689 - Lunch @ Ayam Gepuk Pak Gendut di Sunway Giza depan Sunway Medical Center

shaizhar
2

 

Di satu tengahari, datang menaiki Bas BRT tu di episod 687

Antara pilihan menu yang ada.

Kat sini pun ada juga di paparkan menu pilihannya.

Yang ini best. Yang tak ada Card or QR macam mana? Tapi majoriti orang sekarang semuanya cashless.

Order hari ini. Melayang RM 13.40 termasuk air. Masih boleh di kira ok sebab pilih yang betul - betul basic sahaja.

Rezeki hari ini.Tak berapa suka atau kena dengan tekak ialah kuah kacang ke sos kacang?

Zoom bagi dekat. Nasi ialah sikit ye! Aku cakap macam tu sebab pagi tadi aku tak sarapan. Jarang - jarang aku tak sarapan pagi.

Alhamdulillah boleh tambah nasi dan sambal. Tapi tak adalah macam nasi pertama tapi cukuplah nak isi perut yang kelaparan sebab dah lebih 17 jam tak makan. Paginya hanya minum air sahaja.

Nota Kaki : Banyak sungguh ayam gepuk ini kan. Tak tahu yang mana satu yang best. Mungin nak kena makan ayam gepuk original Indonesia. Bila nak fly ni? Rasa hati macam nak pergi Batam je sebagai destinasi luar negara. Cuti tahunan pun banyak ni.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !