327 - Visit Melaka 2024 : Aktiviti Di Hari Pertama (Malam)

shaizhar
2

Memulakan perjalanan selepas habis kerja pada petang sabtu yang dingin. Ada tanda-tanda nak hujan. Betul bagai di kata. Petang tu hujan turun membasahi bumi.

Dalam 7.30pm selepas melalui hampir 2 jam perjalanan selamat tiba di bumi bersejarah, Melaka.

Akhirnya dapat kembali ke Melaka sebagai pelancong dan menyokong Tahun Melawat Melaka 2024 (Visit Melaka 2024)

Memilih untuk tinggal dan menginap di Guest House ini sebab tempatnya privacy, biliknya selesa dan harga untuk dua malam hanya RM 115+

Mendapat bilik D. Paling hampir dengan tangga dan agak jauh sikit daripada dapur dan tandas.

Rupa paras bilik. Tilam selesa. Bilik sejuk dan tentang tanpa gangguan.

Lepas maghrib berjalan mencari makan. Singgah sini sebab dah terlalu lapar. Memang tak memenuhi anak tekak. Terpaksa sebab nak cepat dan malas nak cari tempat lain.

Set asam pedas ikan kembung. Tapi kenapa ikan ni banyak tulang ye?

Berjalan malam dari penginapan di Jalan Laksamana 1 hingga ke tepi sungai ini.

Kasi up lah satu gambar bukti dah sampai Melaka di malam pertama (jumaat).

Melalui Jonker Street (Jonker Walk). Nanti time balik baru nak singgah dan ukur jalan itu.

Dalam kepekatan malam. Ni sekitar 8.00pm. 

Melalui Hard Rock Cafe Melaka.  Tak masuk pun.
 
Port Ootd yang wajib kalau ke sini.

Ambil gambar kat tempat tak ada orang sangat.

Tak sabar nak ambil gambar pada waktu siang hari.

Kau orang dah datang Melaka belum tahun 2024? 

Nasib dapat snap penuh juga signboard ini. Cuma tak nampak bendera negeri Melaka yang sebelah kiri.

Macam comel je gambar ini. Jadi simpanlah di sini buat kenangan.

Ada uptown kat sini. Rasanya lebih 2km+ (anggaran) ke lebih? Beratus jugalah gerai jualan. Kira lebih kurang macam Jalam TAR di KL.

Tak sabarnya nak masuk muzium ini pada esok hari.

Lagi suasana gerai jualan. Ada jual makanan, minuman, pakaian, aksesori, kraftangan dan lain -lain.

Sekejap je dah 16 tahun usia Menara Taming Sari ni.

Esoknya ada Festival Kesenian. Nak kena datang ni.

Menara Taming Sari. Nak naik pada waktu siang. Baru berbaloi. Terutama pada waktu view cerah dan tak hujan atau mendung.

Suka dengan gambar ini. Siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri.

Jom kita masuk tengok apa yang ada di sini.

Ada rumah chocolate. Tak masuk pun, jadi tak tahu apa jenama coklat yang di jual di sini.

Kaunter tiket. Boleh tahan juga harga dia sekarang ye.

Wah! Ada tandas 'emas'. Tak pasti pulak berapa harganya.

Kedai jualan cenderamata. Masuk kejap je, terus keluar. Sebab tak ada niat membeli.

Kasi payung satu gambar sebelum melangkah pergi. Ada rezeki akan datang lagi.

Potretkan satu gambar sebagai memori hadir di sini pada malam hari.

Waktu nak gerak balik baru tergerak nak ambil gambar dengan kapal besar ini.

Peta lokasi tempat pelancongan dan mesti di kunjungi di sekitar Bandar Hilir & sekitarnya.

Port Ootd lagi. 

Dalam kegelapan malam. Ni je gambar yang elok sikit daripada beberapa keping yang di ambil.

Suasana bot - bot di Sungai Melaka pada malam hari.

Selfie - selfie sampai lebam.

Lagi gambar muka sendiri. Di malam hari ini.

Harga tiket naik River Cruise Melaka. Tak ingat berapa harganya dulu. Datang pun masa Najla kecik tahun 2018 atau 2019 kalau tak silap.

Deretan beca yang ada dan menunggu penumpang. Penuh warna warni dan rata-ratanya adalah anak muda belia.Tak tahu berapa harganya sebab tak bercadang pun nak naik.

Suka dengan tangga rumah Melaka ini. Jadi kasi up satu kat sini.

 
Eh! Nampak macam kurus pulak mula bila gambarnya tak nampak dagu yang berlapis - lapis itu.

Ayuh! Ukur jalan di Jonker Street (Jonker Walk)

Suasananya. Ramai juga orang dan ada beberapa kali terpaksa berhimpit sebab jalannya kecil dan sempit di tambah pulak dengan orang yang berhenti membeli atau melihat - lihat barang jualan.

Nota Kaki : Berakhir episod berjalan di malam hari pertama. Ke mana destinasi dan tempat tujuan esok? Tunggu di entry selanjutnya.


Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. lama tk pegi melaka...dlu2 kerap juga outstation so sambil2 keje sempat la jln2 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la. Samalah saya juga. Bila outstation kerja, dptlah jln2 ke tempat org.

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !