Seawal jam 7.30 pagi melangkah pergi meninggalkan bumi Bersejarah Melaka.
Ada rezeki, akan kembali ke sini lagi. Insya-Allah.
Akhirnya selamat kembali ke Bandar Muar, Johor.
Masih tak mahir lagi dalam mengambil gambar mengunakan tripod.Kombinasi warna dia memang dah ngam dan menarik.
Suka dengan mural ini. Sangat penuh. Tapi kecacatan sikit dengan aircond tue sahajalah.Kalau tak ada memang sempurnalah.
Art street seterusnya ialah berkonsepkan kanak - kanak ribena. Jadi layankan je lah sebagai menghargai hasil seni.
Mural dengan cerita 'Upin dan Ipin serta kawan - kawannya'. Tak begitu sempurna tapi okie lah atas usahanya.
Mural besar ini mengambarkan suasana bandar Muar satu masa dulu. Mungkin masa tu tak ada jambatan kot, Jadi kenderaan menyeberang mengunakan kapal angkut ini. (Sila google untuk pengesahan selanjutnya).
Dan destinasi seterusnya ialah sarapan pagi. Sahaja ambil gambar kat sini. Sekali ada penampakkan bayang - bayang makluk di belakang sana.
Akhirnya hajat selama ini yang terpendam menjadi kenyataan.
Akhirnya sampai juga ke fastfood Muiz Hot Chicken di Muar, Johor.
Selfie muka sendiri sebelum masuk ke dalam untuk merasai pengalaman pertama makan dan minum di fastfood yang kini semakin berkembang.
Presentation yang menarik. Tak lama sangat pun menunggu rasanya dalam 5-6 minit juga kot!. Kotaknya sangat menarik dengan warna temanya. Cup air panas pun menarik dan setanding fast food terkenal tu.
Nasi lemak bercitarasa Malaysia. Cukup lemaknya. Bersih ikan bilisnya. Ayamnya pun sesedap rasa. Mungkin sambal tue sahaja yang tak kena dengan anak tekakku. Banyak lagi pilihan lain yang ada. Disebabkan ada destinasi lain yang nak dituju.Jadinya makan yang ini sahaja sebagai pembuka selera.
Destinasi berikutnya ialah di Parit Pinang Seribu, masih di daerah Muar.
Selamat tiba ke warung yang di kunjungi oleh youtuber 'Mak Cik Basikal'. Kalau aku duduk rumah landed memang aku beli basikal lipat macam dia. Tapi, healing naik motor dengan My Syv pun ok juga.
Suasana di warong pada pagi itu sekitar 10.30 pagi. Banyak juga makanan dah habis. Memang niat singgah sini sebab nak merasa satenya.Khabarnya ada ketupat tapi tak kelihatan pulak. Rasanya dah habis.
Orang Muar memang pagi - pagi akan sarapan Sate. Ambil lah 3 ayam dan 3 daging bersama dengan Teh O pada harga RM 8.40. Kuahnya sangat sedap dan cukup bahan dan rasa. Satenya pulak di perap sempurna berserta lemak - lemak. Ada orang suka dengan kombinasi macam ini dan ada yang sebaliknya. Terpulang pada citarasa masing - masing.
Dan bila.. menuju ke destinasi kenangan
Selfielah satu gambar sebelum menuju perjalanan ke destinasi berikutnya. Muar ke Batu Pahat.
Selfielah satu gambar sebelum menuju perjalanan ke destinasi berikutnya. Muar ke Batu Pahat.
Signboard baru, tak pernah tengok sebelum ini. Kali terakhir ke sini pada tahun 2018 - 2019 ketika Najla Nazihah masih kecil.
Selfie muka sendiri dengan batu yang di pahat.Agak - agak kalau tengok ini malam - malam dan gelap. Seram ke tak? Sebab ada dua tangan di langit?
Rasanya kenderaan yang lalu lalang kat sini mesti pandang semacam je. Apa lah budak ini buat tengah - tengah panas.
Muka dah kerut seribu sebab menahan kepanasan di waktu tengahari. Tak kala matahari betul - betul di atas kepala.
Dalam kepanasan ini. Ku gagahi juga demi sekeping gambar sebagai kenangan di masa hadapan.
Abadikan kenangan melawat rumah keluarga bekas isteri di Batu Pahat. Khabarnya sekarang sepupu lelakinya tinggal sini.Masa tiba kat sini, kosong tak ada kenderaan.Rasanya tak ada orang.
Nota Kaki : Menuju ke tempat penginapan. Ke manakah?
sorang pun layan...lagi senang nak layan. nak ke sana sini pergi je ikut kepala sendiri takyah sibuk nak mintak persetujuan reramai
ReplyDeleteHa ha ha. Itu lah kisah seorg 'single'
Deletesakan shai posing2!! terbaek laaa
ReplyDeleteMemang suka posing sejak dulu kala.
DeleteSelamat datangke JDT
ReplyDeleteTerima kasih. Setiap bulan datang. Insya Allah akan dtg lagi Ogos ini.
Delete