Destinasi pertama petang ini ialah makan tengahari berhampiran tempat penginapan.
Ada banyak pilihan lauk asam pedasnya. Jadi aku memilih ikan pari.
Dekorasi dalam restoran.Tak berapa nak ramai orang. Ada 2 lot restorannya di rumah kedai ini.Aku pilih yang belah kiri.
Rambut serabai lepas shampoo dan tak letak minyak. Untung ada tempat penginapan.Pakai baju yang baru beli, harganya RM 10.00 sahaja.
Selfie dulu sebab itulah identiti diriku. Tapi sekarang dah ada teman baru. My tripod. Nanti nak lah buat entry khas pasal teman baru ini.
My tripod akan memulakan tugasnya untuk mengabadikan banyak lagi gambar dan kenangan untuk sessi kali ini.
Harga tiket masuk ke dalam Muzium ini termasuk Muzium Samudera 2 dan Muzium TLDM yang terletak sekitarnya sahaja.
Lepas dah beli tiket jom kita masuk lihat apa sahaja yang ada di dalamya.
Tempat penginapan aku terletak di bangunan belakang sana tu.Tak jauh mana pun jaraknya dengan Bandar Hilir ini.
Aksi 'tak ready'
Dan destinasi berikutnya ialah Muzium TLDM 'Tentera Laut Di Raja Malaysia'
Snap kat pintu masuk utamanya. Ada notis pemberitahuan yang beli 1 tiket boleh masuk 3 muzium sekitar sini.
Bergambar dengan aset pertahanan negara. Sekali aku salah masuk dah! Ini patutnya yang terakhir. Jalan keluar.
Bersama dengan gambar Kapal Selam negara. Penah merasai pengalaman menyambut ketibaan salah satu kapal selam tersebut di Kota Kinabalu Sabah. Untungnya sebab aku adik kepada bekas tentara laut pada ketika itu.Sekarang abang aku dah beberapa tahun pencen.
Selfie dengan kapal terbang.
Ambil gambar dengan lebih dekat.
Dan destinasi kunjungan seterus ialah di sini.
Kaunter tiket dan harganya.
Melayang RM 25.00 tak apalah dah lama tak merasai pengalaman berharga ini. Jadi layankan je lah. Kali terakhir datang naik pada waktu malam. Suasanya tak sama pada waktu siang hari.
Sila zoom untuk harga tiket yang lebih details.
Selepas beratur menungu giliran sekarang tibalah masanya untuk belayar menyusuri Sungai Melaka.
Kat belakang tu ada satu group Family Day sedondon warna purple.Tak pasti trip keluarga atau company trip.
Jom naik kapal. Dah lama tak merasai pengalaman berlayar di lautan.Eh! di perairan. Ye... kat sungai.
Ada signboard ini di tepi sungai.
Ni Rumah Merdeka yang aku pergi pagi tadi. Time ini ada ramai pelancong singgah dan bergambar disini.
Ni tempat yang lalu pagi tadi.
Bukti sejarah yang masih kekal dan semoga utuh dan teguh untuk dilihat generasi akan datang.
Kat luar ini ada je deretan beca warna - warni. Agak - agak berapalah harganya sekarang ye?
Banyak sangat design dan pilihan. Tak tahu nak pilih yang mana satu.
Dan destinasi berikutnya ialah Menara Taming Sari. Jom kita 'menuju puncak'.
Tak sabarnya.Jom - jom. Eh! sebenarnya seminggu sebelum itu ada Jom Heboh di Ayer Keroh. Tak ada rezeki nak pergi terjah ke sana. Erm... tapi bagus juga. Tak lah habis duitku. Ha ha ha ha.
Melangkah masuk ke dalam.
Selfie diri sendiri selepas buat video call dengan anakku Najla Nazihah.Dapatlah juga dia merasai pengalaman melihat Daddy dia menuju puncak. Tak habis - habis tanya kenapa tak bawa dia.
Ada iklan berkaitan Zoo Melaka. Bilalah agaknya nak kembali ke sana lagi. Harga tiket masuk pun boleh tahan 'mahal' sekarang ini.
Ada banyak koleksi gambar muka sendiri. Jadi pilih yang mana bersesuaian sahajalah.
Merenung ke luar jendela. Eh!
Jom lah keluar. Menara ini berbeza dari yang lainnya sebab ianya naik dan turun kena ikut ketetapannya. Next... tak sabar nak naik Menara Kuantan.
Alhamdulillah dah joint juga bercuti sambil menang tu. Harap - harap menjadi insan bertuah lah. Mana tahu boleh menang kereta. (A-min).
Antara kedai jualan di bawah khemah putih.Sempena Festival Kesenian Islam sempena sambutan Awal Muharam.
Wujud lagi ke Melaka Duck Tours ini? Harga pun boleh tahan juga. Tunggulah dah banyak duit sikit esok lepas menabung, berhajat juga nak merasai pengalaman ini.
Antara jenis buah potong yang dijual. RM 5 kira oklah kalau dibandingkan harga RM 10 kan?
Kedai jualan seluar dan baju. Dah tak berhajat pun nak membeli.
Selfie lah satu sebelum melangkah pergi dan menuju ke destinasi seterusnya yang lebih berhawa dingin.
Masih lagi seperti dulu.Ada apa sahaja di dalamnya.
Dataran Pahlawan antara shopping mall yang wajib di kunjungi kalau datang ke negeri Melaka.
Bergambar kenangan berlatar belakangkan Menara Taming Sari. Semoga ada rezeki akan datang merasai pengalaman di udara pada waktu malam pulak.
Akhirnya dapat kembali ke sini. Masih seperti dulu.Tak jalan kat tempat lain pun.Terus tuju ke sini sahaja.Tak semeriah dulu.Ada juga kedai -kedai yang kosong.
Banyak sungguh produk jualannya.Tak tahu nak beli apa.Tapi memandangkan naik My Syv jadinya tak membeli pun yang makanan - makanan itu.
Selepas membeli t-shirt lagi untuk Anakku Najla Nazihah. Dapatlah dia 3 t-shirt melaka. 2 warna putih dan 1 color maroon.
Nota Kaki : Menuju ke destinasi berikutnya. Ke manakah?
Gigih ko ambik gambar Shai. Tabik spring! Aku klu dah cuaca panas tangkap 1-2 keping dah malas 🤣
ReplyDeleteNext time nak try la kedai asam pedas yg ko kata sedap ni.
Sila lah cuba. Sesungguhnya aku sangat gigih sejak ada tripod
Deletewak pnh naik atas muzium kapal tu, kan disuruh buka sepatu, punyela panas lantai kayu atas kapal tu nk pijak kann., huhu
ReplyDeleteMelaka ni memang banyak tempat menarik .. CCL prrgi haritu pun tak sempat nak jelajah semua tempat .. Dataran pahlawan sempat pergi. Melaka cruise river pun sempat naik waktu malam ..memang cantik laa kiri kanan sungai tu dengan gabungan lampu²
ReplyDeleteYa. Lepas ini saya nak naik waktu malam pulak. Negeri bersejarah kan. Jadi byk tinggalkan sejarah dan tempat menarik di negeri ini.
Deleteonce a upon a time, i kerap la jln2 dan overnite kat melaka ni..time my 2 boys masih kecik2...then dh lama sgt2 tak overnite kat sana
ReplyDelete