Semuanya berlaku tanpa di rancang.
Kembali untuk kali ke dua. Kali ini nak masuk dalam tengok apa yang ada.
Order hari ini. Kopi o yang cup kecik tu air percuma. Boleh ambil sebanyak yang mahu, hinggalah kembong.
Pintu masuk utama. Kaunter pendaftaran di tingkat 1.Urusan sangat cepat dan pantas sebab bayaran telah dibuat. Tidak perlu bagi deposit. I like.
Tak pernah rasanya dapat bilik yang sinki di luar. Pelik tapi benar.
Depan ini pulak adalah dapur dan tempat bancuh airnya. Tempatnya kemas dan bersih. Paling aku suka, dendangan ayat suci Al-Quran di pasang di sini. Alhamdulillah, terbaiklah pemilik restoran ini.
Dah sampai orderku. Kopi o + coklat. Nasib tak terlalu manis bersama sekeping biskut kering roti kaya + butter.
Asalnya order lempeng sekali katanya tak ada pulak.What? Awal pagi lagi kot! Mungkin adunan tepungnya belum siap. Bersangka baik jelah.
Ganti dengan roti puri. Ok la. Sedikit berminyak dan boleh di telan.
Selalunya nampak di tepi Plus highway sahaja. Kali ini dapat hadir untuk merasai sendiri restoran viral ini. Sebab masih awal pagi, tidak terlalu ramai orang dan sesak pada waktu ketibaanku sekitar 9.30 pagi lebih kurang.
Beratur untuk order. Mula - mula aku beratur sebelah kiri.Sekali, yang belah kanan lagi laju dan cepat. Jadinya aku beralih ke kaunter sebelahnya. Rupanya baru betul. Kalau nak order nasi dan air kat kaunter ini. Yang kiri tu untuk order roti canai. Ada kot pertunjuknya, aku tak perasaan.
Nasinya sedap dan cukup rasa dengan rempah ratusnya. Daging pun lembut dan sedap sangat.Aku baru perasaan yang chefnya berpengalaman di hotel 5 bintang. Patutlah sedap sangat dan menjadi viral. Menu lain tak tahulah pulak sebab aku order ini sahaja.
Aku nampak ramai orang beratur panjang untuk order roti canai. Rasanya ini mesti yang viral dan sedap kot.Cicah dengan kari kambing lah kot.
Anak tekak aku approved dengan menu pilihanku. Jika ada rezeki dilain kali akan cuba yang lain pulak
Ada juga papadom yang di jual pada harga RM 2.00. Aku tak beli pun.
Langit sudah mulai gelap dan hujan rintik - rintik membasahi bumi. Aku siap - siap pakai baju dan seluar hujan.
Dan meneruskan perjalanan ke destinasi berikutnya.
Tersesat di sini. Masa nak gerak tu, tengah hujan yang tidak terlalu lebat.Aku tak perasaan signboard Plus highway, jadi terlajak sini melalui jalan lama.
Aksi candid.
Pusing - pusing Segamat. Tak ke mana sangat pun. Pertama kali sampai. Rasa dah hampir semua daerah di Johor dah sampai.
Akhirnya untuk pertama kalinya di Gemas, Negeri Sembilan. Meneruskan
perjalanan melalui Gemencheh - Tampin - masuk Plus highway menuju Bandar
Sunway.
Nota Kaki : Tak sabar untuk next trip. Sedikit 'mewah' dan berbeza dari kebiasaannya. Ke mana kah?
beriani kambing tu nmpk sgt sedap laaa
ReplyDeleteMemang sedap. Patut cuba kalau dtg sini
DeleteKemain sakan ekk berjalan sesat sana sini hahahaha..
ReplyDeleteLepas ni kemana pulak laa tu yerrr
Dah terjah kau. Takut kecewa lagi. Nanti aku roger ye. Sebelum 'hijrah' pusing2 dulu sampai habis.
Deleteadik yg stay kt batu pahat ada share nasi arab kambing 40 hari tu...sedapnya
ReplyDeleteYa. Sangat sedap dan berbaloi.
DeleteSA nak sangat singgah kari kambing 40 hari tu...sana sini orang update especially blogger..kena singgah jugak nanti ni
ReplyDelete