JJCM sekali berdaya & mampu. Jom tengok perjalanan kembali ke Kajang.
Pagi hari berikutnya, jalan - jalan mencari sarapan. Memang dah target nak Makan Nasi Lemak Hijau ini. Kat area Taman apa ntah. Kat Taman Mesraaaaaa. Memang dekat jalan besar.
Ada jualan kuih dan muih beraneka macam.
Ada jualan lauk dan pauk serta gorengan lain juga (nasi goreng, mee & bihun)
Rupa paras penebar roti canainya. Kalau dah ada tak kan tak order.
Nasi lemak hijau. Kuah dia biasa - biasa sahaja. Nasinya boleh lah. Kelainan sikit selalu nasi lemak warna putih. Kalau kat utara warna kuning.Ni warna hijau.
Roti canainya sesedap rasa. Kuahnya pun boleh tahan juga. Sambalnya lebih sedap dari sambal nasi lemak.
Hidangan sarapan pagi ini bertemankan teh o yang agak manis. Kasi tambah ais terus jadi tawar hebiaq kata orang utaqa (sangat - sangat tawar)
Kemudian kita ukur jalan. Main redah je. Lalu kat kawasan MRT Kajang kemudian sesat sampai tanpa sengaja kat Reko Kajang, Hentian Bas Kajang dan seterusnya sampai ke UKM (Universiti Malaysia Bangi). Masa ini ada konvokesyen. Banyak jualan hamper hadiah kat tepi - tepi jalan (tak ambil gambar).
Tujuan utamanya memang nak cari ini. Kat Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Patutlah penduduk sini marah dan viral. Restoran Mak Kimbong ini terletak kat kawasan perumahan. Shop lot kedai pun berapa puluh pintu je. Dia macam kedai - kedai kat dalam kawasan perumahan.
Rupanya ada banyak shop lot. Terpisah - pisah. Kalau tak silap ada tiga. Yang atas tue kat corner lot.
Ramai juga orang pagi ini. Memang datang nak melawat kawasan je.Dah tahu senang nak datang di masa mendatang. Kat sebelah kanan tu ada juga kedai/restoren satu tingkat katanya jualan celup2 kalau tak silap serta cendul. Nyum!! Nyum!! dah banyak minggu nak menikmati cendul ini. Ha ha ha
Di tengaharinya kita ukur satu lagi shopping mall di Kajang iaitu Metro Point.
Akhinya setelah pusing - pusing, memilih makan kat tempat yang tak pernah makan. Banyak pilihan tapi kita kasi cuba,try test dan rasa kat sini.
Nama 3 rakan berbilang bangsa dan agama. Yang masuk kat sini pun sebegitulah juga.
Nampak gambar karipap ini memang mengugat iman kan.
Buku menu. Ada banyak pilihan. Ikutlah anak tekak nak makan apa.
Adakah hari ini merupakan hari nasi lemak sedunia?
Kasi selfie bukti dah sampai sini.
Kopi o dan apa ntah?
Berdasarkan gambar, makanan ini kemungkinan besar ialah Chee Cheong Fun (豬腸粉) — dalam Bahasa Melayu biasanya dipanggil kuey teow gulung / mi beras kukus.
Ciri-cirinya:
- Kulit mi beras yang nipis dan lembut
- Disiram kicap/sos manis
- Ditabur bijan
- Ada sambal/cili merah di atas
- Bentuknya berlipat atau digulung
Menu tengahari ini adalah nasi lemak. Sambalnya cukup rasa pada tekak aku. Ikan bilisnya suci murni dan kacangnya lain macam sedapnya.
Kaunter minuman dan tempat bayaran.
Suasana di dalamnya. Kopitiam masa kini. Harga bagi aku mampu miliklah.
Mesin ukur tinggi & berat rasanya. Kena masuk syiling RM 0.60 sen.
Suasana jualan di ruang legar.
Kita kasi selfie lagi sambil melawat kawasan.
Luarnya. Macam - macam ada ye. Karaoke ada, romantika, Mr Toy, Mr D.I.Y dan kedai saka RM 2.60 pun ada.
Letak motorsikal kat luarnya sahaja.
Kasi selfie satu kali sebelum melangkah pergi.
Harga hangus tengahari ini.
Petangnya jomlah jalan - jalan melawat kawasan Bandar Kajang. Belum level Bandaraya lagi. Tapi semua kemudahan ada. Balai Polis, Hospital. Balai bomba pun mungkin ada tapi aku tak perasan.
Sebagai peminat 'seni' Ini juga antara jenis kesenian yang aku suka. Walaupun tak pandai melukis apa tah lagi mewarna tapi sangat mencintai sesuatu yang dinamakan seni. Katanya.
Kawasan dinding dengan warna - warna lukisan. Namanya Temu Seni.
Sate kajang menghiasi dinding bukti ini adalah bandar sate yang sebenar.
Lagi gambar dinding yang indah tapi sayangnya kat lorong2 kalau kat tepi jalan besar mungkin lebih indah.
Inilah kawasannya. Dekat tengah - tengah antara bangunan kedai - kedai lama.
Kajang dulu - dulu katanya.
Jom minum petang. Makan untuk hidup atau hidup untuk makan. Ayuh! menikmati Popia Ali Kajang. Ambil 3 yang goreng dan dua yang basah ke yang kering. Alah yang suci bersih warna putih dan tak di goreng tu. Kiranya popia asli atau orginal lah kan. Satu RM 1.50 beli 5 hanya RM 7.00 jimatlah RM 0.50 Jadilah. Lokasinya kat tepi 99 Speedmart.
Malam datang dan perut perlu di isi. Mulanya makan kat kedai/warong makan tepi hotel. Tapi hampeh dekat 5 minit duduk tak ada seorang pun ambil oder, jadi angkat kaki cari tempat lain. Mungkin bukan rezeki dan takdir nak makan kat situ.
Suasana malam hari. Tak bercadang nak makan sate. Jadi kita cari goreng - gorengan.
Pilih kedai yang ini.Yang sebelah kiri itu.
Nasi goreng kampung dan teh o ais.
Alhamdulillah secukup rasa dan nikmat apa yang didustakan.
Inilah dia tempat yang awalnya aku pergi nak makan malam. Boleh nampak dari bilik penginapan aku. Orang sentiasa ada sampai sekitar 2pagi.
Macam biasa.Bila belaka saka. Jadi kelaparannya tak boleh bawa bincang. Kat bawah penginapan juga yang ini tepi RHB Bank kat Bandar Kajang.
Macam biasalah aku order burger ayam special. Harga sekarang RM 6.50.
Nota Kaki : Mungkin lepas ini tak adakan lagi ke Bandar Kajang. Nak kembali ukur jalan kat Bandar Baru Bangi. Tapi tak tahu bila. Mungkin bulan depan.


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.