lagi tempat ootd dan signboard di sekitar bandar ini.
Bulatan apakah ini? Sahajalah snap gambar. Lepas dan makan teruskan aktiviti shopping dan nenyoping di kedai RM 2.40 tapi bukan Eco shop sebaliknya kedai 'kuning' Ninso. Ada juga produk premium dijual disitu.maksudnya harga ikut jenis produk.
Dan selepas itu. Anak tekak minta sesuatu untuk kudapan.
Singgah kat My Kluang. Tempat yang cantik dan nampak luas.
Oh! Dia declare yang kedai makan dia 'best chicken rice' betul ke? Aku tak ada jawapannya sebab tak order pun nasi ayam.
Pilihan air. Sah - sah aku tak akan minum air yang manis - manis sebabnya aku dah cukup manis.
Ha ha ha.
Bukan jenis ayam seketul. Maksudnya isi yang bercampur bahan lain dan semestinya tepung. Sedikit kecewa sebab ingatkan style ayam pandan Thai.
Nasib ada air teh o. Sejuk sikit hati. Tapi terasa manis sikit sebab terkacau rata pulak gulanya.
Nota Kaki : Nantikan keseruan hari kedua di Kluang, Johor. Tempat mana lagi nak terjah dan apa lagi makanan dan minuman yang menjadi pilihan ku. Tunggu.....
Menarik jugak tempat2 makan di Kluang tu ye. Bila la Geng Kamie nak buat trip jalan2 mcm dulu2 ðŸ¤
ReplyDeleteMasing - masing sibuk dengan urusan sendiri kan. Insya-Allah, mungkin di masa akan datang.
DeleteLuasnya tempat makan kabin tu. Lukisan siapakah itu ya?....Laincikang tu sedapnya....boleh sejukkan badan jugak.
ReplyDeleteYa. Ada juga meja di luar (open air).
Deleteuniknya nama tempat mkn tu. laicikang tu nampak sgt menggiurkan heheh
ReplyDeleteYe. Sesekali menikmati laiciking boleh la
Delete